Kami Menawarkan Lebih Pilihan Untuk Anda
Selamat bertemu kembali pelayar laman ini sekelian!
Saya merasakan bahawa anda terlayar laman ini atas beberapa sebab;
Anda memang mencari sesuatu informasi berkaitan dengan alat penetasan
Anda ingin membuat perbandingan spesifikasi dan harga berkaitan dengan sistem penternakan unggas/mesin penetas telor
Anda memang sengaja melayari blog ini sebagai rutin
Anda memang menyumpah-nyumpah kerana tersilap melayari blog ini
Apa pun asas anda, saya terima seadanya. Namun sekiranya anda memang tersilap, maafkan saya kerana anda merupakan pelayar baru blog saya. Namun apa yang pasti anda tidak perlu terburu-buru untuk keluar dari sini. SABAR dulu.....mungkin blog ini memberi sedikit ilmu kepada anda! Mana tau? kot-kot nanti ada sesiapa yang mencari alat penetasan, anda akan ada jawapannya.
*Satu introduksi yang kurang mantap saya kira
Seperti yang mungkin anda sudah ketahui, Pristine Omega Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya Niche Strategy Marketing merupakan pengeluar inkubator berfungsi otomatik di Malaysia. Biarpun umurnya hanyalah setahun jagung, namun saya sebagai tuan punya syarikat ini telah berkecimpung di dalam bidang pengurusan mesin penetasan telor unggas hampir satu dekat yang lalu. Memang tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini, pembuatan mesin penetas telor telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Namun, hampir keseluruhan pengeluar-pengeluar yang ada adalah merupakan pembuat inkubator operasi manual.
Tidak ada salahnya dengan inkubator manual. Pertumbuhan pengeluaran inkubator ini menampakkan persaingan yang hebat, samada dari segi bentuk mahu pun harga. Sepengetahuan saya, hampir keseluruhan mesin pengeram/penetas telor manual ini mempunyai spesifikasi teknikal yang hampir sama antara satu sama lain, dan saya tidak menafikan, rata-rata penetas telor manual ini terlalu murah untuk dibandingkan dengan inkubator fungsi automatik.
Sudah pasti ada kelebihannya dan ada kelemahan pada kedua-duanya. Namun bukan itu yang hendak saya bincangkan di sini. Rasanya pembaca sekelian sudah hampir sedia maklum akan hal-hal tersebut.
Saya, sebagai pembuat inkubator automatik tempatan juga ada masalah yang tersendiri yang tidak mudah untuk dihindarkan, apatah lagi baru sangat berkecimpung dalam pembuatan mesin ini. Masalah yang sering saya alami ialah berkaitan dengan "products range" yang amat terhad. Kekadang itu, para pelanggan yang berpotensi datang dari pelbagai "speciality". Antaranya ialah:
Yang berkehendakkan kepada mesin penetas telor yang sangat kecil jumlahnya, tetapi berfungsi secara automatik
Yang ingin menetaskan telor-telor unggas yang dari jenis eksotik dan unggas yang "special breed" atau "rare"
Yang ingin menetaskan telor-telor yang amat susah untuk ditetaskan seperti angsa, merak, burung kuang dan sebagainya.
Para penggemar pelbagai spesis burung tetapi mahu menetaskannya dalam inkubator yang sama serentak.
Kesemuanya itu saya tidak dapat memenuhinya sekurang-kurangnya dalam masa yang terdekat ini. Sehingga sekarang ini, saya baru sahaja mengeluarkan 3 jenis inkubator bersaiz mini, iaitu model MI-101, MI-103 dan Model MI-203. Saya sekarang di dalam proses menyiapkan beberapa unit untuk model yang sederhana besar iaitu Model MI-205 yang boleh memuatkan telor sehingga 1,500 biji telor ayam kampung ataupun sekitar 900 biji telor itik atau ayam belanda.
Maka, di atas segala kesukaran itu, Allah telah memberi pertolongan kepada saya untuk menemukan saya dengan pengeluar inkubator yang terkemuka iaitu Brinsea. Di dalam posting yang lalu, saya telah menceritakan serba ringkas peranan saya sebagai "authorized dealer" di Malaysia. Saya merasakan, sebahagian dari masalah saya akan selesai dengan menggabungkan produk keluaran Brinsea dengan produk keluaran Niche Strategy Marketing bagi memberi pilihan yang lebih luas kepada penternak.
Saya berkenyakinan penuh, ramai penternak dan juga penggemar-penggemar ternakan unggas eksotik amat mencari-cari mesin penetas yang memang 100% mampu menetaskan telor yang susah ditetaskan menggunakan kaedah eraman induk atau mesin buatan sendiri, namun dengan teknologi yang diberikan oleh Brinsea, ianya sudah pasti bakal menyelesaikan masalah yang telah sekian lama anda alami atau nantikan. Mungkin ramai yang beranggapan, produk keluaran Brinsea adalah mahal dan kurang munasabah, akan tetapi sekiranya dibandingkan dengan tahap kecekapannnya, itu bukanlah sesuatu yang pelik. Sinonimnya, sesuatu yang berkualiti itu mamang ada harganya, sama juga anda sebagai penternak burung eksotik. Sebab eksotik itullah yang menyebabkan ianya mahal.
Akan tetapi, harus saya ingatkan di sini bahawa, setiap sesuatu harga yang dinyatakan di dalam blog ini adalah harga yang diselaraskan di seluruh dunia mengikut kadar tukaran wang asing tanpa membuat sebarang pindahan atau tambahan harga. Sekiranya anda membelinya di Singapura pun itu adalah harganya, di England pun itulah harganya, di Indonesia pun itulah harganya. Juga di lain-lain negara, tiada perbeazaan harga.
Pada posting akan datang, saya akan cuba perjelaskan spesifikasi setiap satu mesin yang ditawarkan oleh Brinsea terutamanya kelebihan fungsi yang terdapat padanya dan kenapa anda WAJIB memilikinya.
Bersambung lagi........
0 comments:
Post a Comment