Permasalahan Luar Biasa Berkaitan Inkubator

Topik ini agak menarik perhatian saya untuk saya paparkan di sini dan semoga paparan ini dapat kita kongsikan bersama demi untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti perniagaan kita, khususnya berkaitan dengan penetasan dan ammya berkaitan dengan penternakan.

Pebagai pengeluar, saya mempunyai rekod saya sendiri berkaitan dengan pengkalan data (database) pelanggan-pelanggan saya. Saya mengamati sepenuhnya keupayaan dan permasalahan setiap dari komen dan komplen. Cumanya sedikit tersasar kekadang tu, maklumlah sebagai pengusaha yang baru bertapak setelah sekian lama dikifarahkan dengan kecederaan fizikal. Lantaran itu ada kalanya saya lambat memberi respon atau tindak-balas terhadap permasalahan tersebut, namun bukanlah beerti ingin membuat tak endah sahaja.



InsyaAllah saya cuba selesaikan sebaik mungkin demi untuk menjaga kesinambungan bisnes ini. Sesiapa yang pernah berurusan dengan saya terutamanya sebagai pelanggan, mungkin mereka dapat menyelami sedikit permasalahan saya kerana saya sering memberitahu semua pelanggan saya berkaitan dengan kelemahan-kelemahan yang ada pada diri saya. Sekali lagi InsyaAllah, semuanya kita tempuhi dengan sebaik mungkin.

Lazimnya, apabila kita bercerita pasal penetas telor, ianya berkisar rapat dari segi keupayaan penetasan. Jadi apakah faktor yang utama menyumbang kepada kadar penetasan yang terbaik atau yang tidak langsung menetas? Di samping kita mempunyai bekalan telor yang konsisten, kaedah pengendalian telor dari ladang pun memang telahpun dipraktiskan sebaik mungkin. Maka seharusnya, penetasan untuk "batch" tersebut akan menjadi sama dengan yang sebelum-sebelum ini. Logiknya begitulah!

Tetapi, diandaikan pentesan tidak berlaku seperti yang sepatutnya, maka apakah anda terus membuat telahan yang telor2 tersebut bermasalah? Kemungkinan itu tetap ada akan tetapi terlalu dhoifnya rumusan kita sekiranya itulah andaian. Kita sering kali terlepas pandang akan tahap atau keadaan mesin penetas telor milik kita. Kita terlalu jarang membuat pemereksaan secara rutin terhadap mesin penetas telor yang satu-satunya ada pada kita. Kita yakin mesin kita mantap! Sepanjang biasa.

Mungkin juga kita terlalu berkira-berkira berkaitan dengan kemungkinan kos-kos yang bakal terlibat sekiranya saya atau wakil saya dipanggil untuk membuat pengujian tahap keselamatan mesen penetas telor. Lantaran itu kita terus membiarkan sahaja mesin tersebut berjalan seadanya.

Dipendekkan cerita, selepas sekian lama mengalami trauma "telor tembelang", barulah kita ketahui akan permasalahan itu ujud hasil dari kerosakan yang sudah terdapat pada mesin kita sendiri sekian lama secara perlahan-lahan. Mungkin "heater"nya, mungkin "turnernya dan mungkin "blower"nya serta mungkin juga electroniknya (mikro-pemproses). Namun sehinggalah keseluruhan mesin penetas tersebut diperiksa atau di"diagnos" secukupnya, maka barulah punca kepada permasalahan itu akan dikenal-pasti.

Sebagai contoh, terdapat seorang pemilik mesin penetas telor telah mengalami kejadian yang agak "trauma". Setelah sekian lama mesin itu beroperasi, maka pada satu ketika penetas telor tersebut memberi satu masalah yang besar kepada pemiliknya. Dengan secara tiba-tiba suhu di dalam mesin tersebut meningkat begitu mendadak langsung tidak menurut apa juga "setting" yang telah dilakukan.

Pada asasnya, memang "thermostat"lah yang bermasalah. Namun kejadian kenaikan suhu yang mendadak ini bukannya berlaku sepanjang masa atau setiap kali suis utama ditutup di mana kita boleh terus memberi jawapan.




1 comments:

Anonymous said...

good posting

Post a Comment