Kenapa Kadar Penetasan Berkurangan?

Hari ini saya sempat dan berkesempatan untuk menzahirkan apa yang saya perolehi secara ilmiah samada melalui pembacaan dan juga melalui perkhabaran dari kawan-kawan serta pakar-pakar dalam bidang penetasan. Kisah ini berlaku kepada salah seorang teman yang membeli inkubator dari saya sejak sekian lama.

Di awal-awal pembelian dulu dialah manusia yang paling gembira sekali kerana saban hari terdapat sahaja anak ayam kampung berjaya ditetaskannya tanpa cacat. Kekadang tu 100% menetas! Setiap hari dia "update"kan kepada saya. Namun saya tidaklah begitu "excited" sangat sebab memang telor ayam merupakan antara terlor yang paling senang ditetaskan sekiranya menggunakan inkubator buatan saya, dengan syarat segala macam peraturan dan kaedah penggunaan mesin mestilah dilakukan seperti yang diarahkan. Selebihnya lagi ialah punca dan kaedah telor baka yang hendak ditetaskan.

Setelah sekian lama dia menggunakannya maka bermulalah episod kecewa sahabat saya itu, namun yang peliknya dia tidak juga menghubungi saya memaklumkan kegagalan kadar penetasan. Hampir 50% katanya telor gagal ditetaskan walhal kesemua prosidur diikuti tanpa gagal. Setelah begitu keadaannya, sekitar sebulan yang lalu (sebulan lebih sikit), saya menasihatkan agar mereka tidak memasukkan telor ke dalam inkubator, malahan menunggu "batch" yang terakhir menetas.

Setelah tibanya hari terakhir "batch" telor yang ditetaskan, maka saya mengarahkannya membersihkan keseluruhan inkubator, malahan saya memaksanya membuka penutup bahagian atas tanpa terkecuali. Saya menyarankan agar pembersihan menggunakan kain yang lembab yang dibasahkan dengan bahan "anti-septik" seperti sabun detol. Saya walaubagaimana pun tidaklah pula melihat atau bertanya sabun jenis apa yang digunakan.

Juga sebelum daripada pembersihan dilakukan, saya juga memaksa kawan saya supaya lebih banyak menggunakan kotak kertas digunakan untuk proses pemindahan anak ayam untuk tujuan penetasan setelah melalui tempoh mengeram. Ini adalah kerana kotak kertas adalah murah dan kadang-kadang percuma. (Sekiranya anda orang yang elerjik mengenai telor-telor tembelang serta kesan pendarahan atau kesan pecahan kulik anak unggas semasa proses penetasan, menggunakan kotak kertas ciptaan sendiri adalah terlalu praktikal).

Setelah pembersihan betul-betul dijalankan, saya memasksa kawan tersebut untuk untuk memasukkan kembali telor yang bagus untuk meneruskan pengeraman..

Saya juga memesan agar melakukan proses candling serta memantau kawalan kelembapan sekwaktu proses penetasan beroperasi. Saya tidak mengajar banyak benda kepada sahabat ini kerana memang dari ilmunya sahabat ini memiliki kemahiran.

Alhamdulillah, hari ini, saya mendapat "call" dari sahabat saya ini bahawa kesemua telor yang diletakkan pada 3hb Januari 2010 telah berjaya ditetaskan tanpa tanpa sebarang kecatatan.

Jelas di sini bahawa kebersihan alat penetsan adalah amat-amat penting dalam memeberikan kadar penetasan begitu dinanti-nantikan. Pastikan sekurang-kurangnya inkubator anda dibersihkan (dilapkan dengan kain basah yang berenti-septik. Setelah daripada itu inkubator tersebut dibiarkan berada beberapa ketika di bawah kepanasan matahari  sebelum dapat digunakan semula.

Juga kena pastikan bahawa bersihkan inkubator setiap 3 pusingan eraman untuk memastikan kadar penetasan adalah tinggi. Harus diingat, bahan asas inkubator adalah diperbuat darioada plywood maka "kehalusan" kerja mesti diutamakan untuk memastikan ketahanan inkubator keseluruhannya.


4 comments:

junaidi a.k.a hachiroku77 said...

incubator pub macam kereta jugak... nak kena sevis.. ker guaner bos

PEMBIAK BAKA AYAM SERAMA DAN SABUNG said...

huhu...biler anak tetas tu yang leceh tu..kene jaga dari sakit..kalau ngan ibu kiter senang sikit..tapi telor kene selalu dpantau kan..

Bedin Jusoh said...

Tuan Junaidi....apa pun kena servis, bukan takat inkubator saja, orang (tuan) pun kena servis gak...hehehe...tambah2 dah tua macam aku ni...

Macam orang gak, nak pakai lama kan? Klu boleh tu tak nak rosak....sekali beli boleh guna untuk 7 keturunan tu...

Hehehe

Bedin Jusoh said...

Yup tokey Serama! Ni belum cerita sistem perindukan lagi.... Anak yatim....kena jaga elok-elok sama seperti jaga anak sendiri (ibu ayam ler).

Amber nok Gi Pasir Tumboh hari Khamis ni, cam ner nak jumpa kamu...

Post a Comment