Ayam Serama - Kalau Dah Memang Baka Itu Cantik

Selamat bersua kembali para pengunjung blog sekelian. Apa khabar anda di sana. Doa saya semoga anda diberikan kesihatan dan kelegaan sepanjang waktu dan kita oleh Allah swt. Sekiranya sakit berjumpalah orang yang boleh berusaha untuk menyembuhkan sakit anda. Apa jugga penyakitnya, pasati ada ubat, berdoalah kepadaNya dan selepas daripada itu bertawakallah. Mudah2an doa anda dimakbulkan.

Apa cerita kali ini?

Semenjak 3 minggu yang lalu, saya didatangi oleh seorang pelawat yang tidak saya kenali. Namun setelah beberapa minit berbual, maka tahulah saya bahawa beliaulah secara tak langsung insan yang pernah saya "called" 2 bulan yang lalu, namun tidak berjawab. Beliau yang saya maksudkan ialah "Man Serama", orang Durian Burung, seorang tokey boat nelayan yang juga peminat ayam serama yang tersohor di Negeri Terengganu. Beliau juga menyandang sebagai pengerusi/presiden Kelab Ayam Serama Terengganu.

Diringkaskan cerita, kedatangan beliau ialah untuk memastikan saya adalah pembuat inkubator dan seterusnya beliau cukup berhajat untuk ssya "menetaskan" telor ayam serama sebanyak 59 biji. Alahamdulullah setelah berbincang, Abang Man terus sahaja menghantar telor tersebut untuk saya ramkan pada malam itu juga.

Selang hampir seminggu, saya membuat "candling" dan hasil dari candling itu sebanyak 41 biji didapati tiada benih, 1 biji retak dan satu biji pecah (terjatuh semasa proses "candling dilakukan - kecuaianlah tu). Dan dari 16 biji yang ada janin atau ada pertumbuhan embrio, hanya sekitar lapan biji sahaja mempunyai pertumbhuhan yang nampak macam sihat di mana sebahagian besarnya ialah ujudnya "blood-ring" yang pada akhirnya telor itu didapati "mati" selepas beberapa hari disambung proses pengeramannya.

Sehingga saat posting ini ditulis, hanya 2 ekor yang berjaya menetas (Sepatutnya menetas esok), manakala baki yang 6 biji belum lagi menampakkan tanda-tanda "tebuk" pada cengkerang telor. Kedua-dua ekor itu masih lagi dibiarkan di dalam inkubator, dan dipantau proses pengeringan bulu pada setiap waktu dan ketika.





Hari ini, sudah hampir 2 hari kedua-dua ekor anak serama tersebut ditetaskan. Apa yang sedikit memeranjatkan saya, belumpun sampai 1 minggu atau 2 minggu, anak ayam itu telah menunjukkan rupa dan perlakuan seperti ayam serama dewasa. Belum apa-apa lagi, anak ayam telah membuat posing dengan gaya "menarik". Itu belum sampai tahap matang lagi.

Bertuah "Man Serama", walaupun agak malang kerana tidak mencapai kadar penetasan yang diharapkan, namun beliau cukup berpuas hati, kerana yang menetas itu adalah dari baka yang elok. Yang lebih baik lagi ialah Man Serama tidak menyalahkan inkubator buatan saya sama sekali kerana sebelum ini pun setelah menggunakan khidmat inkubator Brinsea, sukar juga untuk ayam serama menetas.

Dalam waktu yang sama juga, terdapat 2nd batch ayam serama Man Serama dalam proses pengeraman yang berjumah, juga lebih dari 60 biji. Akan tetapi, setelah dijalankan "candling" masih juga kedapatan telor-telor yang tidak subur. Yang berbenih cumalah sekitar 20 biji sahaja. Selepas daripada ini, saya aka berbincang dan bertukar pandangan dengan Abag Man untuk membolehkan beliau mendapat telor yang berkualiti. Ini kerana, hampir ke semua ayam serama milik beliau adalah dari "cross-breeding" yang telah masuk 5 - 7 pusing "darah".

Ternyata, untuk sampai ke tahap ini, ianya memerlukan satu jangkamasa yang panjang, dan penting lagi ialah kemampuan membuat dan mencatat rekod. Kalatanya, ada sesetengah ayam beliau mempunyai "darah" dari 25 tahun keturunan.

0 comments:

Post a Comment