Lagi Inkubator Bersaiz Sederhana
Bertemu kembali pengunjung sekelian.
Hahaha...Itu hari saya bercerita sedikit pasal kisah kehidupan setelah sedikit bercelaru. Semakin pudar perasaan bercelaru, maka sampailah pula masa nak mebuat update. Kini kembali bertumpu kepada perihal produks atau urusan bisnes. Memang banyak kalu nak ditulis mengenai perkembangan pembuatan inkubator "Fully Automatic" ni. Ada sahaja pembaharuan, pertanyaan, permasalahan, cadangan dan tak kurang juga komplen-komplen yang boleh merosakkan perniagaan. Namun, sebagai tuan tanah kepada blog dan juga tuan punya kepada bisnes kita, hemahnya perlu banyak, sabarnya kena gandakan, jawab tetap jawab, tapi kaedah menjawab mestilah sesuai. Jangan sampai jadi "Madah Berhelah - Zaina Zain" cukuplah.
Alhamdulillah, hampir semuanya dapat ditangani dengan baik kecuali ada seorang dua pelanggan yang masih lagi menunggu ketibaan saya untuk membuat sentuhan akhir terhadap beberapa masalah kecil dan besar. Yer lah...seperti saya katakan sebelum ini, kerja seorang ni ginilah, bukan tak berhasrat untuk nak ambil perkerja, tetapi, memang belum lagi mampu...
Dalam kesibukan untuk menangani masalah yang sedia ada, saya juga terpaksa berkejar untuk menyiapkan beberapa unit tempahan inkubator kecil dan besar. Kalau diikutkan saya telah pun memindah operasi pengeluaran berskala kecil di Terengganu. Saya telah memulakan dengan mengeluarkan 20 sets Model MI-103, 2 set Model MI-203 dan 5 set Hatcher MI-105. Dijangkakan dapat disiapkan sekitar bulan Februari, minggu ketiga.



Terima kasih kepada Changkat Agriculture Sdn Bhd. Somoga penternakan anda memperolehi kejayaan yang memberangsangkan.InsyaAllah.
1 comments:
jordan 11
westbrook shoes
golden goose shoes
birkin bags
supreme clothing
yeezy boost 350 v2
supreme new york
off white outlet
michael jordan shoes
supreme clothing
Post a Comment