Kenapa Cepat Sangat Selesa!

Bertemu kembali teman-teman sekelian. Semoga anda semua berada dalam kerahmatanNya. Kalau yang sakit tu cepat-cepatlah pergi ke klinik. Pastu beristighafar banyak-banyak. Itu satu kaedah untuk penghapusan dosa-dosa tu!.

Apa cerita anda pada yang terakhir berkaitan dengan penternakan?

Cerita saya! Saya baru saja pulang dari satu siri jelajah hampir seluruh semenanjung. Dari Selangor, ke Perak, Kedah, Penang, Kelantan Terengganu, Pahang dan kini berada semula di Selangor. Dalam jelajah tersebut, ada perihal berjumpa pelanggan, berjumpa kawan-kawan, ada berjumpa bakal-bakal pelanggan (harap-harap lah) dan beberapa agensi Kerajaan persekutuan di negeri-negeri yang berkaitan. Alhamdulillah, dipanjatkan segala kesyukuran kerana dengan nikmayNya, kami telah melakasanakan apa yang dirancang dengan begitu baik sekali.


Sekadar untuk muhasabah diri, tidak mudah untuk dapat menyelesaikan jadual perjalanan secara 100% mengikut apa yang dirancang. Syukran sekali lagi.

Sekembalinya di Puchong ini, memang terlalu banyak sekali kerja-kerja yang perlu dilangsaikan, baik berlaitan dengan perkhidamatan selepas jualan mahu pun berjumpa dengan pelanggan-pelanggan baru. Semuanya perlu diatur dengan sebaik mungkin. Dengan tulang yang empat kerat ini, terlalu banyak halangannya berbanding dengan kemahuan dan angan-angan. Kenalah bertekad untuk melepasi halangan tersebut di samping jangan putus-putus untuk Allah mempermudahkan segala urusan. Itulah senjata kita sebagai Umat Islam. Doa!

Besok bermulanya siri rangka minggguan di Puchong. Banyak sekali. Menghantar barang (inkubator yang diganti) ke destinasi di Kedah dan yang jauh lagi ialah menghantar 1 set inkubator ke Kota Kinabalu Sabah. Selain dari itu melawat bakal pelanggan seorang Taukey Cina di Kota Raja Kelang dan banyak lagi termsuk membuat lawatan sambil mambaik-pulih kerosakan kecil inkubator dan juga yang terpentingnya ialah melawat JPV Paya Jaras yang sudah hampir sebulan aku tidak menjenguknya.

InsyaAllah minggu ini akan aku langsaikan sebelum aku kembali semula ke Pantai Timur di minggu yang berikutnya. Agak sibuk sekali. Tetapi seronok dan bersemangat.

Posting kali ini ialah berkaitan dengan perihal seorang pelanggan yang telah berjaya menjalankan ternakan ayam PERUnya dalam skala yang kecil. Saya yakin penternak ini mampu kedepan dengan langkah yang lebih bergaya seandainya apa yang beliau alami sekarang ini diteruskan lagi dengan membuat beberapa pembaharuan sesuai dengan pembesaran kapasiti ternakan beliau.

Kalau mengikut cerita beliau, pada bila-bila masa sahaja sekarang ini dalam tempoh kurang dari 2 minggu beliau sudah boleh membekalkan sehingga 200 ekor anak ayam Peru yang berumur 1 hari - 2 minggu. WOW! satu peningkatan yang amat bagus sekali. Kesemua penetasan tersebut menggunakan mesin pengeraman buatan Niche Strategy Marketing dan juga mesin penetas telor kelauran yang sama juga. Semenjak dari dulu hingga sekarang beliau hanya menggunakan mesin tersebut! Walaupun pada dulu-dulunya terdapat beberapa masalah. Pada saya itu adalah lumrah. Dalam tempoh pembelajaran, segala macam masalah perlu ditempuhi. Barulah ada kematangan dalam menyelesaikan peemasalahan. Kalau tidak,......lu pikir lah sendiri!!!! Pinjam kata-kata pelawak tempatan Nabil...

Itu adalah satu perkembangan yang cukup mengkagumkan. Apabila saya betanyakan lagi kepada penternak berkenaan, berapa peratuskah penetasan sekarang? Beliau mengatakan 70%. Lantas saya mengajukan persoalan lagi mengapa tidak menjadikannya 100% sedangkan ada kalanya penetasan boleh mencapai 100%? Katanya lagi, itu sudah memadai dan beliau sudah merasa seronok dengan pencapaian yang sedemikian.

Memang secara tak langsungnya beliau sudah merasa seronok. Manakan tidaknya. Bayangkan setiap 3 hari hampir 40 - 50 ekor anak ayam berjaya ditetaskan dan menjadikannya hampir 200 ekor setiap 2 minggu. Namu saya tidak pula bertanya berapakah purata harga anak ayam yang dipasarkan. Tetapi sempat saya bayangkan harga yang 2 minggu itu tidak kurang dari RM 12.00 seekor. Kekadang tu RM15.00.

Bagi penternak ini, ini merupakan satu kejayaan sebab ianya melakukan bersendirian secara separuh masa (bukan sepenuh masa). Besabit dengan pertanyaan saya mengapa dia tidak mencubanya untuk menetaskan sehingga keupayaan 100% dicapai? Di samping dia menjawap telah memadai, ada juga kebenaran untuk menyokong kepuasan beliau. Antaranya ialah bukan senang untuk bekerja bersaorangan dalam satu reban. Banyak hal yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Ini bermakana, beliau hanya menaruh keyakinan penuh terhadap kemampuan mesin-mesin penetas tanpa mengambil kira langsung akan ketulinan telor-telor yang diramkan. Bermakna juga beliau menaruh keyakinan penuh juga kepada mutu pemakanan yang diberikan kepada baka-baka PERU untuk menghasilkan telor yang terbaik kulaitinya.

Beliau cukup bernasib baik kerana, reban beliau dilengkapi dengan pelbagai setup yang cukup baik dengan prasarana yang kemas. Dilengkapi juga dengan bilangan mesin2 pengeram dan penetas yang mencukupi utnuk menampung keperluan peneloran dan pengeraman berbanding dengan baka-baka yang ada. Akan tetapi kalau mengikut pengamatan saya, beliau masih boleh betul-betul mendapat hasil tetasan hampir 100% kalau pun tidak sepenuhnya sekiranya beliau menggunakan segala kemudahan yang disediakan sebaiknya.

Antara perkara yang terpenting yang memang beliau sendiri mengakui tidak melakukannya ialah berkaitan dengan teknik-teknik "Candling". Beliau langsung gagal untuk melalukan candling terhadap telor-telor tersebut. Kalau mengikut kata-kata beliau, memang beliau faham dan tahu akan keperluan tersebut, namun kata beliau lagi masalah masa juga merupakan faktor terpenting bagi beliau kenapa beliau gagal melakukannya. Beliau terlalu kesuntukan masa. Untuk itu, saya akur dengan jawapan beliau. Memang tugasannya agak mencabar.

Teringat saya akan reban kawan-kawan lain yang tidak berapa terurus. Macam mana pula kerenahnya dan pencapaiannya. Bagi saya teramat banyak ruginya sekiranya teknologi yang diperolehi tidak dimanfaatkan secara keseluruhannya sedangkan pada satu ketika dulu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan teknologinya. Soal ketidak-cukupan masa pada saya, merupakan satu faktor dinamik yang boleh dihindarkan. Kalau kena dengan teknik pengurusan ladang yang betul, masa adalah satu benda yang baerkait rapat dengan pengurusan waktu.

Mesti ada slacknya kalau kita sentiasa ketidak-cukupan waktu. Dan yang teruknya nanti ialah, kalau di peringkat awal lagi kita telah gagal untuk membereskan watu dengan sebaik dan seadilnya, maka apabila saiz ternakan kita mencapai tahap yang lebih besar, maka di kala itu, pengurusan waktu menjadi semakin rumit. Percayalah!.

Jadi, sebagai iktibar kepada kawan-kawan di luar sana, itu adalah sebahagian dari sikap kita sebagai usahawan Melayu (termasuk aku lah tu), kita sentiasa mudah untuk merasa selesa setelah kita hanya diuji dengan sedikit sahaja halnangan dan ujian dari Allah. Ujian yang kecil itu kita merasakan sudah cukup besar, lantaran apabila kita berjaya melepasinya, kita sudah hilang pedoman dan kawalan. Kita hanyut dibuai mimpi. Kita menjadi leka. Alpa. Wal halnya, terlalu banyak lagi rintangan yang bakal dihadapi untuk menjadi penternak yang berskala sederhana dan besar.

Semoga dengan sedikit coretan murahan ini, dapat kawan-kawan di sana memuhasabahkan diri dalam mencari kebenaran fakta atau ungkapan di atas.

0 comments:

Post a Comment