Ingin Mencari Kedamaian Yang Alternatif - Cuba Ini

Selamat berkunjungan sekali lagi kepada pelayar blog ini dan seperti biasa saya sentiasa mendoakan agar kesihatan yang baik dan akal fikiran yang waras diberikan kepada anda semua oleh Pencipta Sekelian Alam ini.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan sesuatu yang agak baru kepada saya dalam bidang penternakan ini.

Lama kelamaan, rupanya kerja menghadap anak-anak ayam setiap hari; pagi, petang malah waktu malam, ianya dapat menghilangkan rasa "stress" kerja di sepanjang hari. Terasa semacam ada aura "kedamaian jiwa" setelah begitu asyik melihat gelagat anak-anak ayam yang membesar begitu cepat setiap hari.

Pernah satu ketika dahulu samasa saya di Puchong, saya didatangi oleh seorang "bakal pembeli" inkubator yang begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sebuah inkubator. Setelah mendatangi saya, maka berceritalah HambaAllah itu bertapa sebenarnya dia tidak pernah terniat untuk memilihara ayam dan itik kerana beliau adalah seorang kontraktor ternama ketika itu. Disebabkan bisnesnya jatuh merudum disebabkan sesuatu hal yang diluar jangkaan, maka dia mula menjinakkan diri dengan penternakan melalui adik beliau. Hari-hari kerja beliau hanyalah "bercakap" dengan ayam dan itik. Beliau begitu asyik melihat gelagat dan telatah binatang peliharaan itu.

Sebenarnya beliau membawa diri jauh dari kesibukan kota yang selama ini baru beliau tahu yang beliau terlalu tertekan dengan kehidupan di bandar besar dengan saban hari dikelilingi oleh "pemiutang". Bukan niat untuk tidak hendak membayar katanya, tetapi bisnes "lingkup" kerana "kerajaan" memberhentikan pakej pembinaan jalan dalam kadar yang serta-merta. Rugilah beliau bermilion-million ringgit.

Setelah tercampaknya ke kampung, maka menjadilah beliau seorang penternak untuk seketika waktu bersama dengan adik beliau yang dah agak berjaya dalam bidang penternakan unggas ini.

Maka tempahan secara lisan untuk membeli inkubator dibuat. Dan semenjak dari perjumpaan pertama kali itu, beliau selalu menghubungi saya "mengudpdate" sesuatu yang baru berkaitan dengan keseronokan berternak. Hari-hari beliau menelefonnya. Seronok sungguh beliau sehingga beliau menyatakan yang beliau tidak akan lagi menetap di Kuala Lumpur selepas daripada itu. Beliau dah berjumapa dengan cara hidup yang sebenar! Beriaya-iya sekali ungkapan beliau!

Maka hari-hari berlalu dengan rutin yang sama. Kalau dulu setiap hari beliau menelefon, lama kelamaan semakin jarang. Dalam kotak pemikiran saya, tiada lain selain saya memikirkan bahawa beliau tentu sekali sibuk dengan ternakan beliau. Sesekali saya menelefon beliau. Beliau menjawab seperti biasa, peliknya beliau sedikit pun tidak mengambil tahu samada saya telah membuat inkubator yang beliau pernah pesan/tempah. Dan saya pun tidak bertanya.

Lalu, setelah sekian lama tidak berhubungan lebih dari 3 bulan, maka saya terasa ingin menghubungi beliau. Lalu saya menelifon beliau. Seperti biasa saya memulakan perbualan dengan bertanyakan khabar. Seperti biasa saja jawapannya. Cuma setelah saya bertanya berkaitan perkembangan ternakan beliau, beliau mengatakan yang beliau telah tidak lagi berternak. Beliau telah mulakan kembali menjalankan bisnes lama beliau iaitu kerja kontak pembinaan.

Terperanjat saya! Dalam masa kurang lebih 4 bulan beliau telah boleh kembali semula ke bidang yang satu ketika beliau begitu jemu untuk meneruskannya. Tanya saya lagi, di mana beliau pada ketika itu. Jawabnya biliau sedang asyik "menebas" bola golf di padang golf. Terperanjat sungguh saya. Hampir tak percaya.

Maka bertanyalah saya, macam mana dia boleh melakukan "turning over" dalam waktu yang singkat. Katanya, sebenarnya beliau masih lagi dibelenggu dengan bebanan hutang yang sama, akan tetapi setelah sekian lama dapat "bercakap-cakap" dengan ayam itik, maka beliau telah diberi dengan ganjaran ketenagan yang membolehkan beliau berfikir secara tenang dan waras. Tambahnya lagi, pada awal dulu, beliau begitu tertekan lantas, beliau sering kali membuat kesilapan dalam membuat perhitungan terhadap sesuatu tindakan. Akhirnya ternakan unggas juga menjadi pemangkin kepada beliau dalam membuat keputusan yang wajar dan seimbang setelah fikiran terasa tenang.

Maka menjadilah beliau kini seorang kontraktor yang dalam masa yang sama menggunakan ternakan unggas CIPTAAN ALLAH ini sebagai sesuatu yang abadi di dalam hidup beliau.

Anda bagaimana? Adakah peluang yang sama berlaku kepada anda? Teringat saya akan satu ketika saya suka membela ikan hiasan di dalam rumah. Memang ianya memberi ketenangan akan tetapi kerana sikap malas, maka ketenangan pun tidak kekal, maka ikan yang menjadi mangsa....mati...



3 comments:

Intan Shafinaz said...

BEST LA CITE NI HEHEHE

Al-fakirilallah said...

Begitulah seharusnya kakak belajar bercerita. Lama-kelamaan kakak akan pandai berbahasa dengan gaya bahasa yang baik. Cumanya kena tulkan perbetulkan ejaan saja di mana yang silap.

Kakak boleh terus bercerita dalam blog kakak. Cerita pasal kakak punya lukisan yang dapat hadiah semalam.

Selamat berposting dan selamat berblogging.

Intan Shafinaz said...

TAK DAPAT PON CMNER NK CITE

Post a Comment