Telor Ayam Kampung Dari Pasar Segar Atau Pekan Sehari
Assalamualaikum kepada semua pengunjung yang beragama Islam dan selamat datang kepada yang bukan beragama Islam. Dari mana anda datang tidaklah menjadi masalah bagi saya. Saya menghidangkan menu yang sama saja untuk semua pengunjung. Cumanya menu saya tidaklah sehebat menu yang dihidangkan oleh CNN.com atau AWSJ dan yang seangkatan dengannya.
Sudah agak lama juga saya tidak meng"update"kan blog ini atas beberapa alasan yang aku sendiri sahaja mengetahui selain dari Allah swt. Hajat nak mengupdate blog tu memang bertubi2, namun ada perkara lain yang aku kena dahulukan. Alhamdulillah, perkara itu telah pun hampir diselesaikan.
Tentu sekali anda ke sini ingin mendapat serba sedikit maklumat berkaitan dengan teknologi penternakan, terutamanya penternakan unggas. Aku hanya baru setahun jagung dalam industri ini walaupun usia saya dalam pembikinan mesin seperti penetas telor ini telah melebihi satu dekad. Kalau difikirkan, tidak layak aku membicarakan apa-apa pasal penternakan sebab saya terlalu JUNIOR kalau dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang hebat.
1 comments:
ganahhh ... mung lening... baru mung tau.. candling telur dalam mesin sendiri.. baru ada feel..
Post a Comment