Tawaran Terhad Sempena Tahun Baru 2010

Pengunjung Blog medanusahawan yang dihormati sekelian.

Setelah hampir setahun Niche Incubator berada di pasaran, kami telah menerima pelbagai maklum-balas dari  semua kalangan, baik dari pembeli mahupun dari kalangan pelayar blog atau melalui sms. Secara jujurnya, saya menerima kesemua maklum-balas itu dengan hati yang terbuka dan Redha. Ini adalah kerana tidak semua maklum balas itu adalah positif, malah banyak juga yang negetif. Akan tetapi itu adalah adat manusia. Maka itu lah rencah kehidupan, baik dari segi insan biasa mahupun sebagai insan yang berniaga kecilan seperti saya.

Mana-mana maklum balas yang negetif itu saya ambilnya sebagai sempadan untuk direnungkan dan diperbaiki manakala yang baik itu akan saya pertahankan. Kedua-duanya saya menghulurkan rasa terima kasih saya kepada yang meluahkan secara zahir mahupun batin. Kerana, tanpa yang yang buruk itu tidak akan berlaku yang baik. Itu adalah pasangan kejadian.


Baiklah.

Di sini, di atas kurnaiaan Allah juga, maka Dia telah permudahkan usaha saya untuk memanjangkan rezeki kepada hamba-hambanya yang lain juga dengan melahirkan hasrat saya untuk membuatkan satu tawaran yang pada saya amat bermakna setelah sekian lama berada di pasaran. Kami membuat tawaran harga yang menarik kepada bakal pembeli dengan masih menetapkan harga yang lama, akan tetapi saya telah menawarkan satu pakej peralatan penetasan yang pada saya amat-amat diperlukan untuk kesemua penetasan telor unggas. Dan peralatan ini kami berikan secara percuma.

Kami telah menggabungkan satu produk yang terbaik dengan menawarkan produk dari Keluaran terbaik di dunia iaitu Produk Keluaran BRINSEA, UK. Produk yang telah bertahun berada di pasaran ini tidak perlu lagi kami hujahkan akan kualiti produknya. Cumanya, ingin saya maklumkan di sini bahwa, tawaran ini adalah dalam bentu pakej, bermakna harga tidak boleh dipisahkan.

Kami juga akan adakan dari semasa ke semasa tawaran-tawaran hebat sedemikian kepada bakal pembeli dan juga pelanggan yang sedia ada. SILA RUJUK DI SINI atau anda dapat melihat di ruangan tepi blog ini untuk keterangan lanjut.

Sekadar peringatan, tawran ini sah sehingga 31/1/2010 atau sah sementara stok masih ada. Ingin kami ingatkan di sini bahawa, sebagai promosi terhad, kami hanya hadkan kepada 20 set sahaja dan tempohnya ialah sehingga 31/1/2010. Sekiranya stok masih tidak terjual, maka tempoh tawaran tetap juga tamat pada 31/1/2010.




0 comments:

Post a Comment