Penghasilan Model Baru - Pentingnya R&D
Namun perasaan dan semangat kini telah kian pulih kerana sasaran yang disetkan sudahpun terhasil@tercapai dangan terbinanya model baru inkubator keluaran Niche yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama. Mungkin inilah hikmahnya kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Betul-betul kedatangan 1 Ramadhan telah mencabar kewibawaan kami, Niche Strategy Marketing semenjak penubuhannya tiga tahun yang lepas.
Operasi syarikat sekecil Niche Strategy tidak terkecuali dari proses ini. Kami telah dan sentiasa membuat penambah-baikan kepada produk-produk keluaran kami dan sekarang ini telah bermula Versi Baru yang boleh dikatakan sebagai NICHE INCUBATOR V2.0 Ianya tidak semudah yang dijangka. Bermula dari model atau Versi awalan kami yang buatannya adalah 100% kepingan papanlapis 1/2", kini kami telah menempa satu kelainan yang kami rasakan bukan hanya sekadar kelihatan gah, malah model contoh yang kami hasil telahpun membuktikan peningkatan dari segi kadar penetasan serta bacaan parameter yang perlu. Selain dari itu, ianya direka-bentuk untuk lebih mudah dikawal-selia dalam pelbagai aspek.
Namun, dalam menghasilkan produk seperti ini, kami tidak kesaorangan. Niche Strategy Marketing telah dibantu oleh ramai rakan bisnes dengan memberi pelbagai idea yang tidak putus-putus. Berbulan juga kami perahkan otak untuk menghasilkan sesuatu yang belum lagi kami temui. Terima kasih yang tak terhingga kepada En Bilal yang merupakan seorang usahawan perabut kayu yang unggul dengan mempamirkan idea-idea yang sentisa bernas untuk direalisasikan. Sebagai seorang usahawan perabot yang telah pun mendapat nama di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu beliau adalah pencetus kepada menampilkan rekabentuk inkubator unggul yang langsungnya dinamakan sebagai "Model Peti Sejuk".
Pembuatan sekarang ini bukan lagi memfokuskan kepada urusan R&D, namun ianya lebih tertumpu kepada proses pengeluaran memandangkan telah banyak tempahan yang diterima terutamanya dari sektor kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri serta badan-badan berkanun seperti Pertubuhan Peladang Kawasan meliputi Sabah & Sarawak. Tempahan juga banyak diterima dari kalangan penternak persendirian. Pelbagai saiz yang ditempah dari yang sekecil-kecilnya 50 biji telor ayam hinggalah kepada kapasiti terbesar kami (mini inkubator) iaitu sekitar 1800 biji telur ayam. Tempahan untuk model V2.0 ini telah melebihi 80 set, pelbagai saiz.
Selepas daripada ini kami akan bertolak semula ke Selangor@Puchong untuk merehatkan minda dan badan yang telah hampir 4 bulan bertungkus-lumus menghasilkan produk seperti yang seadanya. Kami akan mula memproses segala tempahan seawal seperdua bulan Ramadhan ini. Walaupun telah banyak tempahan yang kami terima, namun sebahagian besar penghantarannya akan dilakukan selepas bulan Ramadhan.