Elemen Penetasan - Keperluan Edaran CO2

Berapa ramaikah di antara kita memiliki inkubator? Baik yang dari jenis manual buatan sendiri mahupun yang ditempah dan yang dibeli dari pembuat mesin penetasan telor otomatik?

Sering kali kalau kita lawati blog-blog kepunyaan para penggemar dan para penternak unggas, baik berskala kecil mahupun berskala besar, antara ujian dan cabaran yang besar dan biasa buat mereka ialah kegagalan penetasan. Kadar penetasan yang terlalu rendah.

Tidak dinafikan bahawa, kelemahan rekabentuk mesin penetas itu sendiri adalah merupakan penyumbang kepada kegagalan ini. Sebahagiannya akan menyalahkan sipembuat inkubator dan sebahagian yang lebih bersifat pasif, lebih selesa mengatakan ianya juga hasil dari kurangnya lagi ilmu berkaitan dengan penetasan. Ini adalah kerana, sebagai seorang selalu dan pernah berdampingan dengan inkubator berskala besar seperti Petersime, saya sendiri pernah melihat, ianya bukan dari mesin, tetapi ianya 100% datang dari sikap kita.





Pelbagai ragam. Tidak perlulah saya berceritakan di sini dengan lebih. Cuma apa yang saya cuba tegaskan di sini ialah mesin itu telah diuji dengan pelbagai ujian dan telah digunakan oleh penternak/pengusaha GIANT. Beratusan mereka membelinya.

Saya cuba ringkaskan sebagai rumusan, sebenarnya kita terlalu ghairah untuk melihat ayam/itik/puyuh/angsa dan pelbagai unggas lagi "melahir"kan anak ke dunia. Namun kita belum cukup bermuhasabah lagi akan faktor-faktor ini:

  1. Adakah mesen buatan kita menepati standard piawai mesen penetas?
  2. Adakah kita membeli mesin penetas yang memang terbukti kadar penetasannya.
  3. Adakah kita hanya sekadar mereka cipta mesin untuk tujuan pengujian?
  4. Adakah kita mempunyai ilmu dan kemahiran yang cukup berkaitan dengan penetasan?
  5. Dan beberapa perkara lagi...


Untuk jawapan kepada persoalan di atas, sidang pembaca sekelian buatlah penilaian sendiri. Dalam masa yang sama saya cuba selitkan beberapa elemen yang perlu diketahui dan mungkin ada sebahagian dari elemen-elemen ini nanti perlu diterapkan kaedah (konsep) ke dalam rekabentuk inkubator kita suatu hari nanti. Kesemua yang saya ceritakan di sini adalah dicedok dari katalog-katalog PETERSIME.

1. Gunakan "Circulated Air Flow Fan"

Gunakan Konsep "cerculated air-flow system" untuk memastikan peredaran (pengedaran) udara dan kelembapan yang seragam dan seimbang kedalam keseluruhan bilik penetasan. Mesti difahami bahawa, bukan sahaja kita mengalirkan kelembapan, kita juga mesti memikirkan kaedah mengubah kedudukan "CO2" di dalam bilik penetasan.

Tahukah anda bahawa setiap telor yang telah terkesan janinnya sihat bermula dengan pembentukan embrio, maka bermulalah pernafasan. Dan juga mesti difahami, bahawa, sekiranya ujud CO2, ianya mesti dinyakan keluar supaya ianya tidak menjadi tepu di dalam konti penetasan itu. Embrio akan menjadi lemah walaupun berjaya ditetaskan. Maka dari situlah saya melihat, bagaimana kecewanya para penternak apabila dia mengatakan bahawa anak-anak ayam mati setelah beberapa hari menetas! Yang lebih teruk lagi apabila mendapati, anak-anak ayam tidak juga menetas walaupun telah mencapai umur 21 hari eraman (kalau dalam kontek ayam).

Setelah anda berjaya membuat circualation air dan menyahkan CO2 keluar, anda juga memastikan bahawa mesin penetas juga berkeupayaan untuk menyedut masuk O2 atau oksigen yang mencukupi kedalam mesen penetas. Maka dari sini, lengkaplah peredaran udara, dan seimbanglah serta seragamlam keseluruhan elemen pernafasan di dalam konti tersebut.

Terdapat beberapa elemen yang akan saya cuba selitkan (nak kupas tak berapa pandai lagi)antaranya :

1. Keperluan kepada Mist spray di dalam mesin penetas
2. Kaedah memegang telor tanpa melibatkan tangan secara terus (sentuhan fizikal)
3. Kaedah menimpan telor yang paling sesuai.

Saya akan gabungkan dengan mesin PETERSIME. Namun demikian saya lansung tidak menyarankan kepada pembaca semua untuk membina semua secara terus. Apa yang saya tekankan di sini ialah, kita cuba dapatkan atau bina elemen-elemen ini di dalam imesen penetas kita dalam rupa den bentuk yang lain, kalu tidak sama sekali pun, biarlah fungsinya hampir sama.

Tidak mudah untuk membuat benda yang sama dan mustahil untuk adakan PETERSIME di dalam inkubator kita.


Selamat memikirkan dan mencuba mencuba.

0 comments:

Post a Comment