Sebenarnya Ramai Juga Rakan Penternak Unggas Di Pantai Timur
Bagaimanakah agaknya perkembangan penternakan unggas anda? Sekarang ini sudah tiba musim panas. Ramai di kalangan kita merungut mengatakan satu ketika dahulu di kala hujan turun tanpa henti. Itu adalah bulan tengkujuh. Kebanyakan anak ayam yang baru ditetaskan mati dalam beberapa hari saja selepas dipindahkan ke dalam "brooder". Katanya tidak seperti lazimnya, ayam-ayam begitu tahan akan perubahan cuaca. Malah tiada apa yang dipersalahkan kecualilah musim tengkujuh semata-mata. Anak ayam dikatakan tak tahan kepada susana dan persekitaran yang sejuk. Suasana tanah yang lembap. lecak dan berair juga dikatakan antara ayam-ayam dewasa dan tua cepat mendapat penyakit dan pelbagai kerugian lagi akibat cuaca sejuk yang melanda.
Namum pada pandangan saya pula, sekadar mengharapkan suasana dan cuaca sahaja untuk menyebelahi kita untuk mendapat hasil yang memuaskan, saya rasa kemahuan itu agak tidak tepat. Mungkin itu adalah salah satu punca atau penyebab, akan tetapi kesedian pengusaha itu sendiri untuk berubah mesti ada. Setelah sekian banyak rekod dan catatan dibuat semasa ternakan dilanda musibah, saya kira sudah tentu penternak sudah membuat pelbagai perhitungan dengan mengambil kira pro dan kontranya. Saya kira langkah-langkah untuk mewujudkan nilai tambah kepada sistem penternakan yang sediaada mesti dipertingkatkan. Kegagalan musim yang lalu hanyalah elok diambil sebagai iktibar sahaja, tidak perlu untuk merasa runsing dan cemas.
Untuk mencapai kadar penetasan yang maksima (optima), elakkan dari menggunakan konsep 2-dalam-1 (2-in-1) di mana penetas dan pengeram mestilah diasingkan. Ini bermakana, untuk menetaskan telor, prosesnya ialah memerlukan kepada pengeraman terlebih dahulu dan diikuti dengan proses penetasan pada step yang seterusnya. Ini adalah kerana suasana kelembapan dan susu adalah jauh berbeza di antara keduanya.
Kadang-kadang sering kali kita bergantung harap kepada satu-satunya jangkasuhu yang dipasang pada inkubator milik kita. Kita kadang-kadang mengatakan suhu di dalam chamber adalah sejuk atau panas yang melampau sedangkan yang sebenarnya ialah jangkasuhu yang dipasang adalah telah rosak. Dan kadang-kadng juga mengatakan sistem pemanas yang rosak. Namun, sekiranya kita mempunyai satu jenis jangkasuhu yang mudah-alih, maka kita sudah tentu dapat membuat perbandingan sebelum kita membuat sebarang keputuasan. Untuk itu, menggunakan jangkasuhu seperti "Spot Check Thermometer" dari Brinsea ini adalah lebih praktikal.

Bersua kembali teman-teman seperjuangan dan yang bukan seperjuangan pun!
Alhamdulillah.....kesihatan akal dan fikiran yang Allah berikan kepada saya, maka mampulah pula saya ketukkan papan kekunci komputer saya ni. Dah agak kurang juga saya sekarang ni menulis. Banyak benda yang hendak diperkatakan, namun, keterbatasan waktu membuatkan saya agak ketinggalan.
Sibuknya seminggu dua ni bukan main lagi. Sibuk urusan dunia semata-mata. Semoga Allah berikan sedikit ruang untuk saya selepas ini memikirkan sibuk akhirat pulak. Mudah-mudahan.
Berbalik kepada tajuk di atas, ini juga merupakan sebahagian dari asbab yang menyebabkan saya agak sibuk ditokok dengan masalah hakiki yang lain. Masalah yang berkaitan dengan sesi penerangan secara tidak langsung melalui telefon.
Saya dapati masih terlalu ramai dari kalangan penternak unggas yang belum faham apakah yang dimaksudkan dengan INKUBATOR. Rata-rata berkefahaman adalah inkubator adalah adalah alat penetas telor. Kefahaman ini agak menyimpang dari segi kefahaman mutlak setelah mana mereka-mereka ini melakukan penetasan secara sendiri. Saya tidak lah arif sangat untuk men"translate"kan perkataan ini, namun suka saya mengatakan di sini ialah apakan proses yang perlu ada dalam tempoh untuk menetaskan anak ayam. Saya ringkaskan seperti berikut:
Setelah tempoh menegeram habis, maka telor mestilah melalui proses penetasan atau telor telah sedia untuk ditetaskan. Proses penetasan juga adalah berbeza berbanding dengan proses pengeraman. Sekiranya ada hanyalah suhu yang hampir sama semasa proses pengeraman dan proses penetasan. Oleh itu yang membezakan ilah HUMIDITY. Pastikan humidity dinaikkan sehingga sebagai contoh untuk Ayam kampung sehingga 65 -70 % manakala bagi telor itik ialah sebnayak 85% yang mana pada dasarnya adalah amat sukar untuk mencapainya sekiranya tiada sistem pemanas digunakan.
Dalam masa yang sama, semasa telor diletakkan di dalam ruang penetasan, sila pastikan telor tidak boleh sekali-kali dipusingkan lagi. Kebiasaannya telor akan dipindahkan dari Pusat Pengeraman (SETTER) ialah pada harga sekitar 3 - 5 hari sebelum tiba tempoh penetasan keseluruhan.
Mesin yang digunakan ialah untuk menetas dinamakan sebagai Hatcher.
Sekiranya anda telah memahami sedikit sebanyak proses proses penetasan, kerja penetasan telor unggas menjadi senang. Maka dengan itulah sebabnya kenapa penetasan berskala besar sentiasa menggunakan kemudahan inkubator dan peralatan yang khusus. ELAKKAN dari menggunakan kemudah 2-dalam-1 iaitu hatcher dan setter serentak. Ini adalah kerana anda telah menimbulkan konflik kepada proses-proses tersebut.
Anda hanya perlu memilih 1 antara 2, samada inginkan penegeraman yang baik atau penetasan yang baik. Kesemuanya bergantung kepada HUMIDITY.
Menjadi harapan saya agar anda di luar sana dapat mempraktikkan perkara ini
Bersua lagi pengunjung laman sekalian.... Mudah-mudahan anda dicucuri rahmahNYA.