Siri Lawatan Sambil Memberi Penerangan
Semalam saya telah sehari suntuk ke Negeri Perak dengan satu tujuan sahaja iaitu umtuk memberi penerangan kepada penerima inkubator yang berjumlah 11 buah model MI-103, keluaran Niche. Memandangkan terdapat beberapa masalah tentang operasi mesin penetas tersebut ekoran dari kurang memahami cara-cara mengoperasikan mesin. Oleh hal yang demikian, saya telah meminta persetujuan dari Jabatan Veterinar Ipoh untuk sekali lagi turun membuat penerangan yang sejelas-jelasnya.
Memang semasa sesi penerangan tersebut, kali ini agak berbeza bila mana saya memberi peluang kepada penerima (seramai 4 orang) untuk mereka mencuba sendiri. Saya hanya memerhatikan mereka melakukan "setting" suhu inkubator sehinggalah mereka benar-benar faham. Alhamdulillah, mereka semua memang melakukannya sendiri dan mereka juga telah merasa yakin untuk melakukannya sendiri bagi inkubator milik mereka.
Suka saya nayatakan di sini bahawa, ke semua mereka ini telah memiliki "operation manual", namun, saya difahamkan mereka cukup takut untuk mengubah "setting" yang telah dibuat secara "default". Walau apapun, mereka sunguh berkeyakinan untuk melakukannya sendiri.
Saya telah pergi ke 3 tempat yang berbeza iaitu di Sri Iskandar, di Parit (Perak Tengah) dan akhir sekali ialah ke Parit Buntar.
0 comments:
Post a Comment