Lagi Model Terbaru Dari Niche Incubator

Salam bahagia sekali lagi.

Posting yang agak ringkas, sekadar memaklumkan berkaitan dengan keluaran terbaru dari Niche Strategy Marketing.

Setelah sekian lama dihujani dengan permintaan ramai kawan-kawan dan juga pelanggan, untuk mengeluarkan inkubator kendalian paling mudah dan harga yang paling efektif, maka, saya telah membuat beberapa ujian dan juga proses R & D dari segi kesesuaian dan kestabilansuhu serta kelembapan. Hampir 5 bulan juga saya melakukan ujian dan juga pembangunan (walaupun nampak simple) demi menjagaprestasi dan kredibiliti sebagai pembuat inkubator. Maklumlah, Niche ini baru setahun jagung.

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan juga dengan hidayah yang dikurnaikan oleh Allah swt, maka kami di Niche Strategy Marketing telah berjaya mengeluarkan Inkubator Semi-Auto yang pertama seumpamanya dengan kaedah pengendalian yang amat mudah. Pengguna tidak perlu menggunakan jari-jemari untuk menggolekkan telor ataupun tidak perlu lagi menyentap handle atau kain atau tali untuk mengubah kedudukan telor.

Hanya dengan melakukan tarikan dan/atau tolakan, maka dengan sendirinya telor-telor akan berubah kedudukan. Mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa, anda tidak perlu untuk mumusingkan telor secara fizikal iaitu dengan perlakuan 180 darjah pusing golekan telor. Hanya memadai dengan mengubah kedudukan dari satu posisi ke posisi yang lain. Dalam kaedah ini, kami meniru konsep pemusingan telor berciri sistem automatik kami, dengan melakukan sekadar kurang dari 90 darjah pusingan.

Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya menentukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari anda mesti ubahkan kedudukan telor dengan hanya menolak dan menarik "arm/lever" tray itu tadi. Kaedah memasukkan telor ke dalam tray juga adalah amat mudah dengan sistem tray telor yang dibentuk khas untuk telor ini.

Hanya kaedah pusingan telor sahaja kami lakukan secara SEMI-AUTO dan yang selebihnya, Niche Strategy Marketing mengekalkan keseluruhan fungsi inkubator keluaran kami. Dengan menggunakan palstik kontena, harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kepingan plywood.

Kamai menggunakan konsep forced-air (Pada saya terdapat perbezaan yang jelas dari segi konsep di antara forced-air dan juga cierculated-air walaupun sebilangan besar berkefahaman bahawa forced-air adalah juga circulated-air). Ingin saya ubah sedikit pandangan dan tanggapan bahawa circulated air adalah sebahagian daripada forced-air akan tetapi, forced-air adalah tidak sama sekali dengan circulated-air. Harus diingat juga konsep circulated air adalah sistem yang terbaik untuk inkubator bersaiz mini (Mini di sini pula bergantung kepada komponen-komponen yang digunakan)

Untuk pelanggan-pelanggan di luar sana, anda boleh membuat tempah pada bila-bila masa dari sekarang. Untuk kepastian, bilangan muatan telor ayam kampung asli ialah sekitar 60 biji dengan harga jualan RM350.00 termasuk kos penghantaran keseluruh semenanjung Malaysia. Untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak, kami belum memutuskan lagi.

2 comments:

Anonymous said...

salam...En. macam mana En. menstabilkan kelembapan dlm inkubator tersebut?

Anonymous said...

design nampak bagus.... mcm mane nak menjaga kelembapan inkubator tu? em perlu dikaji lagi tu...

Post a Comment