Pelanggan Terkini

Di dalam kesibukan yang pelbagai ini, saya sempat juga menyiapkan tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan saya yang telah menempah hampir 3 minggu yang lalu. Dan kalau mengikut dari tarikh dan tempoh yang ditetapkan, ianya tetap tidak tersasar. Namun seandainya pembuat inkubator kami (pemasang) masih lagi berada ki Puchong, sudah tentu pelanggan tersebut telah mendapatkannya seawal minggu lepas lagi. Ini telah tidak berlaku lagi kerana, sahabat tersebut telah pun berpindah ke Kuala Terangganu, dan beliau kini sedang menyiapkan tempahan sebanyak 20 set model MI-103 untuk saya.

Begitulah rencah kehidupan. berkelana merantau demi mencuba nasib, namun tidak semua yang dimimpikan indah itu berada di Kota Serba mencabar ini. Maka di kampung halaman mereka jugalah persinggahan yang terbaik. Moga-moga beliau istiqamah dan redha dalam mengecapi erti kepayahan hidup yang sementara ini.

Berbalik kepada pelanggan terkini Niche Incubator.

Beliau adalah pasangan suami isteri yang mengoperasikan perniagaan mereka di Senawang dan juga di Jelabu Negeri Sembilan. Difahamkan, operasi di Senawang adalah tertumpu kepada program penetasan dan di Jelebu pula ialah program pembiakan atau pembelaan. Saya sendiri telah pergi ke premis perniagaan beliau di Senawang dan agak terperanjat juga apabila melihat begitu banyak mesin penetas telor manual yang mereka miliki. Akan tetapi, memandangkan pertumbuhan permintaan yang agak mendadak, beliau telah membuat keputusan untuk menempah 1 set inkubator model MI-203 sebagai percubaan, dan saya menerima tempah tersebut 3 minggu lepas.

Nak dijadikan cerita, tempat di mana saya menempah potongan plywood yang selama ini beroperasi di Puchong telah dengan serta merta berpindah ke Rembau Negeri Sembilan. Mak aaaiii...jauhnya. Akan tetapi sahabat itu memberi jaminan, harga dan kualitiyang sama akan diberikan, cuma, untuk permulaan ini, dia terpaksa mengambil masa untuk menyiapkan tempahan saya. Sudah jatuh ditimpa tangga la pulak...

Pelanggan yang saya maksudkan itu ialah pasangan ideal suami isteri yang nama ringkasnya ialan Izan dan isternya ialah Linda.

Percikan daripada perpindahan "tukang potong plywood yang bercat" itu ke Negeri Sembilan, maka kami di Niche Strategy Marketing telah mendapat sedikit masalah dan pasangan suami isteri ini juga terpalit sama dengan masalah. Memandangkan tempoh yang dijanjikan untuk menghantar Inkubator Model MI-203 telah hampir, Puan Linda telah membuat "follow-up" dan saya memang memberi alasan bahawa innya belum sedia untuk dihantar. Dalam waktu yang sama juga, Puan Linda memberi tahu bahawa, buat masa sekarang ini, beliau telah memiliki lebih dari 100 biji telor ayam kampung sehari dan menggunakan inkubator manual tetah tidak tertahan lagi.

Lantaran daripada itu, saya telah membuat saranan pada Puan Linda, untuk mengambil 2 set inkubator Model MI-103 yang pastinya mempunyai kapasiti yang sama dengan 1 set MI-203. Dan beliau bersetuju. Dan saya terpaksa berkorban keuntungan di atas kesilapan saya yang tidak disengajakan.

Diringkaskan cerita, maka semalam, kedua pasangan tersebut telah pun datang mengambil inlubator berkenaan setelah mendengar beberapa penerangan ringkas diberikan.

Beliau juga telah , membeli beberapa produk keluaran Brinsea sabagai "gadget" tambahan kepada sistem penetasan serta telah juga membeli beberapa set CAEM thermosatat.

Kepada pasangan suami Isteri Izan & Linda, semoga anda dapat memanfaatkan kedua-dua inkubator tersebut sebaik mungkin dan seterusnya saya mendaokan agar perniagaan anda berdua terus maju dan mendapat keberkatan Allah s.w.t.




1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum... Nak tanya di Senawang kedai jual penetasan telur kat mana?

Post a Comment