Mutu Inkubator Dipertingkatkan

Salam sejahtera rakan-rakan penternak dan bukan penternak sekelian. Semoga anda berada dalam kerahmatanNya hendaknya.

Sering kali emel saya diterjah dan juga sering kali juga saya menerima panggilan dari rakan-rakan penternak yang tidak dikenali dan juga dikenali untuk meminta nasihat atau pandangan berkaitan dengan permasalahan penetasan telor unggas milik mereka. Ada sesetengah itu dari kalangan pengguna mesin keluaran saya sendiri dan tidak kurang juga keluaran yang lainnya terutama mesin penetasan manual. Banyak sekali.

Seboleh mungkin saya cuba untuk menjawab mengikut apa yang saya faham. Sudah banyak kali juga saya membuat posting berkaitan dengan kaedah terbaik sistem penetasan serta keperluan-keperluan yang piawai serta keperluan sampingan.

Berkemungkinan besar mereka telah tercicir dari nota ringkas saya. Sekali lagi dengan ringkasnya saya senaraikan serba sedikit sebagai ulangan. Memang dah ramai yang tau pun. Tak apa. Apa yang kita perlu tau berkaitan dengan penetasan ialah:

  1. Penetapan suhu dalam ruang pengeraman dan penetasan (Suhu terbaik ialah 37.5 C -buatlah kaedah macam mana pun tak apa, janji suhu dapat maintain dalam julat tersebut)
  2. Penetapan kelembapan  di dalam ruang pengeraman dan penetasan (Kena ada perbezaan antara pengeraman dan penetasan - sehingga 15 -20%) 
  3. Mengerak-gerakan telor dalam kadar/jangkamasa yang tertentu (Sekiranya secara manual, gerakkan sekurang-kurangnya 3 kali sehari adalah amat perlu. 2 Kali tak boleh - banyak kegagalan)
  4. Mengasing tempat (ruang) untuk pengeraman dan penetasan - MESTI
  5. Membuat candling apabila mencapai tempoh-tempoh tertentu (Tebaik ialah pada tempoh 1/3 dari tempoh penetasan keseluruhannya)
  6. Memastikan telor tidak dipusingkan semasa proses penetasan (beberapa hari terakhir sebelum menetas)
  7. Sebelum daripada itu, pastikan juga telor adalah dari baka yang terbaik dari segi pemakanan, kaedah "flocking", umur induk betina & jantan serta bilangan penjantan dan betina yang terbaik (mungkin 1 flock ialah 1:6 atau 1:7  antara jantan dan betina). Namun flock sedikit berbeza antara spesis-spesis unggas.
  8. Kebersihan ruang pengeraman dan penetasan - bebas dari punca pembiakan bakteria.
  9. Telor -telor yang dimasukkan mestilah tidak tercemar dari kotoran dan juga bahan kimia.
  10. Dan pelbagai lagi.....Sila tambah sendiri sekiranya ada.
Mengambil-kira anda semua adalah pemilik inkubator, anda telah melakukan yang tertera di atas, maka bagi tujuan untuk mencapai matlamat 80% - 100% pencapaian penetasan adalah tidak mustahil. Tetapi anda mesti berusaha untuk menghadirkan kesemuanya itu tanpa terkecuali. Terpulang samada nak buat secara manual atau auto.

Bagi pengguna dan penggemar mesin penetasan automatik seperti keluaran kami, bermula dari batch yang akan dikeluarkan pada 1 hb April 2010, kesemua inkubator keluaran Niche mempunyai gadget yang dipertingkatkan mutunya sesuai dengan kaeadah menjadikan inkubator ini adalah USER FRIENDLY. Senang dioperasikan dan mudah dikawal serta mudah diawasi. Kalau selalunya sebelum ini, anda bertanya bagaimanakah caranya yang terbaik untuk anda menentukan kelembapan dalam ruang penetasan, maka dengan adanya alat thermo-hygrometer ini, anda tidak perlu meneka dan mengagak lagi. Inkubator anda telah dilengkapi dengan 2-in-1 indicator. Suhu dan juga kelembapan.

Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan hanya melakukan sedikit tetapan pada samada:
  1. melakukan bukaan lubang intake dan outlet pada bahagian belakang inkubator, atau
  2. Mengubah sukatan air di dalam inkubator. (Menambah keluasan permukaan air akan secara relatifnya menambah tahap kelembapan udara di dalam chamber dan begitulah sebaliknya
Inilah sedikit dari operasi manual yang perlu anda lakukan. Memerlukan proses 1 kali sahaja untuk selamanya (sepatutnyalah kecuali ada perubahan secara tidak sengaja)

Untuk pengetahuan bakal pembeli, saya telah mencuba membuat perbandingan dengan alat pengukur kelembapan keluaran terbaik dan juga jangkasuhu keluaran yang terbaik, nilainya "tiada ubah", sama sahaja. Lagi pun anda semua mesti tahu, bahawa kita BUKAN berkehendakan "sensitivity" akan tetapi kita perlukan ketepatan sahaja.

Maka gadget yang saya gunakan ini sudah lebih dari mencukupi dalam menghasilkan ukuran suhu dan RH.


0 comments:

Post a Comment