Kita Hanya Merancang

Aku fikir, ini adalah satu tajuk yang amat simple yang sering kita dengar dan baca. Jika disambung lagi ayat tersebut, maka Allah yang akan menentukan segala macam usaha dan daya kita. Kita boleh fikirkan, angankan dan mahukan, namum, KuasaNya akan mengatasi segalanya.

Itulah realiti kehidupan rutin sebagai manusia dan hamba. Menyerah kepada takdir sahaja adalah salah, malah ditegah, seseorang orang yang berputus asa amat dimurkai Allah. Sesungggunya tiada yang senang melainkan doa dan usaha serta terus-menerus berdoa tanpa jemu.



Aku telah merancang untuk kembali ke kampung (tinggal di kampung) sejak sekian lama. Angan-angan aku hanya tinggal harapan. Harapan untuk berhijrah bukan hanya setakat menanti munculnya tahun baru, malah sentiasa ada. Tak pernah berganjak, yang berganjak adalah waktu. Bulan berganti tahun, tahun berganti dekad dan sudah melebihi 2 dekad, angan-angan yang aku pasang sejak sekian lama, tetap utuh. Teguh berdiri dalam sanubari ku.

Sewaktu selepas akau "grad" aku terus tercampak ke seberang Lautan dalam usia yang amat muda. Seronok diuji oleh Allah Taa'ala sehingga menjadi manusia yang alpa dan lupa daratan (sebab memang aku orang darat - istilah orang Terengganu). Puas dipujuk oleh "orang tua" untuk pulang, tapi aku hanya mampu mengatakan YE! YE! sahaja. Merealisasikannya adalah jauh sekali. Sedaya upaya aku mencari seribu alasan untuk menidakkan harapan "orang tua".


Kini, setelah sekian lama "orang tua" aku pergi, perasaan untuk pulang ke kampung kembali melonjak lagi tanpa dapat ditahan. Rancak sungguh lambaian. Segalanya berpunca dengan apa yang aku sendiri alami sekarang ini, sebagai pembuat inkubator. Merata tempat telah aku jelajahi, kebanyakannya ialah berkaitan dengan penternakan unggas. Menghnatar, membaiki, mengajar serta membuat pemasaran adalah sudah menjadi tugas atau rutin seharian aku sekarang.


Terkini, aku masih berada di EC (East Cost) atas tujuan membuat pemasaran teknikal ke beberapa bakal pengguna atau pelanggan, termasuklah Jabatan Veterina Bahagian Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah, kunjungan aku diterima dengan baik dan penuh rasa tanggung-jawab oleh pegawai veterina yang berkaitan. Sebagai pegawai kerajaan, sikap mereka aku harus memuji kerana, bersikap sungguh professional walaupun tidak memberi sebarang komitment untuk membeli, tetapi sebagai kali pertama kunjungan, aku amat merasa selesa kerana mereka telah sudi untuk sekurang-kurangnya menunjukkan minat untuk mengetahui produk-produk dan keluaran syarikat kami. Sikap seperti itupun aku rasa amat memadai. Cukup dan puas.


Setelah beberapa hari berada di Kelantan, aku kembali ke Terngganu untuk tujuan yang sebenarnya iaitu untuk meninjau tapak atau lokasi ternakan baka yang bakal aku laksanakan sebagai langkah pertama aku untuk merialisasikan impian untuk pulang ke kampung. Terengganu kini bukanlah seperti Terengganu yang 10 atau 15 tahun dahulu. Sudah banyak berubah. Sudah banyak industri yang agak pelbagai. Ini yang menambah keyakinan aku untuk terus berdeket-deket memulakan impian.


Semoga impian aku kali ini akan terus subur dan bukan lagi hanya sekadar memasang angan-angan setiap kali datangnya tahun baru. Apa yang berlaku adalah BUKAN sebab datangnya tahun baru, malah ianya HANYA sekadar KEBETULAN. Sungguh! (Maksud orang Terengganu)

0 comments:

Post a Comment