Seminar Untuk OKU
Seminar yang dikhususkan kepada warga OKU itu telah dihadiri oleh ramai OKU sendiri termasuk penjaga-penjaga kepada OKU yang berdaftar dengan persatuan. Di samping itu, terdapat juga peserta dari kalangan orang-orang biasa yang dijemput oleh Persatuan OKU. Juga terdapat wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut hadir.
Apa yang saya diminta untuk memperjelaskan ialah di manakah fungsi OKU ini dapat diserlahkan. Saya telah memberi pendedahan berkaitan dengan proses penternakan unggas secara sepintas lalu bermula dari proses pemeliharaan baka (pembiakan baka), proses penetasan, proses nurseri (perindukan) sehinggalah pemeliharaan ayam.
Setelah itu saya memberi penekanan terhadap peluang terbaik untuk mereka menerusi program Penetasan Telor Unggas yang mempunyai ciri-ciri fungsi automatik sepenuhnya di mana, warga OKU ini hanya memerlukan sedikit sangat usaha untuk menjayakan program ini. Menceritakan ini ialah melalui pendekatan mirip kepada "contract farming" yang bakal dipelopori dan diseliakan oleh Persatuan OKU itu sendiri.
Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Persatuan OKU ini, yang mana persatuan ini mempunyai pertalian dan jaringan yang cukup mesra dengan JKM, adalah menjadi harapan keseluruhan warga persatuan OKU supaya JKM khususnya dapat mengenal-pasti akan kesinambungan dari program yang rata-rata diminati oleh golongan OKU yang terbabit. Hatta, sebelum program seminar ringkas ini diadakan, Persatuan OKU ini telah pun memulakan langkah bijak mereka dengan membuat survey dan diikuti dengan pengesahan kehadiran ramai sekali warga OKU pada seminar tersebut.Adalah menjadi harapan yang amat besar, golongan OKU selepas ini (bagi mereka-mereka yang berdaftar dengan persatuan) agar pihak berwajib seperti JKM dan yang lain-lainnya menilai seterusnya tampil memberi bantuan khusus untuk menjayakan program ini. Mereka merasakan seolah-olah mereka tidak hanya perlu diberi "umpan" semata-mata malah lebih daripada itu golongan OKU ini memerlukan "pancing" sekali dengan lubuk-lubuk yang bakal disediakan oleh pihak persatuan.
Persatuan juga, di akhir seminar semalam jelas mengharapkan, seminar semalam hanyalah satu langkah permulaan yang mana mereka akan menganjurkan lebih banyak siri-siri penerangan yang berbentuk seminar pendek ini kepada seluruh wawga OKU Melaka. Mereka juga menwar-warkan agar lebih ramai lagi golongan OKU mendaftarkan diri dengan Persatuan dari semasa ke semasa. Peserta juga telah dijamukan dengan sedikit jamuan ringan bagi memeriahkan suasana dan majlis berjalan begitu lancar dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari peserta dengan respon-respon dan soal-balas dari peserta.
1 comments:
yeezy boost 350
yeezy 350
supreme t shirt
off white
off white outlet
supreme clothing
off white hoodie
off white
cheap jordans
jordan 4
Post a Comment