Adakah CAEM Thermostat Terbaik?

Apa khabar teman-teman sekelian. Saya mengharap dan mendoakan anda semua sihat walafiat dan mendapat kerahmatanNya sentiasa. Saya Alhamdulillah, sihat cuma ditambah sedikikit dengan tekanan semasa menyebabkan "suhu darah meningkat". Leher/tengkok asyik lenguh2 dan sakit - petanda "pressure is mounting". Apapun masih gagahkan juga usaha untuk mengupdatekan blog yang dah sekian hari tertinggal.

Kali ini saya hendak bercerita berkaitan dengan thermostat.

Di awal penglibatan saya dalam pembikinan inkubator, saya menggunakan Rainbow thermostat. Itulah thermostat yang ada pada ketika itu dan yang terbaik pada saya sebagai orang yang berkecimpung dalam bidang elektronik. Itu cerita di awal tahun 2007. Menggunakanlah thermosat itu untuk beberapa ketika dengan terjualnya hampir juga kepada 30 set inkubator "fully automatic" saya ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Saya tidak ada banyak pilihan ketika itu.

Setelah beberapa bulan menggunakannya, maka problem mula mendatangi saya satu persatu, hanya berkaitan dengan suhu kenapasan yang terlampau dan sejuk yang terlampau. Bukan semua Rainbow thermostat, tetapi sebahagiannya. Ini menjadikan julat suhunya begitu melebar langsung menyebabkan kadar penetasan menjadi kurang berkesan (saya rasalah). Namun digagahkan juga kudrat yang ada ini sedaya upaya untuk memastikan inkubator pelanggan beroperasi seperti seadanya. Mejelajahlah saya keberapa tempat (bagi inkubator yang thermostatnya bermasalah saja).

Oleh kerana jarak yang membataskan, maka saya memikirkan tiada kesudahannya kalau saya tidak mencari alternatif lain. Lalu saya disarankan oleh seorang pemilik inkubator agar saya menggunakan "Temperature Controller". Lalu saya tanpa berfikir panjang menggunakan terus "Omron temperature controller", yang bagi saya sesuatu yang amat biasa saya gunakan. Cumanya saya terpaksa menaikkan sedikit harga kerana harga komponen telah juga meningkat.

Maka terpasanaglah inkubator saya sehingga berjumlah 22 set semuanya menggunakan "Omron Temperature Controller".

Siapa kata pisang tidak berbuah 2 kali. Saya sekali lagi mengalami trauma yang kedua dengan beberapa buah inkubator keluaran saya menghadapi masalah kepanasan yang melampau. Asalnya saya sedikit tersilap kerana tidak menggunakan "relay" atau contactor. Namun sesudah itu saya membuat penambah-baikan yang sepatutnya. Akan tetapi, yang cantik dan yang sofistikated tidak menjanjikan yang terbaik kepada semua. Pengguna inkubator datangnya dari pelbagai peringkat usia dan tahap ilmunya. Di sinilah letaknya masalah saya berkaitan dengan "temperature Controller". Bukan sebab brandnya, akan tetapi kerana kekurangan ilmu dan kerana terlalu janggal dengan benda-benda yang sedemikian. Lansungnya kegagalan kali kedua.

Namun ada hikamhnya. Saya mula mencari pengganti kepada Temperature controller dan terjumpalah saya dengan CAEM thermostat. Seingat saya, tidak kurang dari 80 biji thermostat CAEM saya order dan sebahagian besarnya ada untuk kegunaan sendiri selain terlalu sedikit saya menjualnya.

Pada batch pertama pesanan dibuat, semuanya OK. 20 set. Tak ada masalah rasanya. Maka ditambah pula dengan 20 set lagi pesanan yang baru dan saya mula membuat iklan untuk menjual secara online sepertimana yang terdapat di dalam blog saya ini satu ketika dulu. Namun pada batch yang kedua ini saya mula merasa curiga akan keupayaan sebenar CAEM. Inkubator saya tidak menunjukkan kenaikan suhu yang sepatutnya. Terlalu rendah. Maka komplen pun dibuat, akan tetapi diringkaskan ceritanya pembekal mengatakan saya tidak tahu menggunakannya. Wiring salah katanya. Nauzubillah!. Manakan salahnya. Hanya 2 wire (pole) saja digunakan. Lagi pun pada saya, wiring inkubator saya ini terlalu simple untuk saya yang berkecimpung di dalam bidang "robotik". Akan tetapi oleh kerana inginkan gantian barangan, saya mengiyakan sahaja.

Seterusnya batch yang ketiga saya tempah dengan bilangan 40 set. Sedihnya pada batch yang kedua lagi, pelanggan telah mula mendatangi saya mengatakan inkubator mereka tidak boleh dilaraskan suhunya. Dalam waktu yang sama juga, inkubator yang sedang diuji oleh saya juga mengahadapi masalah yang sama. Saya pada ketika itu masih mengatakan itu adalah masalah terpencil. Dan saya sekali lagi saya membuat komplen kepada pembekal. Masih juga pembekal mengatakan saya tidak faham berkaitan dengan wiring. Peliknya, kalau dah lebih 40 set saya menjualkannya, bukannya semua yang gagal. Ini menandakan produk itu tidak konsisten.

Sekarang saya sedang membina lebih dari 40 set inkubator keluaran saya dengan model yang serba baru, baik dari segi bahan binaan mahu pun dari segi komponen elektroniknya (elektrikal)

Yang pasti, saya tidak lagi menggunakan CAEM thermostat.

Persoalannya : MENGAPAKAH CAEM YANG DIBANGGA-BANGGAKAN OELH SEKIAN BANYAK PEMBUAT IKUBATOR TIDAK MEMBEKALKAN THERMOSTAT BERKUALITI?

Peliknya Cop dari Neara luar ada persijilan TUV, CE dan pelbagai lagi. Sekiranya saya dipersalahkan kerana "kebodohan dan kedangkalan" ilmu saya, saya menyimpan begitu banyak tehrmostat CAEM yang bermasalah untuk dipertontonkan bersama.

Mungkinkah ada PENDUA CAEM dalam pasaran? Apakah yang saya perolehi ini adalah produk "CIPLAK".

Untuk rekod, sebelum saya membeli batch pertama 20 set, saya pernah buat pesanan beberapa set sebagai percubaan.

Semoga anda di luar sana lebih berhati-hati dalam memilih thermostat terutamanya CAEM. Brand lain termasuk Rainbow tidak termasuk dalam kategori yang mencurigakan saya.

Kepada tuan punya inkubator keluaran saya, seandainya anda mempunyai masalah berkaitan "heating", besar kemungkinannya ialah kerana CAEM. InsyaAllah saya akan gantikan dengan produk yang lebih baik kualitinya untuk anda semua.




3 comments:

Sahabat said...

Saya ada jual thermostat rainbow di

http://www.mudah.my/Thermostat+Rainbow+untuk+Inkubator+atau+incubator-5846234.htm?last=1

Bedin Jusoh said...

Sahabat...Sekiranya thermostat anda adalah dalam julat 1 - 40 Deg Celcius, then saya boleh consider. Next batch. Kalau yang julat sehingga 110, saya memang tau untuk mendapatkannya.

Terima kasih kerana info tersebut..

Anonymous said...

bro,

aku ada pakai jaeger yg 1-40c punya temostat, byk yg tak ok, tapi ada yg ok tapi lama2 jadi tak ok, dia tak konsistent. aku tak pakai banyak cuma 5 bijik je. yg peliknya mula2 dia ok tapi lama2 dia jadi tak konsistent. punca yg jadi tak konsisten tu aku rasa dari vibration yg datang dari inkubator, espcially dari kipas. skrang ni walaupun aku pakai digital controller shinko, aku tetap taruk padding tak nak vibrate yg datang dari kipas tu intterupt any mechanical part inside temostat tu. sekadar experience aku je, org lain tak tau lah, so far all those shinko tak bagi apa2 masalah lagi, bagus dia punya performance, nak lagi kalau pakai pid function tu, yg tak tahan nya lepas satu batch mesti ada mentol yg terbakar, kerap sgt on-off.

puyuhsegar

Post a Comment