Akan Bermula Siri-Siri Penetasan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog medanusahawan. Seperti biasa, saya mengharapkan agar anda semua dalam keadaan yang paling bahagia di samping keluarga dan/atau sahabat handai.
Di dalam kesibukan menguruskan tempat/kedai/opis yang tak seberapa ini, dengan pelbagai rutin, saya cuba sedaya upaya untuk membuat sedikit coretan berkaitan perkembangan perniagaan saya, baik ianya sebagai promosi produk mahu pun sebagai tempat penyebaran maklumat yang tak seberapa ini. Sibuknya bukannya apa pun, maklumlah, syarikat bermodal kecil tetapi berjiwa besar, mempunyai had-had yang cukup terbatas samada kewangan mahupun pekerja.
Seperti biasa, terdapat pelbagai panggilan telefon dan emel yang terpaksa saya layan sebaik mungkin. Banyak juga panggilan yang membuahkan hasil dan ramai yang membuat tempahan sekarang ini terpaksa mengikut giliran. Kekadang itu sampai 1 bulan pun ada. Bukan niat untuk sengaja melewatkan penghantaran, namun pelbagai kekangan terutamanya jarak penghantaran. Namun saya tidak mahu ini dijadikan alasan kepada para pelanggan sekelian secara melampau-lampau.
Dalam keadaan agak sibuk melayan itu dan ini, antara perkara yang paling seronok saya ikuti, ialah berkaitan dengan perkembangan penetasan telor ayam kampung dan telor ayam serama. Telor ayam kampung ialah kerana itulah dari sebahagian dari cabang bisnes saya yang cuba saya kembangkan, iaitu pembekalan anak-anak ayam kampung asli, manakala ayam serama ialah kerana inilah julung-julung kalinya saya berkecimpung dalam "kontrak penetasan". Sesuatu yang amat baru.
Seperti yang saya maklumkan pada posting yang sebelum ini, penetasan batch pertama ayam kampung ORI keluaran saya sendiri ialah pada minggu lepas sebanyak 20 ekor. Dan seperti yang dijangka dengan tepatnya, hari ini merupakan hari yang ke 20 (malam ke 21) untuk telor ayam kampung batch yang kedua sedang melalui proses penetasan.
Alhamdulillah, semasa posting ini sedang berjalan, telah terdapat berpuluh anak-anak ayam sedang ditetaskan di dalam inkubator model MI-305 yang berkapsiti sehingga 1,800 ekor. Namun telor-telor tidaklah dimasukkan sekali gus sahaja. Antara sebabnya ialah kerana bekalan telor masih belum mencukupi. Apapun, untuk malam ini dan esok, dijangakan sebanyak 200 ekor anak ayam akan ditetaskan.
Selepas daripada ini pula, akan lahirlah anak-anak ayam yang boleh kedapatan dalam kadar 300 ekor setiap 2 atau 3 hari. Setakat ini, saya membuat hampir 100% candling bagi memastikan hanya telor-telor yang mempunyai pertumbuhan embrio yang baik sahaja akan digunakan. Terima kasih juga kepada Brinsea Egg candler dan OvaView kerana dengan menggunakan alat bantuan ini, kerja-kerja mengenal pasti telor-telor yang baik sahaja disambung proses pengeraman adalah terlalu berguna dan tidak ternilai. Memang dari dulu lagi, saya tidak bercadang untuk menggunakan Candler buatan sendiri kerana saya khuatir akan tahap kesihatan telor/embrio setelah bahang cahaya dipancarkan kepada telor. Berbeza bila menggunakan Brinsea, mentol/bulb yang digunakan adalah cukup berbeza dan innya dikhususkan untuk tujuan ini sahaja.
Selain daripada itu, kami juga tidak sabar menunggu kelahiran sulung anak ayam serama yang ditetaskan menggunakan inkubator kompak keluaran kami model MI-101S. Sekali lagi, kami menggunakan OVAVIEW candler kerana saiz andler. Direka denga saiz yang begitu kompak, ianya terlalu mudah untuk dikendalikan dalam apa juga suasana kerana ianya menggunakan bateri kering sahaja. DItambah dengan rekebentuk yang cukup menarik, memang OVAVIEW adalah terlalu ideal bagi telor sekecil ayam serama.
Akhirnya, di kesempatan yang ada ini, sekiranya anda ingin mendapatkan bekalan anak ayam kampung ORI yang berumur 1 minggu, anda bolehlah berhubung dengan kami. InsyaAllah, stok minima anak ayam kampung ORI kami akan sentiasa kedapatan dalam 500 ekor setiap minggu. Itu adalah jaminan kami buat sekarang ini. Dan dari seketika ke seketika, kami akan menambah kedua-dua inkubator dan juga bekalan telor secara serentak.
0 comments:
Post a Comment