Model Terbaru Sudah Sedia Untuk Dipasarkan


Salam Bahagia semua pengunjung blog sekalian. Semoga anda semua senantiasa diberkati oleh Allah swt.

Seperti yang dinyatakan satu ketika dahulu iaitu di awal tahun 2010, Niche Strategy Marketing akan mengeluarkan model terbarunya khusus untuk penggemar burung (unggas-unggas) Eksotik seperti Ayam Serama, ayam hutan, katek, kapan dan banyak lagi termasuk burung-burung peliharaan yang lainnya.

Semenjak dari awal penglibatan kami lagi telah ramai yang bertanyakan inkubator berkapasiti kecik sekitar 20 - 50 biji telor sahaja. Di waktu itu, Niche hanya membina "kotak ajaib" ini untuk kapasiti sekitar 105 biji untuk saiz yang paling kecil sekali. Namun, oleh kerana terlalu ramai penggemar peliharaan unggas eksotik ini yang mahukan kapasiti yang lebih kecil, bukan sahaja dari segi bilangan muatan telor, malah saiznya juga, maka kami telah berusaha untuk merialisasikan permintaan tersebut. Ditambah pula, setelah melihat secara dekat akan aktiviti penternakan dan juga perusahaan ayam serama, maka kami begitu teruja dengan permintaan penggunaan yang begitu meyakinkan.

Kami mendapati sebahagian besar dari penggemar ayam serama mempunyai sebilangan ayam serama untuk ditetaskan akan tetapi di saat ini, hanya model dari jenama seperti Brinsea dan beberapa buatan Amerika sahaja yang memenuhi ruang pamiran dalam mana harga-harga yang ditawarkan adalah begitu mahal pada pandangan kami sebagai pembuat inkubator tempatan.

Alhamdulillah, setelah beberapa kali tertangguh, kini model terbaru kami telah bersedia menemui bakal-bakal penternak burung eksotik dengan harga yang jauh lebih kompetitf berbanding dengan model-model yang diimport. Kami menampilkan ciri-ciri penetas telor yang sama seperti model model keluaran kami yang lain. Hanya elemen pemanas dan panel pengawal sahaja kami permudahkan sesuai dengan keperluan. Tidak sama seperti model-model mini yang lebih besar, hanya elemen pemanas sahaja kami gunakan metol lampu yang berkapasiti 100W sesusai dengan keperluan pemanasan dari segi saiz keseluruhannya.

Selain daripada itu juga, meter pengukur untuk suhu dan juga kelembapan, kami telah pertingkatkannya secara terus dengan menggunakan kombinasi meter digital thermo-hygrometer dengan pengawal suhu yang mantap menggunakan thermostat CAEM.

Dengan rekebentuk yang kompak bersaiz sekitar 390mm (T) x 590mm (D) x 300mm (L) dan dengan berat keseluruhan sekitar 15kg. maka ianya adalah ideal untuk tujuan mempermudahkan urusan pengangkutan dan juga penyimpanan samada di dalam rumah mahupun di dalam kenderaan.

Model ini juga dilengkapkan dengan satu set tray standard untuk telor ayam kampung asli. Namun sekiranya semas tempahan dibuat, dan sekiranya pembeli memaklumkan keperluan khusus untuk jenis ternakan yang bakal ditetaskan, maka kami akan membekalkan tray tersebut mengikut kesesuaian yang ditempah.

Harga yang ditawarkan kepada pelanggan ialah RM1100.00 dengan enam (3) bulan jaminan eksklusif termasuk alat-ganti dan juga kos tenaga perkerja, tertakluk kepada lokasi yang ditetapkan oleh pengedar-pengedar mesin tetasan kami.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan kami agar kemunculan model terbaru dalam memberi lebih pilihan kepada penternak di dalam menjalankan urusan penternakan mereka.


1 comments:

SERI BUMI TERNAK said...

salam,

ok abg bedin.. mmg cun inkubator nie.. bile nak bawak ke kl.. dah ramai sangat org tanyer nie.. tq

Post a Comment