Lawatan Pelajar UTM Skudai


Semalam, saya telah didatangi oleh seorang pelajar tahun akhir jurusan Mekatronik, UTM Skudai Johor. Pelajar tersebut ialah Mohammad Aidil Adam bin Hamidan, sedang menyiapkan Thesis atau projek akhir beliau dan beliau merancang untuk menjadikan Inkubator fungsi automatik sebagai produk beliau.

Menurut beliau cadangan untuk membina sebuah inkubator dengan fungsi otomatik ni adalah kerana, beliau mendapati untuk membina sebuah inkubator, ianya memerlukan kepelbagaian dan cabang ilmu. Antara lainnya ialah sistem robotik, elektrikal, thermodynamic, elektronik dan pengkomputeran.



Jika inkubator saya lah yang dijadikan sebagai projek rujukan, ianya mungkin tidak mencapai matlamatnya yang sebenar. Namun saya telah pun memberi sedikit penerangan yang mana inkubator keluaran saya ada banyak hubung kait projek yang bakal beliau kendalikan. Antaranya ialah penggunaan mikro-controller based system. Selain daripada itu, saya juga menggunakan konsep CAM-profile untuk bertindak sebagai yang akan menggerakan turner turun dan naik.

Sebelum memulakan bicara, Mohd Aidil yang berasal dari Kelang Selangor dan telah bertandang bertemankan ibu danbapa beliau. Sejurus sahaja sampai ke itu lokasi, saya yang agak sibuk dengan beberapa projek kecilan di Proton Shah Alam, tanpa membuang masa memberi peluang kepada Mohd Aidil untuk bertanya apa-apa kemusykilan bebrkaitan dengan pembikinan inkubator.

Sedaya yang termampu, saya telah memberi bebrapa petua dan juga ilmu yang bersesuaian. Oleh kerana saya bukanlah insan yang terbaik, maka saya memulakan penerangan bermuala dengan faktor-faktor utama yang menjadikan inkubator atau hatcher itu dapat mengeluarkan dan menetaskan anak-anak unggas yang berkualiti.

Aspek-aspek berkaitan dengan kepentingan humidity, pergerakan telor, saiz inkubator, material yang perlu diambil-kira, kaedah menyukat suhu dan beberapa aspek lagi deterangkan dengan agak jelas. Hatta kaedah untuk mendapat baka serta benih atau telor juga dibincangkan.

Di akhirnya, saya telah memberitahu bahawa terdapat banyak kelebihan membina inlubator berfungsi otomatik berbanding dengan manual dari pelbagai sudut dan aspek. Dalam masa yang sama juga, saya menekankan kepada beliau bahawa sekiranya menggunakan inkubator manual, terlalu banyak permasalahan berkitan dengan inkubator manual antara lainnya bersabit dengan "disiplin pengguna" yang merupakan sebahagian besar penymbang kepada kegagalan penternak/penetas.

Itu belum diambil kira konsep dan kaedah pengaliran/peredaran serta pembentukan humidity di dalam inkubator yang mana inilah elemen yang terpenting di dalam proses penetasan.

Oleh kerana masa yang agak terbatas (menghampiri waktu solat Jumaat, Mohd Aidil dan keluarga memhon izin untuk beredar. Walaupun begitu, saya sentiasa mengingatkan kepada Mohd Aidil, sekiranya memerlukan apa-apa bantuan, beliau boleh lah merujukkepada saya kembali.

Apa pun saya ucapkan selamat maju jaya diucapkan kepada beliau