Selamat Hari Raya Korban 1430H

Hari ini, tanggal 27hb November 2009, merupakan hari kebesaran Umat Islam bersempena mengingati sejarah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S bersama isteri dan anaknya Nabi Ismail A.S. Diringkaskan di sini, kita Umat Islam di Malaysia menamakan sebagai Hari Raya Qurban, mengambil keberkatan wahyu Allah swt yang menyuruh Nabi Allah Ibrahim menyembelih anak yang amat disayangi yang akhirnya digantikan dengan seekor binatang yang dinamakan Qibas.

Itulah sebenarnya salah-silah atau asal usul Qurban yang sering kali kita zahirkan atau jalani di Malaysia mahupun Umat Islam yang lain di seluruh dunia. Kepada yang memahami erti sebenar Hari Raya Qurban ini, mereka melakukan penyembelihan binatang seperti lembu, kambing, unta atau kerbau sebagaimana menunaikan perkara sunat yang amat dituntut oleh Allah swt disamping mengerjakan haji kepada yang mampu.

Lantaran itu, jika difahami dan dihalusi dalam skop yang lebih luas lagi ialah kita sanggup berkorban apa saja demi menegakkan hukum Allah di atas dunia ini dan jika dilebarkan lagi erti pengorbanan yang sebenarnya ialah melakukan apa saja yang mendatangkan manfaat kepada yang memerlukan.

Itulah apa yang cuba saya naytakan di sini. Pengorbanan itu datang dalam pelbagai bentuk selagi mana ianya tidak melangkaui nilai-nilai syara' termasuklah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi untuk mengecapi sedikit kemanisan di dalam kehidupan seharian. Dan ianya berlaku terhadap diri saya insan yang kerdil ini yang menjalani proses kehidupan sebagai Pembuat Inkubator Automatik secara kecilan di Puchong.

Bagaikan perlakuan yang dirancangkan, saya telah didatangi sedikit permasalahan yang memerlukan sumbangan masa, keringat dan kewangan yang boleh diringkaskan lagi sebagai "Pengorbanan". Bibit-bibit pengorbanan yang berlaku adalah berkaitan dengan kerja-kerja perkhidmatan selepas jualan kerana ini adalah sesuatu yang termaktub dalam sebahagian terma yang dinyatakan dalam perjanjian samada lisan atau tertulis. Antara pengorbanan yang agak besar sepanjang saya menjadi pembuat inkubator ialah:

  1. Menggantikan 1 set inkubator yang baru kepada Seribumi Ternak di mana inkubator asal seringkali gagal berfungsi dan setelah pelbagai cara dibuat untuk mengatasi masalah yang sama sahaja sejak dari awal pembelian inkubator dari saya. Kejadian yang unik ini hanyalah berlaku kepada En. Zul Helmi sahaja dan bagi saya adalah sesuatu yang agak luar biasa. Manakan tidaknya, hampir benda yang sama sahaja yang mendatangkan masalah kepada saya iaitu masalah thermostat dan temperature controller.
  2. Saya baru sahaja pulang dari Tangkak, Johor untuk mengambil anak pulang ke Puchong untuk berhari raya di Puchong. Anak merupakan seorang pelajar di sebuah institusi di Tangkak. Kehabisan tiket bas telah menyebabkan saya melakukan "pengorbanan" untuk mengambil anak. Dalam waktu yang sama jugalah, En Mazuan dari Tangkak telah membuat aduan berkaitan dengan masalah ketidak-satabilan suhu dalam inkubator beliau. Dan di sinilah saya membuat sedikit pengorbanan untuk membuat pemereksaan ke atas masalah yang diajukan kepada saya dan ternyata memang "Rainbow" thermosatat merupakan punca kepada masalah ini. Diringkaskan cerita, thermostat Rainbow telah ditukar baru (Rainbow juga) dan ianya telah berfungsi dengan baik sekali.

Nota:


Dalam satu posting yang terdahulu, saya pernah menyatakankan bahawa ada kekurangan sekiranya kita menggunakan thermostat Rainbow berbanding dengan ketepatan suhu yang diberikan oleh Temperature Controller. Malah bukan saya sahaja menyatakan demikian, ramai lagi pengalaman yang pernah diberikan oleh ahli-ahli Bicara Jutawan yang menyatakan perkara yang sama. Antara masalah yang pernah dihadapi oleh pengguna Rainbow khususnya dalam pembuatan penetas telor ialah berkaitan dengan julat suhu. Terdapat sebahagian thermosatat itu memberikan sehingga melebihi 10 Darjah Celcius berbanding dengan suhu sebenar yang kita setkan. Keadaan ini sering berlaku dan kebanyakannya ialah di sekitar 4 hingga 5 darjah di atas dan di bawah paras suhu yang disetkan.

Namun apa yang berlaku kepada En. Mazuan adalah sedikit berlaianan dengan apa yang saya sangkakan. Walaupun ianya berkaitan dengan Rainbow, tetapi bukan setakat masalah julat suhu yang tinggi diberikan, tetapi suhu menjadi "gila" apabila suhu di alam chamber berubah-ubah dalam kadar waktu yang tidak mengikut ragam yang sepatutnya. Kejap julat tinggi melebihi 50 darjah dan sebaliknya.

Dari apa yang saya perhatikan, memang tahap kualiti thermostat Rainbow adalah kurang sesuai untuk digunakan sebagai alat pengawal suhu sesuatu inkubator. Ini adalah kerana "inconsistancy" dari thermostat tersebut. Berbeza2. Ada yang OK dan ada yang kurang OK. OK dalam ertikata yang sebenarnya, ia tidak mendatangkan masalah langsung setelah sekian lama digunakan. Dan dalam waktu yang sama, ianya cukup memberi masalah kepada pengguna bukan sekadar ketidak-tepatan julat suhu yang diukur, malah kemampuannya menjalankan kerja. Sekejap OK dan sekejap tidak OK. Ini lah yang terjadi kepada Inkubator yang dipasang pada En. Mazuan, Tangkak.

Walaupun demikian, saya tidak lah sampai memberi "rating" teruk yang melampau kerana dengan thermostat Rainbow jugalah saya telah menjadi pengeluar inkubator fungsi otomatik kecilan. Dan telah ramai juga pelanggan saya telah memilih untuk menggunakan Rainbow thermostat. Hanya jumlah yang terpencil sahaja yang mendatangkan masalah.

Akan tetapi atas sifat yang terpencil itulah saya terpaksa "BERKORBAN" untuk memberi perkhidmatan yang sepatutnya kepada pelanggan-pelanggan saya supaya setiap sen yang dilaburkan akan dimanfaatkan secukupnya. Jesteru itu, saya mengorbankan masa dan keringat, malahan duit semata-mata untuk memastikan kepuasan pelanggan. Cumanya, saya sebagai pembuat ingin memaklumkan bahawa kekadang saya tidak mampu melangsaikan satu-satu permasalahan itu dalam waktu-waktu tertentu seperti dikehendaki oleh pelanggan. Dan saya rasa itu adalah sesuatu yang biasa dan harus diterima disebabkan masalah keterbatsan jarak dan sempadan.

Semoga, pelanggan-pelangan saya yang pernah bermasalah, merasa selesa dengan perkhidmatan yang pernah dan akan diberikan.

0 comments:

Post a Comment