My Training Lesson - A New Approach


Sudah banyak kali juga aku terlibat dengan penganjuran Seminar dan juga Bengkel berkaitan dengan Penternakan Unggas, terutamanya berkaitan dengan Penetasan. Terdapat pelbagai ragam peserta, terdapat pelbagai tempat dan suasana. Kesemuanya itu membuatkan perbedaan terutamanya hasil dari seminar atau penganjuran.

Ada yang dapat makan, ada yang dapat tidor dan ada yang dapat letih. Kesemua faktor di atas adalah penyumbang. Namun sekiranya kita menghalusi lagi, walaubagaimana berbeza sekali pun suasana keliling semasa sesuatu seminar atau latihan/bengkel diadakan, ianya amat bergantung sekali kepada Orang Yang Memberi Ceramah atau dengan kata lainnya ialah penceramah. Penceramah kena bijak untuk berinteraksi, bukan sahaja dengan audien, malah apa juga yang terdapat di sekeliling. Barulah menfaat itu dapat dirasai oleh perserta.

Maka, kerana memikirkan akan kebenaran petua-petua di atas, saya dengan rasa rendah diri mengaku yang saya adalah dhoif dalam ilmu yang cuba saya sampaikan, mungkin termasuk cara atau kaedahnya sekali. Ini kerana, saban hari setelah selesai sahaja sesuatu ceramah di adakan, pasti ada yang datang menanyakan pelbagai soalan. Walhal, pada perkiraan saya, saya baru sahaja menyampaikan apa yang ditanya.

Saya mengimbau kembali, di manakah silap saya sebenarnya sehinggakan tak kesemua yang disampaikan diterima dan difahami oleh semua orang.

Kesimpulanya ialah saya terikut-ikut dengan kaedah yang salah. Kaedah yang bakal saya gunakan nanti ialah seperti yang tertera di bawah ini.

Mungkin ini adalah penyelesaian kepada kesemua masalah ketidak-fahaman peserta. Peserta mahukan kesemuanya serentak! Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!