Kaedah "Candling" Secara Tradisional (Konvensional) Untuk Telor Itik/Angsa

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog medanusahawan yang beragama Islam dan selamat datang kepada yang lainnya.

Ye! Lama sungguh saya tidak berposting. Seperti ada Virus baru menyerang perasaan dengan mendambakan perasaan malas yang tak terhingga. Ianya telah menyebabkan berblogging tidak lagi "sticky" seperti dulu. Memanglah kalau nak dikirakan sibuk, semenjak akhir2 ini memang sungguh sibuk. Akan tetapi, sebelum daripada ini tidaklah sehingga menyebabkan blog ini sepi dari posting.

Saya sungguh bertekad untuk meng"imarah"kan dengan posting2 yang baru dan berkualiti. Sehingga kekadang itu, tetikus pun telah dipegang, tinggal lagi malas hendak menghentam kebod. Banyak juga cerita dan peristiwa yang patut dikongsikan dengan sahabat semua.

Baiklah. Kali ini saya cuba untuk kongsikan dengan anda satu topik yang agak baru dalam kehidupan saya iaitu perihal "Candling" Secara konvensional. Kita sering mendengar perkataan "Candling" yang dipinjamkan/dirompak dari perkataan orang putih. Maka berlumba-lumbalah penternak memiliki "lampu ajaib" itu untuk tujuan melihat pembentukan dan pertumbuhan embrio di dalam telor. Pelbagai bentuk lampu suluh digunakan.

Namun sedikit berbeza dengan pengalaman saya dengan seorang penternak VETERAN di kampung saya.

Pada hari Sabtu semalam, saya ada buat temu janji untuk mendapatkan bekalan telor untuk tujuan penetasan Dijemputnya saya ke rumah yang memang agak sudah bersedia untuk bercerita. Lalu diberinya telor ayam kampung yang dipesan dan juga telor itik yang ingin ditetaskan menggunakan mesin penetas. Oleh kerana saya memang tak pernah melakukan penetasan telor itik, maka saya memberitahu orang tua itu bahawa sekiranya telor tidak menetas seperti yang dijangkakan, janganlah pula saya dimarahi. Saya memberitahu orang tua tersebut saya akan membuat proses "scanning" untuk memastikan hanya telor yang berbenih sahaja akan diteruskan pengeraman.

Maka beliau pun mencelah, "bagaimana kamu melakukan candling"?

Saya mengatakan bahawa saya menggunakan lampu khusus. Maka dia mengatakan, dia tidak pernah ada lampu untuk memastikan telor itik yang diramkan adalah berbenih atau tidak. Caranya ialah dengan merendamkan keseluruhan telor ke dalam air sejuk (air paip) dan membiarkannya. Sekiranya telor itu terapung dan dia akan bergerak dengan cergas (bergolek-golek) maka nyatalah telor itu telor yang telah mempunyai anak yang bakal menetas dengan cantiknya.

Sesudah ke semua telor dibuat "candling" secara konvensional, maka telor-telor tersebut dimasukkan semula ke bawah perut ibu atau ke dalam mesin penetas (sekiranya menggunakan mesin).

Seperti kata beliau hanya telor spesis itik sahaja sesuai dibuat "testing" kaedah tersebut. Dan tambah beliau lagi, ianya boleh dilakukan dalam waktu waktu terakhir proses penetasan (dalam 21 hari ke atas katanya).

Moralnya, samada betul atau tidak, saya belum mencubanya. Namun saya mempunyai telor itik yang diberikan khusus kepada saya untuk ditetaskan sebanyak 12 biji semalam. Saya bertekad untuk melakukan apa yang dikatakan oleh orang tua tersebut.

Semoga ianya akan ada persamaan antara teori dan praktikal, bila mana, setiap angsa yang sedang mengeram pada peringkat akhir, akan sentiasa kerap turun ke dalam air dan kembali semula ke pada telor setelah beberapa ketika berada di dalam air.

Anda bagai mana? Adakah anda pernah mendengar cerita-cerita yang sedemikian?




4 comments:

Megat said...

bang, telur ayam sy pernah dgar n pernah buat..kadang2 bila ckup 21hari tk menetas, klau ada space jgn buang..biar sampai hari ke 23 pastu rendam dlm mangkuk air..yg tenggelam buang yg timbul letak balik..telur yg ada isi lg ada rezeki sblm berakhir hari ke 24akan menetas...

Al-fakirilallah said...

TQ Bantak, Saya akan cuba dengan kedua-duanya sekali. Ayam dan itik. Tetapi saya pernah simpan telor ayam sampi lebih 30 hari (Yang pada pengamatan saya selepas beberapa kali candling macam nampak OK), tetapi tidak juga menetas.

Saya akan cuba lagi

Shahrom said...

Assalamualaikum.
Bodoh punya Indon hehehe. Abaikan
Ok. Saya biasa buang twlor yg tak menetas dlam longkang. Mmg ada yg tenggelam dan timbul. Tapi biasanya telor yg sah tembelang akan timbul. Saya pyn dah konfius ngan cerita bantak. Tak taulah. Tapi biasa saya goncang dulu telor yg tak mrnetas tu. Kalau ada giyang saya terus buang.
Lagi satu kalau nak tunggu sampai 21 hari nak scan tak da makna. Tunggu jer 3 hari lagi. Kalau tak netas buang jer. Kalau boleh sebelum diram atau sehari atau dua so kita boleh guna ruang tu uutk telor lain.
Lagi satu nak tya. Kalau telor kita da eram 2 atau 3 hari yg tak fertike tu boleh tak kita makan.

Post a Comment