Akan Tiba - Produk Terbaru



Sepertimana yang telah saya janji beberapa kali dahulu bahawa Niche Inkubator akan mempunyai model inkubator yang terbaru selaras dengan ramainya permintaan yang berkehendakkan sistem penggerak tray telor yang berfungsi secara automatik. Begitu ramai sekali yang bertanyakan untuk mendapatkan khidmat saya membekal automatik turner serta sebahagian dari perkakasannya. Buat masa ini saya masih lagi memikirkan belum sampai lagi masanya untuk saya memasarkan inkubator model MI-103 secara sistem "knock-down". Ini kerana terdapat beberapa pendekatan yang perlu dikemaskinikan terlebih dahulu sebelum ianya betul-betul sesuai untuk dipasarkan.

Sehubungan dengan itu, saya telah membangunkan satu model khas yang juga merupakan pada pandangan saya sebagai pembuat inkubator fungsi automatik, yang terbaik sesuai untuk kebanyakan golongan pernternak di Malaysia. Ini adalah kerana, pada kebiasaanya, rata-rata penternak mencari inkubator automatik yang kecil kapasitinya iaitu di bawah 100 biji telor. Kadang-kadang tu, ada yang mencari kapasiti yang hanya 30 biji sahaja. Alasan yang diberikan ialah mereka mula berjinak-jinak dengan penternakan dan juga sebahagianya memerlukan untuk penetasan telor "special breed" atau eksotik.

Ciri-Ciri Fully Automatic Niche Eggs Turner
  1. Didatangkan dalam 3 model yang berbeza kapasiti; 30, 50 dan 80 biji
  2. Mudah dipasang pada mana-mana inkubator manual yang disediakan dengan hanya menggunakan "taping screw" yang disediakan.
  3. Menggunkan motor berteknologi khusus dari USA dengan Turner berputar setiap 6 jam sekali atau setiap 1 jam sekali menggunakan mikropemproses.
  4. Ringan dan senang untuk dipasang pada inkubator sedia ada.
  5. Frame diperbuat daripada "Galvanized Steel"
  6. Mudah-alih dan mudah pasang
Nota:
  1. Contoh yang ditunjukkan di dalam posting ialah merupakan "prototype" yang memang sudah diuji kefungsiannya.
  2. Juga terdapat inkubator yang siap sedia dipasang dengan model (ini)



2 comments:

jaringan penternak ayam kampung.. said...

cun lah abg bedin.. inventor betul..

Post a Comment