Suhu Terbaik Menyimpan Telor

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pemgunjung dan pembaca sekelian. Semoga perniagaan anda bertambah maju dan berjaya hendaknya.

Anda mempunyai inkubator? Inkubator anda bersaiz besar? Anda kekurangan telor untuk dimasukkan telor setiap hari? Sekiranya kesemua jawapan adalah YA!, saya pasti dan yakin anda sering menyimpan telor-telor untuk diramkan secara serentak setelah kuantiti memadai dan sesuai.

Tapi bagaimanakah anda menyimpan telor-telor tersebut? Saya menerima banyak pertanyaan dan juga perkongsian fakta namun pada saya kebanyakan jawapan itu tidak sesuai untuk dijadikan panduan dengan keperluan sebenar sekiranya anda ingin memastikan yang telor-telor tersebut masih subur untuk diteruskan proses pengeraman.

Satu saranan atau fakta yang SALAH sama sekali dengan mengatakan telor-telor perlu disimpan di tempat-tempat yang mempunyai suhu dan kelembapan bilik sahaja (mungkin suhu sekitar 27 - 30 darjah Celcius) dan JANGAN sekali-kali menyimpan di dalam peti ais kerana itu menyebabkan benih di dalam telor rosak.

Saya tak pasti dari manakah mereka mendapat idea tersebut. Namun sekiranya seseorang pernah mengahdiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Veterinar ataupun disokong oleh Jabatan Veterinar, mereka seharusnya didedahkan dengan fakta-fakta terbaik dan tidak mengelirukan. Ini kerana, sebilangan besar penternak di Malaysia yang menetaskan anak-anak unggas selalunya menyimpan telor di merata tempat dengan mengumpul beberapa biji sehari sehinggalah kemungkinannya 1 munggu atau 2 minggu.


Saya hanya terus kepada asas menyimpan telor yang terbaik:

  1. Telor hendaklah dibungkus dengan kain kapas atau terbaik adalah dengan "sponge" yang akan dimuatkan di dalam kotak. Dibalut dengan kain atau sponge adalah untuk mengelakkan daripada kesan penyerapan bau sekitar di alam ruang penyimpanan
  2. Simpan telor tersebut di dalam tempat yang mempunyai suhu pada 17 darjah Celcius untuk 1 minggu pertama.
  3. Turunkan lagi suhu sehingga 14 darjah celcius untuk minggu yang kedua sekiranya anda masih belum mampu memulakan pengeraman
  4. Terpulang samada anda ingin memasukkan telor yang di dalam kotak tersebut menggunakan peti sejuk atau pun menggunakan freezer atau cold room. Yang pastinya suhu dapat dilaraskan.
  5. Untuk kaedah yang dinyatakan di atas, setelah tempoh simpanan melepasi 14 hari, kebarangkalian telor (benih) untuk mula rosak adalah tinggi.
Terdapat banyak laman web yang menyatakan kaedah yang serupa untuk menyimpan telor sebelum proses pengeraman dilakukan.

http://www.users.on.net/~greggles/reproduce.html

https://poultryegg.org/faq/docs/industryFAQ.pdf

Dan banyak lagi.



0 comments:

Post a Comment