Tidakkah Mereka Merasa "Stress"?

Salam bahagia teman-teman penternakan unggas dan bukan unggas sekalian?

Sekitar pukul 5.00 ptg hingga 7 petang tadi di manakah anda berada? Di Lembah Klang? Di Kuala Lumpur?

Rumah aku di Puchong sahaja, juga dikategorikan sebagai Klang Valley juga. Memang gah bunyi "Valley", ada persamaan dengan Silicon Valley. Sama dari segi sebahagian dari Ejaan sahaja, namun realitinya adalah jauh disebaliknya.

Petang tadi aku ada temu janji dengan seorang YB, yang juga Bekas Exco Kerajaan Negeri. Negeri mana tak perlulah aku bagi tahu. Bertempat di Pusat Bandar Damansara, kami berdua berbincang perihal penternakan unggas. Dalam perbincangan tersebut kami sepakat untuk membuat satu proposal. Aku berhenti di situ sahaja perihal penternakan unggas yang kami berdua bincangkan. Sebabnya posting ini bukan bermaksud untuk menyerlahkan penternakan unggas, tetapi sengaja aku hendak serlahkan "perasaan" stress aku pada hari ini.


Stressnya bukan soal proposal bisness. Proposal InysaAllah akan ditanggung beres, akan tetapi, kesan setelah selesainya perjumpaan itu. Seawal sebelum aku datang ke Pusat Bandar Damansara lagi, di tengah-tengah perjalanan, aku merasa cukup rimas dengan suasana di sepanjang perjalanan bermula dari Kelana Jaya, sehinggalah sampai ke Pusat Bandar Damansara. Macam semut, merayap-rayap. Aku menjangkakan mesti ada berlaku kemalangan, rupa-rupanya, kesesakan jalan yang biasa-biasa sahaja.

Dalam keresahan dan rimas itu, aku menelefon YB mengatakan aku terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Alhamdulillah YB faham dan aku meneruskan perjalanan seperti biasa. ADUHHHH...mamang memenatkan sehinggakan setibanya aku di lokasi yang telah kami janjikan, YB baru beredar sekejap, katanya balik rumah kalau tak silap aku. Walau bagaimanapun, beliau bergegas turun semula. Maka berbincanglah kami apa yang sepatutnya, termasuklah sedikit cerita tempias politik.

Masa untuk pulang sudah tiba. Jam menunjukkan 5:15 petang. Aku mula rimas kembali. Dahlah bertahun aku tak pernah guna jalan itu, hampir tersesat aku. Nasib baik kereta Honda Accord di belakang aku baik orangnya. Agaknya beliau baru secure bisnes besar. Dia nampak cool sahaja, beri peluang untuk aku. Bagus juga kalu pemandu di KL semua macam pemandu Honda Accord tu. Jangan jadi macam aku dah le. Nak marah sahaja.

Tak jauh dari simpang keluar, nunnnnn di sana kenderaan sudah menjadi seperti lipan. Besusun-susun. Aku kembali resah kerana aku terlupa untuk nak sembahyang Asar terlebih dahulu. Nak marah saja ayang ada pada aku ketika itu, walhal aku berdepan dengan soal kewajipan menjaga waktu. Sepatutnya aku bersabar dan beristighafar. Namun aku seolah-olah lupa. Membebel sahaja.

Itulah sebanarnya. Aku cuba menceritakan realiti hidup di Kuala Lumpur. Sebagai bisnesman cabuk macam aku ini, sebenarnya aku bukan berbisnes. Aku menghabiskan hari-hari ku dengan beraksi di dalam kereta. Masa bermsyuarat hanyalah barangkali 1 jam. Tetapi, masa untuk berada di atas jalan raya ialah 3 jam. "What a waste man"!. Itu aku, yang jarang-jarang sekali berpeluang untuk "bersantai" di dalam kereta. Aku termenung sejenak memikirkan, bagaimanakah mereka yang hari-hari melakukan rutin yang sama?

Pening aku memikirkannya. Tak terdaya aku untuk mencongak nasib aku lagi seandainya inilah rutin aku seharian.

Aku pandang juga ke kiri dan kekanan. Aku nampak mereka itu cool sahaja.

Aku mula merasa lega setelah mengenangkan, aku akan tinggalkan kenangan bersesakan di jalan raya mungkin tidak lama lagi. Aku tersenyum seorangan. YES! Step pertama aku telah lakukan. Aku telah mempunyai pejabat operasi di Kuala Terengganu. Satu-satunya negeri yang pada aku tiada trafic jam (Jammed free). Pantas bergerak.

Mungkin bisnes tidak serancak di Kuala Lumpur. Namun aku rasa tinggal dan berurus niaga di Terengganu memunyai "VALUE FOR MONEY" yang tersendiri. Aku mula merasa keunikan Negeri Terengganu.

Orang mengatakan, "property" di Terengganu mahal-mahal. Mula-mulanya aku keliru dan khawatir akan kebenarannya, akan tetapi setelah bermuhasabah diri, aku masih merasakan, berbisnes di Terengganu masih begitu kompetitif, sekurang-kurangnya untuk masa kini.

Lalu, aku malontarkan satu soalan kepada aku sendiri. Sampai bilakah agaknya Warga Kota Kuala Lumpur boleh mengecapi erti kedamaian dan hiruk-pikuk. Pembangunan infra-struktur tidak pernah lekang. Malah di Puchong sendiri akan diperluaskan lagi perkhidmatan LRT. Namun, apa yang jelas itu adalah langkah singkat untuk meredakan kesesakan lalu lintas. Setelah selesainya pembinaan LRT dan yang seumpama dengannya, Trafic jam mesti berulang kembali st

Adakah perancangan "kantoiiii"?

YES! mungkin.....







2 comments:

SERI BUMI TERNAK said...

tak nak stress naik motor jer abg bedin.. pantas dan murah.. hehehe.. tapi kene selalu berwaspada, jgn leka dan yg penting berdoa supaya selamat pergi & kembali.. isnyallah.. hehehe

Bedin Jusoh said...

aku tak der lesen motor. Lesen klas III (D) dan lesen hovercraft je yang ada. Pas ni nak amik lesen ketapi laju lak...STAR LRT dan express rail link (ERL) tak main lah....Kah kah kah

Post a Comment