Masih Ada Yang Kurang Faham

Bersua kembali teman-teman seperjuangan dan yang bukan seperjuangan pun!

Alhamdulillah.....kesihatan akal dan fikiran yang Allah berikan kepada saya, maka mampulah pula saya ketukkan papan kekunci komputer saya ni. Dah agak kurang juga saya sekarang ni menulis. Banyak benda yang hendak diperkatakan, namun, keterbatasan waktu membuatkan saya agak ketinggalan.

Sibuknya seminggu dua ni bukan main lagi. Sibuk urusan dunia semata-mata. Semoga Allah berikan sedikit ruang untuk saya selepas ini memikirkan sibuk akhirat pulak. Mudah-mudahan.

Berbalik kepada tajuk di atas, ini juga merupakan sebahagian dari asbab yang menyebabkan saya agak sibuk ditokok dengan masalah hakiki yang lain. Masalah yang berkaitan dengan sesi penerangan secara tidak langsung melalui telefon.


Saya dapati masih terlalu ramai dari kalangan penternak unggas yang belum faham apakah yang dimaksudkan dengan INKUBATOR. Rata-rata berkefahaman adalah inkubator adalah adalah alat penetas telor. Kefahaman ini agak menyimpang dari segi kefahaman mutlak setelah mana mereka-mereka ini melakukan penetasan secara sendiri. Saya tidak lah arif sangat untuk men"translate"kan perkataan ini, namun suka saya mengatakan di sini ialah apakan proses yang perlu ada dalam tempoh untuk menetaskan anak ayam. Saya ringkaskan seperti berikut:

  1. Untuk menetaskan anak ayam secara bukan "tabie" atau bukan secara semula-jadi, telor-telor mestilah melalui proses "PENGERAMAN" terlebih dahulu, di mana dalam waktu ini, terdapat beberapa elemen yang perlu dititik-beratkan tanpa terkecuali. Antaranya ialah suhu dalam ruang pengeraman, kelembapan dalam ruang pengeraman serta pembalikkan telor dalam kadar masa yang tertentu. Tempat untuk mengeram telor dinamakan PENGERAM dalam Bahasa Melayunya dan dalam bahasa Omputih dinamakan sebagai "SETTER". Pernah dengar setter? OK, kerja mengeram itu adalah seperti berikut:
    • Suhu mestilah disetkan pada 37.4 darjah celcius (kekurangan dan kelebihan suhu bergantung kepada kaedah anda menyediakan peralatan. Terdapat kesan yang berbeza-beza sekiranya suhu tidak dapat dikawal dengan baik terutamanya bila isanya berada terlalu di atas atau terlalu di bawah paras yang di sarankan. Pada amnya suhu eraman untuk kesemua telor unggas adalah sama sahaja dan kalu berbeza pun cuma sekadar dalam beberapa "point" darjah sahaja.
    • Kelembapan - Ini adalah antara faktor yang penting dan inilah yang selalu dipandang terlalu remeh oleh kebanyakan penternak. Bukan itu sahaja, malah ramai yang tidak faham apa dan bagaimana kelembapan boleh berlaku dan seterusnya memang ramai rasa terkedu bila dikatakan kelembapan mesti diubah-ubah mengikut spises telor dan juga semasa proses menetas. Kelembapan semasa mengeram adalah jauh lebih rendah berbanding dengan semasa proses menetas. Tidak sama langsung.
    • Elemen yang ketiga yang juga sama pentingnya dengan step yang pertama dan kedua ialah keperluan untuk memusing-musingkan telor untuk beberapa kali sehari. Seminima yang mungkin ialah sebanyak 3 kali sehari, telor mesti dipusingkan semasa tempoh pengeraman berjalan. Sekiranya menggunakan kaedah Automatic Turner, kebiasaannya, kekerapan pemusingan telor ialah untuk setiap 1 jam satu kali. Method untukl pusingkan telor adalah pelbagai. Yang pentingnya ialah telor mesti DIUBAH kedudukan.
Setelah tempoh menegeram habis, maka telor mestilah melalui proses penetasan atau telor telah sedia untuk ditetaskan. Proses penetasan juga adalah berbeza berbanding dengan proses pengeraman. Sekiranya ada hanyalah suhu yang hampir sama semasa proses pengeraman dan proses penetasan. Oleh itu yang membezakan ilah HUMIDITY. Pastikan humidity dinaikkan sehingga sebagai contoh untuk Ayam kampung sehingga 65 -70 % manakala bagi telor itik ialah sebnayak 85% yang mana pada dasarnya adalah amat sukar untuk mencapainya sekiranya tiada sistem pemanas digunakan.

Dalam masa yang sama, semasa telor diletakkan di dalam ruang penetasan, sila pastikan telor tidak boleh sekali-kali dipusingkan lagi. Kebiasaannya telor akan dipindahkan dari Pusat Pengeraman (SETTER) ialah pada harga sekitar 3 - 5 hari sebelum tiba tempoh penetasan keseluruhan.

Mesin yang digunakan ialah untuk menetas dinamakan sebagai Hatcher.

Sekiranya anda telah memahami sedikit sebanyak proses proses penetasan, kerja penetasan telor unggas menjadi senang. Maka dengan itulah sebabnya kenapa penetasan berskala besar sentiasa menggunakan kemudahan inkubator dan peralatan yang khusus. ELAKKAN dari menggunakan kemudah 2-dalam-1 iaitu hatcher dan setter serentak. Ini adalah kerana anda telah menimbulkan konflik kepada proses-proses tersebut.

Anda hanya perlu memilih 1 antara 2, samada inginkan penegeraman yang baik atau penetasan yang baik. Kesemuanya bergantung kepada HUMIDITY.

Menjadi harapan saya agar anda di luar sana dapat mempraktikkan perkara ini

2 comments:

junaidi a.k.a hachiroku77 said...

huh ..terang dan jelas... kepada pengguna2 incubator di seluruh malaysia..
tolong lah pratikan apa yg sifu bedin tulis kan di atas ini ..
insyallah ... proses pengeraman dan penetasan incubator anda akan berjaya..

Bedin Jusoh said...

Bukannya apa sifu...ye lah...kadang-kadang renyah juga kerja penerangan ini. Tambah-tambah lagi apabila pengguna hanya sekadar memasukkan telor dan menunggu masa untuk tetas.

Haru juga saya dibuatnya, hatta pernah dikatakan kita memutarbelikkan fakta. Sebenarnya saya tidak berkata demikian. Semoga dengan sedikit penerangan ini telah menafikan tomahan.

Lagi pun.....Ahhhh....tak per...saya reserve komen-komen yang baik dan tak baik.

Hanya 1 spesifikasi inkubator yang saya ada, namun kenapa ada yang bagus penetasan (100% pun ada)dan tidak kurang juga ada yang langsung tidak menetas. Tidak ada double standard diaplikasikan. Pelik tetapi benar!

Semoga Allah terus menerus membantu saya dan penternak yang lain sehingga berjaya...

Post a Comment