Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Inkubator

Salam Mengunjung!

Setelah Sekian banyak posting-posting telah kami lancarkan, kami seolah-olah terlupa akan menceritakan definasi kasar berkaitan dengan apa yang dimaksudkan dengan penetas telor. Walaupun ianya berbahasa Melayu Tulin (rasanya la kot walaupun pada asalnya mungkin dari perkataan Sanskrit), dan ianya mungkin mudah difahami oleh ramai pengunjung laman blog ini, tetapi sedikit definasi ringkas secara teknikalnya perlu diterangkan juga. Adalah diharapkan kepada semua pengunjung, samada bakal mencari sesuatu jenis penetas telor yang terbaik atau pun sekadar melayari blog ini untuk mendapatkan sedikit maklumat (andainya berkaitan), mungkin definasi ini janggal atau sesuatu yang baru. Sekiranya anda sudah pernah mendengarnya di mana-mana, anggaplah ini sekadar peringatan biasa sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Apakah Makna Umum Penetas Telor


Inkubator dan penetas telor adalah dua benda yang berbeza jika dilihat dari perspektif yang lebih dekat. Ramai di antara kita menyebut inkubator, dan ada pula yang menyebut penetas telor. Itu adalah kurang tepat seandainya ia menganggap itu adalah dua benda yang sama. Inkubator dalam konteks ini dimaksudkan dengan "Alat Pengeraman" manakala "Penetas Telor" pula dimaknakan dengan "Hatcher" atau dipermudahkan dalam Bahasa Melayunya ialah Hacheri (apa yang pernah & selalu saya lihat di Pusat Penetasan Itik Paya Jaras). Telor-telor ayam perlulah diramkan terlebih dahulu sebelum ianya boleh ditetaskan oleh samada melalui proses tabie atau proses buatan iaitu melalui alat penetas telor.

Ditambah pula, terdapat sedikit perbezaan di antara kedua-dua proses tersebut di mana sebagai contohnya, ayam kampung hanya memerlukan 18 hari tempoh pengeraman dan 3 hari tempoh penetasan (pada lazimnya sekiranya penetasan itu bersifat normal).

Elemen-Elemen Yang Perlu Dikawal

Di dalam suasana pengeraman, elemen-elemen di bawah mestilah diambil kira atau mesti diadakan samada memalui induk asli ataupun melalui proses ciptaan/buatan:

  1. Suhu yang terkawal
  2. Kelembapan (%RH) yang terkawal
  3. Kekerapan Pemusingan Telor (Menggerakkan Telor) Yang Sekata
  4. Edaran Udara Segar
  5. Penyahan Karbon Dioksida

Manakala sewaktu proses penetasan iaitu setelah tempoh 18 hari proses pengeraman berlalu, elemen-elemen berikut hendaklah diadakan:

  1. Suhu Yang terkawal
  2. Kelembapan (%RH) yang terkawal
  3. Edaran Udara Segar
  4. Penyahan Karbon Dioksida

Jelas di sini bahawa sewaktu proses penetasan, menggolek-golekkan telor atau menggerakkan telor adalah amat tidak diperlukan sama sekali. Dengan kata lain, telor-telor mestilah diletakkan di satu tempat yang rata dengan hanya membiarkan telor-telor mengalami proses pengawalan 4 perkara yang dinyatakan di atas sahaja. Secara logik akalnya juga, sewaktu proses pengeraman dilakukan, telor-telor mestilah digolekkan dalam kekerapan yang tertentu untuk mengelakkan dari lapisan luar embrio terlekat pada kulit telor (sebab utamanya lah). Ini kerana sekiranya telor dibiarkan berkedudukan pada satu-satu posisi sahaja di dalam tempoh pengeraman (dalam julat waktu yang lama), kebarangkalian embiro terlekat pada kulit adalah tinggi terutamanya untuk telor-telor yang baru diramkan.

Melekatnya embrio (selaput) pada kulit telor akan menyebabkan terbantutnya proses tumbesaran embrio yang seterusnya sehingga boleh mengakibatkan kematian janin di dalam telor. Proses inilah yang paling banyak berlaku pada hampir keseluruhan Pengeram Telor Manual seandainya telor-telor tidak digerakkan pada kadar (kekerapan) yang secukupnya. Ini aalah kerana bukanlah sesuau yang mudah bagi mendisiplinkan diri menguruskan usaha untuk memusing dan membalikkan setiap biji telor tepat pada waktunya berada pada kedudukan yang sebenarnya (akan diterangkan lagi selepas daripada ini). Dan ini juga merupakan delima yang terbesar dihadapi oleh kebanyakan penternak-penternak kecilan.

Memperjelaskan lebih terperinci sedikit, menggunakan Pengeram Telor bermakana anda akan cuba untuk menetaskan telor-telor unggas tersebut bukan secara tabie lagi kerana penetasan yang normal dan tabie ialah menggunakan ibu-ibu unggas itu sendiri (induk asli) untuk mengeramkan telor-telor tersebut terlebih dahulu. Maka di dalam proses pengeraman inilah setiap sesuatu elemen pengawalan bagi membolehkan telor-telor melalui proses eraman yang betul-betul menyerupai induk asli perlu dikawal sepenuhnya. Sekurang-kurangnya elemen-elemen seperti yang tertera di atas adalah amat perlu untuk dihadirkan MENYERUPAI atau MENYAMAI apa yang dapat diberikan oleh induk-induk asli ketika melakukan proses pengeraman

Selepas daripada ini, anda akan diberi sedikit penerangan berkaitan perkara-parkara di bawah.