Pemotong Paruh
Anda selalu dan sering melihat ayam atau ternakan anda selalu mengalami kecederaan pada mana-mana bahagian anggota. Ada yang berdarah di kepala, ada yang buta atau cemel mata, ada yang berdarah "bontot", ada yang berdarah di kaki, sayap dan pelbagai kecederaan lagi.
Macam-macam alasan yang anda berikan kepada permasalahan tersebut seperti ternakan tak cukup makan, masalah pemakanan, masalah baka (kekadang itu sifat ayam laga memang suka bergaduh) dan yang lebih teruk lagi apabila ada yang sudi mengatakan ayam itu lesbian atau homoseks. Manakan tidaknya, selalu dan sering sangat anda melihat ternakan yang sama jantina "memanjat" sesama sendiri. Maaf! bukan niat nak bercakap sesuatu yang kotor - ada hamba Allah berkata sedemikian)
Apa pun alasan yang diberikan, ianya amat susah untuk dielakkan dari tabiat sedemikian. Sama seperti kita manusia, apatah lagi manusia diberi kelebihan akal berbanding dengan binatang, kita sering kali gagal mengubah perangai dan sikap. Maka, dengan itu, kaedah terbaik untuk mengelakkan ternakan kita terus menerus tercedera akibat dari perangai tak senonoh itu, maka diciptakan satu produk khusus yang dinamakan sebagai "PEMOTONG PARUH". Kan sekarang ini orang sibuk bercerita pasal iklan "POTONG! POTONG!" Hahaha....
Dalam bahasa orang putih, ianya dinamakan sebagai "DEBEAKER" asal dari kata nama "beak" iaitu PARUH dalam bahasa Melayunya. Jadi yang selalu mematuk dan mencederakan lawan dan kawan itu ialah paruh. Maka untuk mengelakkan daripada ternakan mempunyai paruh yang tajam, maka paruh itu mestilah dipotong menggunakan mesin khas iaitu "debeaker"
Brinsea telah mengeluarkan "Debeaker" yang mempunyai kualiti yang tinggi dan telah sekian lama berada di pasaran. Penggunaan "Debeaker" ini amat sesuai untuk ternakan Ayam Kampung yang memerlukan masa yang panjang untuk dibela. Selain daripada itu juga, "Debeaker" ini amat sesuai untuk digunakan kepada sistem ternakan BAKA di mana ayam-ayam dikurung di dalam reban yang sama dan terdedah kepada masalah patuk-mematuk ini. Maka setelah anak ternakan dipotong paruhnya maka, paruh itu akan tumbuh kembali dengan secara perlahan-pahan dan membentuk satu jenis paruh yang tidak tajam tapi cukup untuk membolehkan mereka menjalankan rutin seharian untuk mematuk dan menyudu (itik) makanan.
0 comments:
Post a Comment