Kontrak Penetasan

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali.

Ayam Serama.

Mula-mulanya saya diperkenalkan dengan ayam serama secara serius oleh En Zul Helmi dari Sri Bumi Ternak di Serama Corporation, Ampang. Diperkenalkan untuk tujuan memasarkan inkubator khusus untuk Ayam Serama dan juga "Games Bird" yang lainnya.

Tidak mudah untuk mereka dan membangunkan inkubator bersaiz kampak dengan mengambil-kira keberkesanan penetasan sama seperti inkubator yang biasa-biasa saya lakukan. Komponennya mestilah sama cuma dari segi saiz sesuatu benda itu mestilah kecil. Saiz keseluruhan juga adalah kecil berbanding dengan model popular keluaran Niche, MI-103.

Akan tetapi saiz telor ayam serama adalah jauh lebih kecil berbanding dengan telor ayam kampung ORI, maka walaupun kompak, inkubator ini mampu mengisi sehingga 100 biji telor ayam serama pada satu-satu masa malah boleh dipertingkatkan.

Serama Di Terengganu.

Berbalik kepada cerita asal, setelah berbincang dengan Zul, dan ditemani oleh pengurus Serama Corporation, aku telah dipertontonkan beberapa Flyers berkaitan dengan pertandingan ayam serama. Dalam banyak-banyak itu aku dapatkan risalah perihal pertandingan di Terengganu, bertempat di Sungai Gawi, Kenyir.

Aku membuat temu janji dengan pengerusi Serama Terengganu iaitu En Anan, yang tinggal tidak jauh dari rumah aku untuk berbincang dalam beberapa hal berkaitan dengan ayam serama. Perbincangan berjalan di rumah beliau. Banyak sungguh ayam serama, namun katanya dia mempunyai member yang membela ayam serama jauh lebih banyak daripada beliau. Rupa-rupanya member beliau ialah tokey kedai tomyam yang hanya beroerasi di depan kedai yang aku duduki sekarang. Hari-hari aku dan anak bujang aku bertandang. Namun anak akulah yang melakukan pemasaran secara tak langsung.

"Man Serama" nama timangan yang diberi. Dia selalu bertanya kepada anak aku, apa kerja aku di Terengganu kerana dia melihat aku dan anak aku adalah orang baru di sini. Menceritakan yang betul, maka akulah menjadi sasaran "Man Serama" selepas dari pada itu. Man Serama bertandang ke kedai aku dan menceritakan di memiliki beberapa buah inkubator Brinsea yang sudah agak lama dibelinya, tatapi sudah rosak. Namun dia tidak berhasrat untuk membaik-pulihnya, di sebaliknya dia ingin membeli satu set inkubator yang baru keluaran Niche. Katanya, harga bukanlah halangan berbanding dengan nilai Ayam Serama Seekor. Namun, dia mau memastikan bahawa beliau tidak akan dikecewakan lagi. Maka dia menyarankan untuk menggunakan khidmat aku bagi menetaskan sebanyak 59 biji telor ayam serama.

Aku bersetuju dan secara tak langsung aku sanggup berdepan dengan ujian ini namun aku cukup berkeyakinan yang inkubator kompak keluaran Niche ini akan mampu membuatkan Masn Serama tersenyum lebar. ini kerana pada hari kedatangan beliau berbincang dengan aku pasal "projek kecilan" ini, aku telah pun berjaya menetaskan sebanyak 20 ekor ayam kampung ORI, dan beliau sendiri melihatnya.

Sudah 4 hari berlalu, dan malam tadi aku membuat candling awal (saja nak tengok) dan terdapat 16 biji (masih dalam KIV) yang mungkin tidak berbenih. Yang lainnya telah menampakkan "Blood Ring" yang cukup cantik. Aku belum lagi memaklumkan kepada Man Serama sebab janji aku kepada beliau ialah setelah telor itu diramkan pada hari ke-7, aku akan memanggil beliau untuk menyaksikannya sendiri.

Semenjak dari pertemuan yang pertama itu, Man Serama tidak putus memperkenalkan kepada geng-geng beliau berkaiatan dengan penetasan ayam serama ini. Ramai kawan-kawan beliau ayang aku jumpai dan mereka cukup berminat.

Harga Upah Tetas?

Hahaha...harga biarlah dibincangkan kemudian kerana saya ingin memastikan penetasan itu berjaya dangan baiknya, baru rasa confident untuk berbincang pasal harga.



2 comments:

aktivitas arya said...

harga mesin tetasnya brapa nie bos??

Post a Comment