Punyai Kerjaya Cemerlang Namun Penternakan Adalah Pilhan

Selalunya apa yang dicari-cari dan yang dicita-citakan ialah perihal kerjaya yang cemerlang. Ya lah! Dengan kerjaya yang cemerlang sudah tentu kehidupan lebih tersusun dan selesa lebih-lebih lagi dalam suasana hari ini yang serba memerlukan kewangan.

Sebagai pembuat mesin penetas telor yang baru mula merangkak mencari tapak dalam medan yang terbuka ini, saya telah didatangi dengan pelbagai kelompok manusia yang mencari dan membeli mesin penetas telor. Apa yang cuba saya maksudkan di sini ialah perihal latar belakang seseorang bersabit dengan kenapa dan mengapa mereka itu memerlukan mesin penetas telor.

Ada dari kalangan mereka itu yang memang dah betul-betul mempunyai asas perniagaan atau perusahaan yang berteraskan penternakan unggas. Tinggal lagi mereka-mereka ini mencari kaedah yang terbaik dan sesuai dalam memaksimakan pengeluaran peroduk mereka. Ada pula yang sebahagiannya merupakan sebagai "hobby" menetaskan pelabgai spesis unggas untuk koleksi belaan mereka. Yang sebahagiannya pula semata-mata melakukan penternakan unggas sebagai jalan pintas untuk menjadi satu pekerjaan yang alternatif disebabkan masalah kekangan ekonomi yang melanda mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka telah kehilangan punca pendapatan dan merasakan pekerjaan sebagai penternak bukan sekadar secocok malah itu sajalah pekerjaan yang paling praktikal berbanding dengan keperluan yang utama seperti tanah yang sesuai dengan penternakan.

Kesemua yang disebutkan di atas tidaklah menghairankan saya kerana dengan asas yang kukuh mereka telah memilih penternakan unggas sebagai kerjaya pilihan mereka. Namun demikian ada satu kelompok lagi yang pada saya merupakan sedikit pelik (bukan sangsi!) kerana memilih penternakan sebagai bidang yang perlu diterokai secara seirus sedangkan mereka ini telah mempunyai kerjaya yang cukup cemerlang (berbanding dengan saya lah kot yang tidak mempunyai gaji yang tetap). Terdapat beberapa orang sebagai contohnya "tokey" kepada JUTAFARM yang merupakan seorang yang bekerja sebagai specialist/inspector (kalau tak silap akulah) yang sering berurusan dengan bidang petroleum atau "offshore". Aku tidaklah mahu menyebutnya berapa pendapatan tahunannya, namum memang "lebat".

Ataupun ada seorang lagi pemilik baru Inkubator Mini Model MI 103D iaitu En. Razib dari Johor. Dia juga merupakan seorang yang amat baru dalam bidang penternakan malah beliau mengaku yang beliau mempunyai penagalaman yang amat tipis berkaiatan dengan penternakan unggas terutama ayam kampung. Namun beliau telah memasang tekad untuk menjadi penternak yang komited dan atas dasar tersebut beliau telah memulakan langkah dengan memiliki penetas telor model yang terbaik keluaran saya dengan memesan beberapa peralatan tambahan sebagai alat ganti. Beliau yang saya maksudkan mempunyai kerjaya yang cukup cemerlang juga bagi saya, bekerja sebagai pekerja "offshore" yang "bermustautin" di QATAR untuk sekian lamanya.

Beberapa contoh di atas telah membuatkan saya berfikir, kenapakah bidang penternakan unggas menjadi pilihan mereka? Adakah mungkin kerana mereka mempunyai modal asas yang mencukupi? Atau juga adakah kerana mereka mempunyai tanah yang sesuai yang tersedia ada tanpa perlu menyewa atau memajak? Atau adakah mereka ini mempunyai modal yang cukup untuk membiayai sebarang bentuk kos samada upah ataupun pembinaan ladang/reban?

Apapun persoalan saya, sudah barang tentu mereka ini mempunyai asas yang amat kuat untuk mereka membuat pilihan ini. Untuk itu saya mengucapkan syabas kepada mereka-mereka ini dan tak terkecuali juga pembeli-pembelia mesin keluaran saya yang lain-lainnya kerana anda telah memilih untuk manjadikan penternakan unggas sabagai satu bidang usahawan yang mesti diterokai secara berteknologi demi unutk mempertingkatkan lagi kadar pengeluaran selaras dengan pekembangan teknologi moden.

Semoga tekad anda semua membuahkan hasil yang cukup lumayan dan yang pastinya anda harus berniat melakukan kerja-kerja ini kerana ANDA adalah seorang MUSLIM dan melakukan kerja-kerja ini merupakan sebahagian dari tuntutan agama yang berpaksikan FARDHU KIFAYAH.

Mudah-mudahan usaha anda diberkati Allah swt.

1 comments:

Tepi sungai tempat aku lepak said...

salam... wah.. dah ramai org2 MINYAK ni dah masuk field penternakan...
hehehe.... bukan apa... sekurang2 nyer time tak ada kerja leh lah lepak kat reban.. kebanyakan geng2 org minyak ni.. kerja freelance...
memang lebat...
setakat nak beli incubator .. celah gigi jer... betul dok .. ?
nanti awok2 NDT leh lah buat persatuan penternakan..

NDT FARM.. telur2 tu kiter leh buat U.T jer.. hehehe

saja bergurau...

sepupu abg bedin .. suhaimi . jgn maroh deh...

Post a Comment