Seminar Penetasan & Perindukan Ternakan Unggas

Salam bahagia teman-teman sekalian!

Baru saja mencecah kaki di Puchong. Kat Selangor lah kira-kira ni.

Hampir 10 hari berada di luar kawasan, di Terengganu dan Kelantan. Pelbagai program dan perancangan telah pun diatur dengan beberapa rakan peniaga di Kuala Terengganu. Tak terduga sama sekali memang banyak sungguh peluang untuk menjalankan aktiviti perniagaan di Terengganu, khususnya di Kuala Terengganu. Memang tidak dinafikan bahawa, Kuala Terengganu, merupakan sebuah bandaraya yang pesat membangun terutamanya kawasan-kawasan persekitaran. Pelbagai, sukar untuk dinyatakan satu persatu.

Peluang begini bukannya baru kalau berdasarkan cerita-cerita yang saya perolehi dari beberapa teman perniagaan yang sedang meningkat maju. Sebenarnya pada warga penaiaga di Terengganu, mereka tidak sedikit pun heran, cuma manusia seperti saya ini yang takut pada bayang-bayang sendiri mungkin. Maklumlah, sudah sekian lama terjeruk di Negeri Selangor, seolah-olah Selangor lah segalanya. Apa pun, saya sepatutnya berterima kasih kepada Selangor yang selama ini telah memberi begitu banyak pengalaman pahit dan manis, sampai tak tertelan. Kalau diringkaskan ialah, seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sekarang saya dah mula mengenali beberapa teman, dan rasa cinta kepada negeri kelahiran saya telah mula berputik. Moga-moga putik2 ini akan mampu kembang mekar mengharum..... InsyaAllah.

Di antara satu-satunya projek awal hasil gabungan beberapa pendekatan, maka terhasillah satu peluang perniagaan untuk saya (mereka tu hanya memberi peluang untuk menggamit kedatangan saya), mereka bersetuju untuk mengadakan satu  seminar khusus kepada golongan miskin tegar di Terengganu melalui beberapa pendekatan yang mereka pernah lakukan sebelum dari pada ini. Cumanya, seminar kali ini, bidang yang akan dipelopori ialah berkaitan dengan sistem penetasan dan perindukan ternakan unggas secara bersepadu.

Kami semua telah bersetuju untuk memilih Ayam Belanda sebagai target produk manakala, Golongan Miskin Tegar merupakan golongan sasar manakala konsep bersepadu dalam bentuk yang mirip "contrak farming" adalah asas kepada sistem penternakan. Dengan yang demikian, peserta yang bakal menghadiri kursus ini tidak perlu lagi memikirkan soal-soal pelanggan dan jualan malah sistem yang dijalankan kelak tidak akan mengganggu tugas harian pemilik/peserta secara langsung, samada sebagai surirumah, buruh kasar, penoreh getah dan sebagainya

Tidaklah mudah untuk mengadakan seminar dan peluang menambah pendapatan sedemikan rupa. Bukannya senang untuk meyakinkan bakal-bakal peserta untuk menghadirkan diri kerana mereka juga maklum akan seminar sedemikian. Pada mereka, bendanya adalah benda yang sama, mungkin diubah kulit sahaja untuk menampakkan kelaianan. Tidak menjadi masalah sekiranya mereka melontarkan keresahan dan kekhuatiran mereka.

Saya berhentikan saja (gantungkan) buat sementara waktu dan selanjutnya seminar ini bakal diadakan di Pejabat baru kami di Ladang, Kuala Terengganu di sekitar pertengahan bulan 3. Dari semasa ke semasa, kami akan warwarkan pemberithauan ini dan yang pastinya ialah program ini program yang percuma yang akan berlangsungnya selama 3 hari 2 malam.

Hanya insan-insan terpilih sahaja yang bakal dijemput menghadiri seminar ini. Semoga mendapat keberkatan dari usaha yang secebis ini.

0 comments:

Post a Comment