Inkubator Keluaran Terbaru Niche
Assalamualaikum dan selamat pagi (Sebab saya tulis di waktu pagi...hehehe) kepada semua pelayar blog medanusahawan sekalian. Semoga anda di luar sana terus ceria di pagi Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini.
Ringkas sahaja posting saya kali ini. Mungkin yang teringkas kot! Cuma saya hendak war-warkan bahawa syarikat kami, Niche Strategy Marketing telah pun mengeluar inkubator kapasiti terbesar keluaran kami (buat masa ini lah).
Berkapasiti sehingga 1,800 biji telor ayam kampung asli dan diberi nama kod/model sebagai MI-305 bermaksud 3 kolum dan 5 lapis susunan tray. Untuk model ini, kami mengklasifikasikan saiz dan modelnya sebagai "Medium Size Incubator"
Model terbaru ini adalah amat sesuai untuk sesiapa yang berhajat untuk menjadi pengeluar anak-anak unggas yang berskala komersial secara sepenuh masa. Tempahan boleh dibuat mulai dari sekarang.
1 comments:
bape rm ni bro??
Post a Comment