Kami Telah Memulakan Operasi Di Pejabat Baru
Assalamualaikum dan salam bahagia kepada para pengunjung sekalian.
Seperti yang dijanjikan dan juga seperti yang diimpikan, niat dan hajat untuk memindahkan operasi ke Kuala Terangganu telah tercapai dengan bermulanya operasi di tempat serba baru sekarang. Gambar di sebalah atas menceritakan segalanya. Syukur tak terhingga ke hadharat Allah Taala kerana dengan limpah izin dan perkenanNya, maka kami telah memulakan dengan penuh rasa gembira di kala rakan-rakan lain di sebahagian besar di Seluruh Malaysia sedang bercuti hari Minggu.
Kini bermulalah segalanya mengikut jadual Negeri Terengganu Darul Iman. Memang terasa pelik sekali kerana walaupun asalnya aku adalah orang kelahiran Negeri Terengganu, namun rasa kekok dengan suasana perbezaan hari bekerja masih terlalu menebal. Terasa janggal. Tapi aku merasakan itu bukanlah halangan yang besar. Kalau tidak manakan orang Terengganu sekarang ini dapat melangsaikan urusan bisnes mereka seperti biasa. Nanti seperti kata peribahasa atau simpulan bahasa atau perumpamaan (mana-mana satu) "Alah Bisa, Tegal Biasa". Tak lama lagi akan menjadi satu kebiasaan bagi aku.
Mengimbau kembali saat-saat bersusah payah untuk memulakan satu "Proses Penghijarahan" di akhir tahun 2009, terasa sesuatu itu seseakli seakan-akan seperti perkara "main-main' sahaja. Manakan tidaknya, rumah dan famili masih lagi bermustautin di Puchong yang memang telah sekian lama kami mendiaminya di sana. Bukan sesuatu yang senang. Maka dipasangkan segala angan-angan pada awalnya ditambah dengan semangat dan iltizam yang bersungguh-sungguh, membina kekuatan dalaman dan luaran memberi segala macam kata-kata semangat pada diri sendiri, maka dengan sendirinya kekuatan datang dengan sebegitu sahaja.
Ramai juga kawan-kawan berkata, buat apalah aku perlu pindah ke satu negeri yang jauh lebih mundur berbanding dengan Negeri Selangor. Satu ketika memang ianya benar sekali. Namun hanya aku sahaja yang faham di waktu itu, selain daripada Allah. Sudah sekian lama aku menetap di Negeri Selangor. Segalanya aku membina dan menimba pengalaman dan ilmu di sana. Maka atas sifat keyakinan itulah aku memulakan langkah. Bahawa rezeki itu ada di mana-mana. Hatta sekrianya kita malas, ditambah dengan kekurangan ilmu dan pengalaman, REZEKI di depan mulut pun belum tentu dapat disumbat ke dalam mulut. Namun tidaklah pula aku ingin menyamakan diri aku dengan pepatah seperti "Semut di dalam batu". Itu sudah jauh sangat.
Untuk makluman, Terengganu sekarang ini adalah antara negeri yang masih lagi kompetitif dalam banyak hal. Walaupun "property" merupakan antara negeri yang paling mahal sekali di Malaysia, namun dari segi tenaga buruhnya, ianya amat jauh ketinggalan. Seolah-olah tak percaya aku bahawa masih kedapatan kerani am dibayar gaji sebanyak RM300 - RM350.00 sebulan. Terpacul dari mulut aku kepada seorang kenalan ahli perniaagaan yang baru aku kenali bahawa itu adalah mainan atau dia telah berlaku zalim. Marah kawan itu kepada aku. Apa pun aku memang terasa itu ada sesuatu yang tidak adil.
Selain daripada itu, prasarana adalah antara yang terbaik berbanding dengan kebayakan bandar atau bandaraya di Malaysia dengan segala macam kemuadahan senang diperolehi, termasuklah sistem komunikasi internet berkelajuan tinggi.
Kemudahan logistik mungkin memberi sedikit keresahan kepada aku pada peringkat awal, namun sedikit masa lagi perkara tersebut akan dapat di atasi dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan darat yang bertebaran disekitar Kuala Terengganu. Aku akan masih lagi menggunakan "rumah di Puchong" sebagai pejabat dan pusat pengedaran untuk keseluruh destinasi terutamanya ke Pantai Barat dan Malaysia Timur (Sabah & Sarawak).
Dalam waktu yang sama juga, Niche Startegy Marketing telah pun mengenal pasti beberapa rakan niaga yang amat berpotensi untuk menjadi pengedar produk keluaran kami ini yang terbukti telah mendapat tempat di seluruh Malaysia termasuk Brunie Darul Salam. Untuk itu, kami akan menamakan senarai pengedar tersebut mengikut lokaliti dan kemapuan dalam sedikit waktu lagi.
Kami begitu yakin dengan prestasi mesin penetas dan pengeram telor kami yang berkualiti ini, bakal-bakal pengedar kurang mempunyai permasalahan dari segi teknikalnya. Banyak sudah kami bertungkus-lumus dalam memastikan permasalah teknikal dikurangkan hampir kepada "Zero Defect". Ditambah pula dengan pelbagai keluaran produk baru yang bakal membarisi senarai produk keluaran Nichi Strategy Marketing yang mengutamakan penternak bersaiz kecilan sehinggalah penternak bersaiz sederhana besar dengan menampilkan inkubator bersaiz "KOMPAK" dan bersaiz "MIDI" yang boleh memuatkan dari serendah 50 biji telor ayam kampung sehinggalah kepada 1500 biji telor ayam kampung untuk satu-satu inkubator.
Juga, bakal-bakal penggemar ayam eksotik dan "game-birds" tunggulah kemunculan produk keluaran kami khusus untuk anda dengan harga yang amat berpatutan dan juga kualiti yang memang setanding produk keluaran berjenama antarabangsa baik dari segi rekabentuk mahupun dari segi elemen kefungsian.
Semoga dengan sedikit pendedahan awalan ini, pelangan-pelangan inkubator keluaran Niche Strategy Marketing dan juga yang pentingnya bakal-bakal pemilik, anda sudah pasti akan teruja dengan produk-pruduk berkualiti keluaran kami ini.
Sebagai pengeluar, tiada yang lebih seronok melainkan melihat rakan-rakan penternak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada rutin seharian mereka dengan hanya memberikan sedikit waktu sahaja kepada soal-soal penetasan.
Semoga penternak sekelian diberikah kerahmatan oleh Allah swt dan sama-sama kita mohon kepadaNya supaya segala sesuatu urusan kita dipermudahkan dan semoga Allah menerima sesuatu amalan kita sebagai ibadah. Maka dengan itu, berniatlah kita sebelum memulakan sesuatu itu, hanya kerana "Allah Taala". Bukan susah untuk menjadikan sesuatu itu sebagai ibadah.
Wallah hua'alam.
Berjumpa lagi di lain posting.
1 comments:
kat mane kat traganu tu?
Post a Comment