Misi 5,000 Ekor

Assalamualaikum sahabat2, teman-teman penternakan unggas dan juga kepada sesiapa sahaja yang sempat melewati blog ini. Syukur Alahamdulillah dipanjatkan sekali lagi kepada Allah swt kerna dengan limpah kurniaNya, maka saya sekali lagi dipermudahkan waktu untuk saya berkongsi bersama berkaitan dengan penternakan unggas.

Tentu sekali anda rasa pelik dengan tajuk posting di atas. Manakan tidak, misi bukannya boleh main letak-letak sahaja. Misi mestilah sesuatu yang terkesan dengan matlamat dan tujuan yang betul berpandukan perancangan yang paling sistematik. Peliknya saya telahpun mempunyai misi, maka kenapakah pulak misi ini diletakkan kembali diruangan ini.

Misi yang tertera ini adalah misi perihal matlamat penetasan yang sedang kami di Niche Strategy Marketing terapkan, iaitu dengan hasrat untuk menjadikan pembekalan anak ayam kampung ORI dan ayam kampung kacuk akan dilaksanakan.

Buat permulaan, kami mensasarkan sebanyak 5,000 ekor anak ayam kampung ORI akan dikeluarkan setiap bulan dan untuk tujuan itu kami menjangkakan pada akhir bulan Jun, InsyaAllah sasaran itu dapat ditunaikan. Ini memandangkan kami tidak mempunyai banyak masalah untuk mendapatkan telor ayam kampung ORI ditambah pula dengan kemampuan kami mengeluarkan mesin penetasan untuk kegunaan sendiri selain dari tujuan menjualnya.

Alhamdulillah setakat ini, progress adalah seperti yang dirancangkan. Telor sudah mula dapat dikumpul sebanyak 100 biji sehari dan keadaan ini terus meningkat dengan mendadak dengan hari ini sahaja kami telah mendapat bekalan sebanyak lebih kurang 180 telor ayam kampung ORI dari penternak. Kami mempunyai kaedah tertentu untuk meningkatkan bekalan telor untuk krgunaan kami sendiri dari semasa ke semasa. Syukur juga dipanjatkan kehadarat Allah swt kerana boleh dikatakan telor yang dibekalkan mempunyai kualiti yang memuaskan dengan hanya memunyai sedikit sahaja telor yang tidak berbenih. Kami menggunakan sepenuhnya kelengkapan-kelengkapan yang perlu untuk mengkatkan lagi kecekapan pengeluaran. Alat seperti Egg Candler (dua-dua jenis pun saya guna), mobile thermo meter, Humidity meter dan beberapa peralatan lainnya.

Secara tidak langsungnya kami membuka tempahan anak ayam Kampung Ori kepada penternak-penternak yang memerlukan. Untuk perbincangan lanjut, anda boleh menghubungi kami di talian 019-311 9440. Batch pertama untuk tujuan komersial akan dimulakan pada se awal minggu hadapan.

Untuk rekod, sekarang ini, pada 27/5/2010, kami sedang RAMkan telor ayam kampung ORI sebanyak 1,200 biji dan kesemuanya telah dibuat candling.



1 comments:

Post a Comment