Gadget Penetasan Yang Paling Hot

Dalam kesibukan mengunjungi orang "tua", saya selitkan jadual bisnes samada melawat pelanggan-pelanggan, memberikan perkhidmatan teknikal dan tunjuk ajar serta membuat sedikit kerja-kerja pemasaran. Dalam kesemua usaha-usaha tersebut, saya bawa dan perkenalkan sekali kepada kesemua penternak dan bakal pernternak yang saya jumpa dengan beberapa "gadjet" pengeraman dan penetasan.
Telah begitu banyak saya lawati, hampir keseluruhan penternak-penternak yang dilawati membuat sistem penetasan tersendiri. Ramai yang menggunakan kaedah "pengeraman artificial". Semua telah tahu menggunakan mesen penetas telor. Ada sesetengahnya membuat mesin penetas "manual" secara rekaan sendiri. Ada juga yang membelinya dan menggunakannya. Ada yang hanya mempunyai 1 unit pengeram dan ada yang berbelas-belas biji penetas.


Seperhatian saya, penternak-penternak ini kurang diberi pendedahan bertapa pentingnya melakukan penetasan "artificial" secara yang sistematik. Ini kerana sebahagian besar dari telor-telor yang tidak berjaya menetesa adalah sebenarnya adalah kerana telor-telor tidak mempunyai "BENIH" di samping masalah janin yang mati di dalam telor dan sebahagiannya mati setelah beberapa ketika sahaja setelah ditetaskan.
Dari penelitian saya, kemungkinan-kemungkinan yang berikut adalah antara sebab-sebab kenapa kadar kegagalan penetasan yang agak tinggi:
  1. Telor tidak mempunyai baka
  2. Telor tidak melalui proses "candling"
  3. Telor-telor yang telah terlalu lama berada di luar
  4. Telor dari baka@ induk yang tua atau induk yang terlalu muda

  5. Kegagalan memusingkan telor dalam kadar yang ditetapkan
  6. Telor hasil dari pemakanan yang salah
  7. Tidak mengetahui kadar kelembapan yang diperlukan.
  8. Tidak memahami keperluan pengeraman dan penetasan adalah 2 benda yang berbeza.
  9. Tidak mempunyai jangkasuhu untuk mengukur suhu-suhu di dalam ruang pengeraman/penetasan (Hanya berpandukan kepada nilai yang ditunjukkan oleh tanda-tanda pada thermostat sahaja)
  10. Kekurangan teknik-teknik serta selok-belok penetasan yang sebenarnya.
  11. Menetaskan kesemua jenis telor (puyuh, ayam, itik atau angsa) dalam satu ruang penetasan yang sama.
Perkara-perkara yang di atasa adalah yang berkaitan dengan pengeraman atau penetasan, sementara terdapat juga kelemahan yang cukup ketara dari segi kekagalan sistem perindukan. Ringkasnya, rata-rata memahami bahawa setiap anak tetasan memerlukan "peindukan" akan tetapi, rupa dan bentuk yang macam manakah sesuai untuk dipraktikkan. Hanya segelintir sahaja penternak yang mampu menyediakan "kotak perindukan" yang menghampiri cici-ciri kotak perindukan yang sebenarnya. Saya pernah menceritakan kaedah "kotak perindukan" yang ideal pada posting-posting saya sebelum daripada ini.

Oleh kerana masalah yang paling besar sekali ialah, masalah kegagalan penetasan yang hampir keseluruhannya ialah ketiadaan janin dan janin yang mati sebelum tempoh. Ringkasnya, penternak hanya memerlukan satu alat yang dinamakan sebagai "EGG CANDLER". Kalau dahulunya saya menceritakan sahaja tanpa mempunyai atau tanpa dapat menunjukkan kaedah sebenarnya, sekarang, semuanya itu telah dapat di atasi. Ini adalah dengan bantuan produk dari "Brinsea" yang mana saya merupakan pengedar yang sah di Malaysia.

Alhamdulillah, saya sendiri terpengun dan bersyukur, dengan adanya bantuan CANDLER dari Brinsea ini, ramai sekali penternak-penternak yang telah menempah dan membelinya. Ini kerana ujian-ujian di depan mata mereka telah membukati mereka sebenarnya selama ini melakukan kerja-kerja yang sia-sia kerana mereka sendiri telah diperlihatkan bahwa telor-telor yang sedang diramkan langsung tidak mempunyai benih hatta telor yang sudah mencapai usia menetas pun masih juga diramkan.

Inilah yang dikatakan satu pembaziran masa dan keringat. InsyaAllah dengan adanya bantuna EGG CANDLER ini, ragam-ragam seperti yang dizahirkan di atas akan dapat dikurangkan.

Selepas daripada ini saya akan mencetitakan perihal pentingnya menggunakan SPOT CHECK DIGITAL TEHRMOMETER dan HYGROMETER. Kedua-duanya amat penting bagi kesemua penternak.

0 comments:

Post a Comment