Bukan Semua Perbincangan Itu Menjurus Kepada Perniagaan

Assalamualaikum & Salam bahagia pengunjung blog sekalian. Semoga anda semua senang dan tenang dengan apa yang anda lakukan sekarang. Kalau ada rasa berserabut tu, bawak-bawaklah beristighafar banyak, tarik nafas panjang2. Bukannya apa, kekadang tu sebab kepenatan.

Saya ada sedikit cerita tentang beberapa peristiwa semalam dan nak digabungkan dengan sedikit peristiwa hari ini.

Semalam, pagi-pagi lagi aku telah dihubungi oleh seseorang yang menamakan ririnya sebagai "En. Zaki". En. Zaki pernah menghubungi aku beberapa bulan yang lalu, juga berkaitan dengan niatnya untuk membeli sebuah inkubator. Sewaktu perbualan dalam telefon, aku dapat mengagak En. Zaki memang seseorang yang sudah agak "berumur". Gaya tutur katanya agak lembut dan tersusun. Jarang dapat berinteraksi dengan manusia secara demikian. Aku pun tak tahu atas sebab apa yang sebenarnya En. Zaki telah menangguhkan untuk mendapatkan inkubator daripada aku walhalnya diperingkat awal dia agak berminat. Tapi aku tak kisah pun semuanya itu. Bukan perkara baru. Yang lebih pelik daripada itu pun ada di mana ada seorang pelanggan itu telah pun membayar deposit sebanyak RM500.00, namun sehingga hari ini dia belum pun menelifon aku untuk mendapatkan inkubatornya. Kadang2 aku heran juga. Pemurah sungguh mereka ini.


Berbalik kepada cerita En. Zaki. Semalam dia menelefon untuk berjumpa dengan aku. Aku memaklumkan yang aku tidak mempunyai stok untuk dipamirkan kerana baru sahaja aku menghantarnya ke Sabah dan ke Perak. Cuma yang adanya ialah benda2 lain dan Brinsea inkubator. Namun demikian, En Zaki masih juga ingin bertemu dan diringkaskan terjadilah pertemuan itu. Tak susah bagi En. Zaki untuk nak datang kerumah aku di Puchong, sebab memang dia pernah tinggal di KL satu waktu dahulu.

Maka, bermulalah sesi ta'aruf antara kami. En. Zaki datang dengan seorang teman. Kalau tak silap namanya ialah Irfan (maaf kalau aku tersilap). Rupanya En. Zaki ini seorang yang amat "Zuhud" orangnya. Beliau merupakan seorang Pensyarah di Universiti Malaysia Perlis, bertaraf Proffessor. Terasa segan sungguh aku kerana selama ini aku membahasakan dia hanya sebagai En. Zaki sahaja. Namun aku rasa aku tak silap sebab bukan aku berniat sedemikian. Prof Zaki yang mahukan situasi sedemikian. Katanya dia selesa dengan panggilan tersebut. Irfan merupakan seorang pelajarnya yang sedang menjalani Masters.

Agak lama juga kami bertiga berbual, banyak benda, dari inkubator meleret sampai ke isu-isu politik. Rupa-rupanya Prof Dr. Mohd Zaki Abdulmuin ialah antara orang yang pernah mendapat perhatian sewaktu ketika dulu di era tahun 2002 di mana beliau merupakan CEO TATI Terengganu yang dipecat dalam tempoh 24 jam notis sewaktu pemerentahan PAS. Hahaha..... aku gantung cerita ini !

Dalam perbualan itu, ternyata Prof Zaki juga sedang mencari-mencari satu penyelesaian untuk membantu niat beliau dan beberapa rakan yang lain untuk membangunkan sebuah sekolah Tahfiz di Perlis. Jadi beliau memikirkan untuk mendapat satu kaedah untuk menjana satu pendapatan untuk menampung sebarang kos berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Sekolah Tahfiz tersebut. Maka antara produk yang beliau nampak ialah penternakan ayam. Di situlah gamaknya beliau memikirkan untuk mendapatkan inkubator.

Setelah Prof pulang, aku sempat membelek-belek beberapa laman sesawang dan juga laman web yang berkaitan dengan Prof Mohd Zaki. Huh!...banyaknya... Dan antara yang paling menarik ialah satu artikel berkaitan dengan kaedah pembuatan inkubator yang telah dilakukan oleh "TEAM" dari UniMaP. Di antara orang yang terlibat ialah Prof sendiri.

InsayaAllah Prof! Kiranya ada rezeki, kita akan bertemu semula dan kita boleh bincang pasal pelawaan Prof untuk mempelawa aku untuk membuat MASTERs. Banyak sinergi yang kami ada. Semoga Prof bersedia untuk berbincang apa saja demi untuk kebaikan.

Thank You Prof for taking your time to visit me!

0 comments:

Post a Comment