Persoalan Ayam Kampung Ori & Kacuk

Salam sejahtera kepada semua pengunjung sekalian. Posting kali ini ringkas sahaja.

Melihat kepada tajuk di atas, sudah tentu kepada sebilangan pelayar merasakan satu posting yang remeh. Remeh kerana ianya sesuatu yang selalu diperbincangkan. Pendek katanya, bagi sebilangan penternak yang dah bertaraf "SIFU", mungkin persoalan yang cuba saya timbulkan adalah satu pembaziran waktu sekiranya diteruskan pembacaan. Tapi tak apa. Adatlah tu. Seharusnya kita kena mengetahui kaedah sesuatu persoalan. Kekadangnya adalah kerana kita betul-betul tidak tahu dan mahukan penjelasan. Kekadang tu memang kita dah tahu, tetapi sengaja diutarakan bagi pendedahan untuk pehak yang ketiga dan kekadang tu memang kita bertanya untuk menduga kecerdikan dan kesedian pehak yang bakal memberi jawapan.

Dalam konteks ini, terpulanglah dari bahagian mana anda nak letakkan diri anda. Terus terang, saya sebagai penulis, mengutarakan cetusan ini, kerana terlalu ramai yang merujuk kepada saya untuk memberi kepastian berkiatan baka dan spises ayam. Namun, saya bukanlah seseorang terlalu arif dalam soal-soal baka ayam. Malah saya tidak arif dalam mana-mana bidang pun. Kearifan saya mungkinnya adalah sekadar mencetuskan suasana sahaja.


Semoga apa yang cuba saya perkatakan ini, sedikit sebanyak membantu anda secara langsungnya dan tidak langsung juga mungkinnya.

Ceritanya gini.

Saya sendiri pernah membuat posting di dalam blog saya ini mencaritakan perihal sifat2 ayam kampung yang saya faham. Namun, dalam waktu yang sama ada sahabat mengatakan ayam kampung yang saya maksudkan itu bukanlah ayam kampung yang sebenar-benarnya, tatapi adalah lebih kepada ayam laga. Saya juga bersetuju dengan pendapat seorang komentar, kerana memang betul banyak ayam laga (sebab kat kampung saya pun ada juga orang laga ayam)yang digunakan untuk tujuan laga. Namun ianya dipilih-pilih mengikut ke sesuaian.

Namun, maksud ayam kampung saya masih tetap sama pada pandangan saya. Maksudnya ayam itu memang dibesarkan secara turun temurun sejak saya kecik lagi, itulah ayamnya. Tidak langsung mempunyai elemen2 kacukan (crossed-breed dengan ayam daging/ayam telur juga pernah dilakukan satu ketika dahulu) yang mempunyai saiz yang gebu-gebu. Maka hasil kacukan itu rata-rata orang mengatakan itu adalah "AYAM KACUK". Dan ayam kacuk ini pula dilepaskan secara berkeliaran berkawan dan berkelamin dengan "ayam kampung" dan juga sesama ayam kacuk itu sendiri sehinggalah mewujukan pelbagai bentuk dan sifat.

Namun ayam kampung (ayam laga) tetap dengan caranya, tidak berubah. Tetapi ayam kacuk yang dah berlapis2 ni, masih tetap dapat dibezakan walaupun sudah 3 atau 4 generasi. Namun setelah masuk kepada generasi ke 5 ianya terlalu sukar untuk dikenali dan dibezakan. Ianya berlainan sungguh dengan "ayam kampung kacuk" yang saya pernah lihat sendiri di depan mata.

Ini perkara yang hendak saya persoalkan di sini.

Pada satu hari (walhal dah banyak kali dengan tempat yang berbeza-beza) saya telah dibawa oleh seorang teman untuk melihat ternakan "Ayam Kampung Ori". Belasan-ribu jumlahnya. Terpinga-pinga saya apabila melihat "ayam Kampung Orinya". Jelas sekali ianya mengimbau kenangan saya sewaktu kanak-kanak dulu berkaitan dengan "ayam kacuk" dua atau 3 keturunan. Tiada beza langsung. 100% sama.

Lantas saya terkejut. Tak percaya saya. Mati-mati tuan punya reban kata itulah ayam kampung ori. Saya, bukan dari jenis yang suka menongkah. Angguk saja. Kawan saya tadi langsung tak tau apa2. Lagi haru. Cerita itu sebenarnya tidak habis di situ.

Setelah beberapa hari, kawan yang serba salah itu menelefon saya meminta penjelasan yang sebenarnya berkaitan dengan takrifan ayam kampung ori. Katanya lagi, ini adalah kerana dia telah diminta oleh seorang pelanggan untuk membekalkan "ayam kampung ori" sebanyak 100 ekor. Bakal pelanggan itu adalah berbangsa Cina. Tambah bakal pelanggan tersebut lagi, dia mahu "ayam kampung ori" sahaja dan BUKAN ayam SIAM. Itu yang kawan tersebut menjadi haru dan keliru!

Lantas saya menelefon seorang rakan yang lain bertanyakan perbezaan untuk menzahirkan lagi perbezaan. Rakan ini memberi tahu Ayam laga itu adalah ayam siam iaitu ayam yang selalu aku nampak di reban dia dan juga apa yang aku panggil ayam kampung yang ada di kampung aku. Aku puas hati dan aku dengan tanpa rasa bersalah memberitahu kawan yang keliru itu apa yang telah diberitahu kepada aku. Kawan yang keliru itu tadi pun, tanpa bercerita panjang, menerima saja apa yang aku kata.

Namun, dalam menerima takrifan dari aku, kami juga tetap berbincang mencari jalan yang lebih selamat sebelum membuat sebarang tindakan. Antaranya ialah dia terpaksa pergi berjumpa pelanggan terlebih dahulu dengan membawa "sample ayam kampung ori" sebanyak beberapa ekor dengan meminjamkan dari reban kawan yang mempunyai belasan ribu "ayam kampung ori".

Hasilnya amat malang sekali. Takrifan yang dimaksudkan oleh pelanggan Cina tadi menyimpang dari apa yang telah diberitahu kepada aku iaitu Cina itu mengatakan ayam "kampung ori" yang dimaksudkan itu sebenarnya bukanlah ayam kampung ori. Malah Cina tersebut hanya mampu untuk membayar sebanyak RM5.50/kg sahaja kerana katanya itu adalah "ayam kampung kacuk". Ayam kampung yang dimaksudkan oleh Cina itu berharga sekitar RM10.00/kg.

Maka bertambah harulah kawan tadi. "Sample yang salah dipertontonkan kepada Cina.

Jadi fahamlah kawan tersebut bahawa, Cina tersebut mahukan ayam yang apa kami difahamkan sebagai "Ayam Kampung" dan bukan sekali-kali apa yang terdapat sebanyak belasan-ribu ekor. Maka terus sahaja sahabat tersebut memikirkan soal untuk menambah baka atau induk "ayam kampung asli" yang kami faham pada awalnya.

Apa yang cuba saya perjelaskan lagi di sini ialah: Tak kiralah apa juga takrifan ayam kampung ori atau asli, yang paling penting ialah anda mesti mampu dan bersedia untuk membekalkan apa yang dikehendaki oleh pelanggan dan tidak terikut sangat degan kaedah takrifan semata-mata.

6 comments:

jaringan penternak ayam kampung.. said...

salam, bro bedin, hebat saudara kita mampu untuk menternak beribu ayam kampung nie.. Kalau dia mampu berada di tahap ini sudah dikira berjaya bagi kiraan saya.. Persoalan ori tak ori ini datangnya semasa kita menjual nanti.. yg pastinya jgn silap percaturan kerana diri sendiri yg akan merana.. Mungkin cara terbaik untuk mengenai ayam ori ini dengan membandingkan dengan ayam hutan yg ada.. ciri jelas dengan ayam kampung asli yg digelar2 ini, cuma beberapa keyword yg perlu diingati: iaitu berat matang <1.5kg, kaki pendek, boleh terbang lebih 5kaki, matang usia 6 bulan, pandai mengeram bagi betina dan bentuk badan seakan ayam hutan.. itu sahaja..

Bedin Jusoh said...

YES Tuan Citipull. Itulah yang saya cuba gambarkan. Apapun yang seseorang faham tentang ayam kampung, biarkanlah mereka. Susah nak cari ketepatan nama dan fizikal yang sebenar.

Yang terpenting kita mesti mampu menternak dan menjual mengikut kemampuan dan mesti memenuhi permintaan pelanggan. Kita jangan duk pkir ikut selera kita....Nanti ayam tu tua gitu sahaja, berat tak bertambah. Yang pasti bertambah ialah kos pengurusan.

Firdaus said...

salam......bagi saya soalnya timbul kerana permintaan untuk ayam yang lepas bebas la senang ceriata.Free range.....tapi tak terikat sangat...yang paling baik yang betul2 lepas bebas...kan organik tu nbaru ori....kasiat lagi.tapi ade berapa banyak...jadi kite bela la ...tapi kat luar ramai keliru.........ramai yang bela ayam kacuk(ayam telor,ayam saso dam macam2).masalah utama cara bela...pemakanan dan macam ayam daging sampai tuai.....bagi saya selain ayam yang ada kat kampung tu.........baka terpulang.......macam ragam.....tapi bile sebut ayasm kampung ialah yang boleh beradaptasi dengan keadaan semuladi...x kira la ade baka hutan ke kapan ke,siam ke......ayam daging pun takpe.........yang penting cara dan kaedah kita bila...........keadaan hidup ayam tu......kan kat kg ayam lepas macam cacing rumput........kalu kita bela ayam daging boleh lepas bebas dan makan rumput ok la...........tapi tahan ke ayam tu........jgan suntik ubat dan macam2.tapi saya tahu.........paling tidak pun peringkat awal takpe..........jgn seperti sekarang kate je ori organik la...........tapi org macam saye boleh tau.........cina2 tu lagi tahu..........temgok kaki dah tahu........ayam semulajadi lain........

Firdaus said...

tu belum fikir faktor lain........saya bela ayam kampung baka laga......besar cantik dan main mata.kalu sembelih besar.........isi banyak........selain makan jagung apa2 die makan..ular pun makan........lipan lalu ke....jaga rumah musang x lah..........tapi ayam kampung ala2 kapan atau macam ayam hutan tu....kecil isi ala2 biru....skit...tapi halus dan lebih nmanis....bising...makan tak banyak....senang citer......lagi sedap tulang halus tapi kecik la..........mahal skit saya beli....ndak2 anak dara.......

Firdaus said...

kalau ayam kampung yang depa cakap organik sekarang ni........kat kg saya la.........baik aku aku nbeli ayam daging..........murah lagi...ape kelebihan......bela padat macam ayam daging.......kotor......rumput tak dapat...makanan ayam dagingb ........ade ubat kat dalam makanan..........x kire yang campur dalam air lagi..........pastu x gemuk......x cukup makan.......senang citer pastikan produk anda ada mase untuk lepas untuk makan rumput dan bersenam seperti ayam kat kampung walaupun x selalu dan x tidor atas pokok

Firdaus said...

maaf.........pendapat ikhlas............biar benar.....pahit boleh telan

Post a Comment