Penetasan Burung Walit & Lawatan Aeroswift

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog sekalian. Alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan dan kekuatan olehNya untuk menulis serba sedikit dalam keterbatasan waktu ini. Al maklum. Kami ini syarikat yang kecik, jadinya kesemuanya perlu dibuat sendiri, Tiada sekriteri hanya ada isteri sahaja.

Tiga hari yang lepas, saya telah dikunjungi oleh "Aeroswift Group Of Companies" yang diketuai sendiri oleh CEO beliau, En. Khairil Sani Wong Abdullah. Sebenarnya pertemuan telahpun diatur beberapa hari sebelum itu lagi semasa saya berada di Terengganu. Pertemuan yang berlangsung lebih dari 2 jam itu, telah sedikit sebanyak menambah pengetahuan saya tentang prospek Burung Layang Gua atau Walet ini. Sebelum daripada ini, saya tidak tahu langsung berkaitan dengan prospek serta kaedah "penternakan" Walet ini.




Panjang lebar sungguh beliau memberi penerangan.

Pertemuan yang sungguh ceria itu, sebahagian daripadanya adalah berkaitan dengan perbincangan untuk membina beberapa buah Mesin Penetas dan Mesin Pengeram yang mana ciri-ciri yang dibina kelak adalah berkonsep dan berpandukan kepada kemahuan dan spesifikasi yang di"reka" khusus oleh En Sani berdasarkan pengalaman beliau dalam peniagaan sarang burung walet melebihi dari 15 tahun. Terlalu banyak boleh dieksploitasikan berkaitan dengan burung walit ini untuk industri "huluan" atau upstream samada pembuatan mesin ataupun pembuatan "makanan burung walit" menggunkan teknologi moden. Sebahagian daripadanya pula telah dan sedang dikaji oleh Aeroswift itu sendiri yang juga secara langsungnya mendapat "Grant" kerajaan untuk membangun dan memajukan industri burung Walet ini.

InsyaAllah saya akan cuba bangunkan 2 atau 3 model khusus ini untuk Aeroswift dalam masa yang terdekat.

Terima kasih juga saya kepada En Sani dan En Marzuki kerana telah sudi memberi penerangan yang panjang lebar. Semoga Allah memberi kita semua keberkatan dan menambahkan lagi rezeki yang halal.

2 comments:

Mohd Kamal Suyud said...

Assalamualaikum En Bedin, semoga suksess bisnes anda. Semoga dengan lawatan tersebut akan menambahkan lagi rezeki anda. Saya selaku agen pemasaran projek penternakan burung walit dalam sangkar Aeroswift turut berbangga kerana sokongan En Sani kepada En Bedin secara tidak langsung bila menempah peralatan mesin penetasan dari syarikat Encik. Saya juga tidak keberatan untuk meletakkan link syrikat encik dalam blog BURUNG WALIT, http://www.kamalswift.com/blog
yang benar
Mohd Kamal suyud

Al-fakirilallah said...

Waalaikumussalam!

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi mempromosikan blog dan produk saya ini. Terima kasih juga kepada EN Sani.

Semoga bidang penternakan Burung Walit ini dapat diketengahkan lagi dengan adanya bantuan/dana dari Agro Bank seperti mana yang telah disiarkan di TV3 semalam.

Saya menjangkakan anda juga adalah orang dibelakang tabir yang akan turut sama memajukan peluang keemasan ini.

Saya sekadar tempelan sahaja.

Apapun syabas kepada anda!

Post a Comment