Peluang Membina Kerjaya Untuk Wagra OKU

Assalamualaikum pengunjung blog sekalian. Semoga anda semua sihat. Kalau demam dan sakit pergilah buat pemereksaan. Manalah tau, kot-kot kena serangan Denggi ke atau penyakit yang lainnya. Kalau yang sakit cinta tu, tak dapat lah den nak nolongnya. Sendiri-sendiri fikirlah. Apa pun saya mengaharapkan anda bahagia, walaupun tugasan hari ini mencabar dan getir. Biasalah tu. Sebagai hamba Llah yang tahu bersyukur, segalam macam masalah itu sebenarnya adalah untuk menguji kesabaran dan keTaqwaan kita sahaja. Baru ujud peningkatan iman.

Semalam merupakan satu hari yang agak penat juga. Nanum, hasilnya saya merasa puas kerana memberi satu pengalaman yang baru dan berbeza.

Saya berada di Puchong (rumah) adalah kerana beberapa janji-temu yang telah pun dibuat untuk beberapa program yang antara lainnya ialah melibatkan diri dalam program Anjuran Sekolah Kebagsaan Kem Terendak 2 Melaka. Program yang dianjurkan khusus untuk warga OKU dan juga para penjaga OKU yang bertajuk "Kemanakah Halatuju Murid-Murid Pendidikan Khas" yang mana antara pembentang kertas kerja selaku perasmi ialah Penolong Ketua Unit Pendidikan Khas, PPN Melaka sendir iaitu EN Aziz.

Kedatangan saya adalah sebagai jemputan khas oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan OKU Melaka khusus untuk membuat sedikit penerangan ringkas berkaitan dengan "menjana pendapatan semi-pasif" melalui sistem penetasan telor unggas. Satu sub-modul yang direka khas oleh Pengerusi Persatuan itu sendiri untuk golongan OKU yang berdaftar dengan persatuan.

Keujudan Persatuan ini, yang juga merupakan satu-satunya persatuan yang ada untuk golongan OKU di Melaka akan menjadi amat berperanan kerana persatuan yang telah berdaftar dengan pertubuhan yang sah telah mendapat terlalu banyak sokongan samada agensi-agensi kerajaan itu sendiri melalui pelbagai jabatan dan saluran serta sokongan daridapa NGO itu sendiri. Menjadi hasrat yang memang mampu disampaikan oleh persatuan ini kelak, untuk membolehkan sebarang bentuk produk keluaran warga OKU yang berdaftar akan dipamerkan di satu premis khas yang bakal diujudkan dalam waktu yang amat dekat ini, di Masjid Tanah. Saya sempat melihat bangunan yang bakal diguna-pakai untuk tujuan ini dan ianya amat strategik.

Berbalik kepada peranan saya sebagai salah satu pembekal sistem untuk program peningkatan kerjaya golongan ini, kesempatan yang terhad itu saya telah pun sempat berbincang secara tertup dengan penjaga atau ibubapa OKU berkaitan dengan mesin penetasan telor unggas. Rata-rata ianya merupakan sesuatu yang amat berminat untuk diceburi oleh penjaga khusus untuk masa depan anak-anak OKU mereka. Mereka cukup berpuas hati di atas penerangan secara tertutup yang diberikan dan mereka menaruh minat yang begitu mendalam untuk menzahirkan cita-cita ini.

Cumanya saya berpesan kepada mereka berkali-kali, saya sanggup memberikan khidmat saya sebagai pembekal sistem yang pada saya amat senang untuk dikendalikan oleh sesiapa sahaja, tetapi sepertimana yang telah dijanjikan, mereka mestilah berdaftar dengan persatuan dan mereka mohonlah dengan persatuan apa saja hasrat mereka, kerana persatuanlah nanti yang akan menyenarai pendekkan mereka-mereka yang layak.

Sebahagian daripada para penjaga OKU tersebut sudah menjalankan aktiviti penternakan dan ada juga sebahagian yang tertipu dengan kerenah penggunaan mesin pennetas telor yang langsung tidak menjadi (mesin penetasan mmanual). Keadaan ini telah sedikit sebanyak pada awalnya menimbulkan keraguan terhadap keberkesanan mesin penetasan telor keluaran Niche Strategy Marketing.

Saya amat mengharapkan dan sentiasa berdoa moga-moga persatuan yang diketuai oleh En Abdul Rashid ini mempu mengotakan janji seperti mana yang beliau lafazkan semasa program ini diadakan semalam.

Dan seterusnya saya mengucapkan syabas juga kepada beliau atas usaha berani beliau yang telah bersusah payah menjadi Pengerusi Penaja Persatuan untuk setahun yang lepas.



0 comments:

Post a Comment