Beberapa hari Di Puchong

Assalamualaikum sahabat-sahabat penternak sekelian. Semoga anda senantiasa dicucuri rahmah olehNya. Semoga juga anda tenang menghadapi apa juga dugaan. Dan sebenarnya tidaklah kita menjadi manusia yang berjaya sendainya kita gagal menerima dugaan dan ujian yang sekelumit ini. Sebaliknya dengan dugaan dan halanganlah yang menjadikan kita manusia yang suka berfikir dengan menggunakan akal yang diberi untuk menjadi lebih kreatif dan menjadi manusia yang mempunyai jati diri.

Bumi mana yang tak ditimpa hujan, dan bumi mana yang tiada kemarau. Kita sering menjadi manusia yang lupa. Di ketika hujan yang lebat mencurah-curah, kita mengatakan Allah telah turunkan bala, manakala dijadikan kemarau yang sedikit luar biasa sahaja, kita juga mengatakan Allah telah menurunkan bala. Habis, kalau kita berfikiran waras, bukankah hujan juga perlu dan panas juga perlu dalam kehidupan?

Maka dengan itu, bersabarlah kita dalam menerima ujian ini dengan memohon daripada Allah memberi pentunjuk dan hidayah semoga kita tidak menjadi manusia yang jahil akan sesuatu kejadian yang Allah sempurnakan. Harus diingat, Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab, dan setiap kejadian itu ada kebaikan, cuma secara kebetulan kebaikan itu belum lagi sampai kepada kita sendiri untuk dimanfaatkan.

Itu adalah sedikit renungan, dari saya yang juga insan selemah anda dalam menghadapi ujian kehidupan ini. Saya bukanlah contoh yang terbaik untuk diiukuti akan tetapi pesan-memesan dan ingat mengingati adalah perlu supaya kita tidak menjadi manusia yang alpa.

Baiklah!.

Sebenarnya, saya pun tidak banyak idea untu menulis di ketika ini. Pulangnya saya ke Puchong atas beberapa sebab. Sebab utamanya ialah kerana saya masih lagi menjadi pemustautin Puchong, berumah-tangga di Puchong. Cumanya masih lagi dalam peringkat mempersiapkan diri untu betul-betul berhijrah ke Negeri Penyu Bertelor. Yang keduanya adalah kerana membuat penghanataran beberapa buah Inkubator dan yang utama rasanya (tapi aku tulis yang ketiga) ialah kerana hampir kesemua famili saya diserang demam panas dan selsema. Yang lebih teruk lagi ialah seorang daripadanya telah disahkan terkena infeksi H1N1 semenjak seminggu yang lalu.

Kini anak yang sorang tu dalam proses pemulihan di rumah, dan Alahamdulillah sudah kembali seperti normal, cumanya masih mempunyai selera makan yang amat rendah. Mendapat cuti dari hadir kesekolah selama 10 hari. Panik juga aku setelah mendengar perkhabaran iru dari isteri aku. Apapun sekarang hampir ke situasi yang normal. Harap-harap inkubator yang aku hantar semalam tidak dijangkiti oleh H1N1. hahaha.. (masa angkat semalam dan basuh tangan menggunakan anti-septic dan menggunakan sarung tangan.... alwak jer tu.....tak buat pun)

Selain daripada itu juga, kesempatan yang ada ini, aku sedang berunding dengan seorang dua pembekal bakteria baik untuk dipasarkan ke Negeri Terengganu. Tidaklah aku bermaksud untuk menjadikan penjualan bakteria baik ini secara 100% akan tetapi, ujudnya permintaan di kalangan penternak di beberapa ladang yang pernah aku kunjungi.

Sambil-sambil itu, ada sedikit urusan bisnes dengan kawan-kawan di Kuantan untuk beberapa projek kecilan di masa depan, juga dengan pengusaha penternakan ayam.

Sekadar itu untuk kali ini.




1 comments:

Post a Comment