Sebenarnya Ramai Juga Rakan Penternak Unggas Di Pantai Timur

Selamat berkunjungan ke Blog Medanusahawan teman-teman sekelian!

Eh! Anda memang nak ke site ini ke atau memang anda terlepas ni? Samada anda tak sengaja terdampar di laman ini atau memang anda sengaja menjengah, kedua-duanya saya terima. Meh sini kita kongsi apa yang patut!

Hahaha! Kali ini kita kongsi cerita pasal apa ek???...Pasal apa lagi kalau bukan pasal inkubator.

Saya sekarang berada di Terengganu Darul Iman. Semalam saya seharian berada di Kuantan, Pahang setelah bertolak seawal jam 8 pagi dari Puchong, Selangor. Maklumlah menaiki kereta murahan tidak sama dengan menaiki kereta berkelas Eksekutif seperti Mercedes, BMW atau Honda Accord. Jadi kena lah bertolak awal-awal, kalau tidak, mana dan nak jumpa pelanggan. Apapun, aku masih berterima kasih kepada cabut ini, dengan sebab cabutnyalah aku boleh pergi ke mana sahaja di seluruh Malaysia tanpa ragam. Tiada masalah.


Destinasi yang pertama ialah untuk bertemu seorang pembeli inkubator baru bernama En. Jamaludin yang berkerja di Sekolah Menengah Sains Kuantan. Tetapi semalam hari cuti, jadi terluanglah masa untuk bersembang2 pasal ternakan ayam. Sekali dilihat tidak pula macam penternak ayam En. JAmaludin ni. Hensem semacam jer, orang pejabat katakan! Yang herannya sempat pula dia menternak pelbagai ayam. Baru sahaja di menjual ayamnya berjumlah 400 ekor. Wow! Tulah kata orang bijak pandai. Dont just judge the book from the cover.

En. Jamaludin mempunyai ternakan hampir 2,000 ekor ayam, sebahagian besarnya ialah ayam kampung (orang luar panggil ayam sabung/laga). Tapi bagi kita di Pantai Timur ini, inilah ayang dikatakan sebagai ayam kampung. Ayam laga, tetap ayam laga juga. Hampir keseluruhan 2000 ekor ayam itu dilepas di kawasan yang berkeluasan hampir 3 ekar setengah. Cuma di akhir-akhir ini kata En Jamaludin (aku panggil Abang Din saja) berkata telor ayam sekarang ini susah sikit untuk menetas. Tak tau sebab sebenarnya. Akan tetapi dia telah terbuka hati untuk menggunakan penetas telor yang berfungsi automatik. Dia terjumpa blog medanusahawan setelah dia menyuruh anaknya membuat google search. Lantas dia melewati blog medanusahawan dan kami merancang untuk berjumpa di Jaya Gading.

Kenapa Jaya Gading Kuantan? Kerana aku ada seorang pemilik inkubator Niche MI-103 di situ iaitu En. Farizul. Jadi aku telah membuat temu janji untuk berjumpa Farizul sambil memperlihatkan kepada En Jamaludin inkubator yang sebenar. Terperanjat En. Jamaludin setelah dia melihat inkhbator MI-103 ini hanya diletakkan di dalam salah satu bilik tidur di rumah keluarga Farizul begitu bersahaja. Macam tak percaya En Jamaludin. Dia menjangkakan inkubator itu sesuatu yang komplikated, maka ianya akan disimpan di kawasan reban. Sebenarnya En. Jamaludin sudah menempah 2 set inkubator Model MI-103 dan aku berjanji untuk menghantar 2 unit tersebut pada hari Khamis 4hb Mac 2010. Penghantaran ini juga akan disekalikan dengan pesanan yang dibuat oleh En. Farizul sendiri iaitu 1 set inkubator model MI-203 dan satu set Hatcher Model HM-105.

Asalnyanya aku tiba agak awal di Jaya Gading. 2 jam lebih awal berbanding dengan masa yang aku janjikan iaitu sekitar jam 12:30 tengahari. Jadi aku pun pegi makan dahulu (sebab belum brekfast lagi), dan setelah itu berhenti untuk solat di Masjid Al-Makmur Kuantan. Bagus masjid tu, sejuk dan nyaman di dalamnya.

Semasa pertemuan tersebut, Farizul bertemankan adik bongsunya (form six student). Semuanya minat ayam. Orang tuanya tiada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin. Kami sempat bertukar2 fikiran dan pandangan berkaitan kebaikan, kelemahan dan juga perkara-perkara baru yang perlu untuk dibuat nilai tambah. Pelbagai! Kami juga secara sepintas lalu dan secara rawak berbincang beberapa pendekatan untuk kita saling mengenali antara penternak-penternak unggas yang berhampiran di sekitar Kuantan. Rupa-rupanya ramai lagi yang berkecimpung dalam bidang ini. Cumanya pendekatan mesti diambil dan diolah untuk membolehkan jaringan penternak unggas yang lebih tersusun.

Sering apabila kita berbincang ada saja sesuatu yang baru. Ada pihak sentiasa terlebih stok, manakala sebahagiannya pula sentiasa tidak cukup stok. Permintaannya agak tinggi dan sesetangahnya menghadapi maslah penjualan samada anak ayam atau ayam dewasa yang terlalu murah, iaitu di bawah harga pasaran. Perkara inilah yang mesti dikawal, supaya tiada elemen-elemen cantas mencantas antara satu sama-lain.

Tetapi siapakah yang akan mempedulikan perkara-perkara sedemikian?

Setelah pertemuan berjalan hampir 3 jam, masa untuk kami berpisah telah. Terasa segan pulak, dah Orang muda ni bersusah payah menjamu air untuk kami mebasahkan tekak, emak pula sibuk memasak mi goreng lagi untuk kami. Lepas itu En Farizul membawa kami melawat reban-reban yang terdapat di sekitar rumah orang tuanya. Orang tuanya pun ikut sekali. Bagus orang tua Farizul, suka sembang dan nampaknya sungguh memberi galakan kepada Farizul. Antara yang paling aku minati ialah melihat ayam-ayam Arab. Ayam-ayam Arab itu dibekalkan oleh Pak Teh. Itulah pertama kali aku kenal ayam arab. Jangkaan aku selama ini Ayam Arab tu besar saiznya. Ternyata meleset.

Aku dan En Jamaludin meninggalkan rumah Zul dan ayam-ayamnya dengan satu harapan. Harapan untuk melihat penternakan ayam kampung Farizul menjadi semakin hebat dan juga Fariuzl dapat membantu membuat jaringan penternak memandangkan Farizul terselah sekali dapat mengawal harga pasaran selaras dengan harga pasaran yang di luar sana. Barulah seimbang. Tidak seperti bapa saudara aku yang menjual harga ayam Belandanya dengan harga yang begitu murah.

Aku minta maaf. Bukan niat aku untuk memaksa penternak menjual dengan harga yang mahal-mahal, akan tetapi keselarasan harga. Sekiranya terlalu murah, bukan sekadar merosakkan harga pasaran, malah, dalam jangka masa panjang, penternak akan menghadapi masalah. Masalah ini tidak mungkin timbul diperingkat awalan.

Pun begitu, aku bersyukur juga, kerana aku telah melihat banyak pembaharuan minda telah berubah di kalangan penternak. Mereka telah membuat anjakan paradigma yang sepatutnya dalam mendepani pelbagai cabaran penternakan untuk mereka bersaing di pasaran terbuka. Sudah tentu menggunakan operasi automatik akan lebih meningkatkan produktiviti. Tambahan pula aku memang telah pun mempertingkatkan kualiti pembuatan mesin penetasan telor keluaran aku ke tahap yang cukup meyakinkan.

Yang pasti usaha aku tidak akan berhenti di sini. Akan aku pertingkatkan lagi usaha untuk lebih berinnovasi dan berteknologi. Aku sudah bariskan beberapa produk untuk diketengahkan kepada penternak. Hanya masa sahaja yang menentukan.

Aku kepenatan! Aku bersaorangan! Tapi sekurang-kurangnya penat aku semakin terubat setelah aku mempunyai seorang rakan yang boleh dipercayai yang membantu aku membina dan membuat inkubator ini. Sudah tentu isanya di Pantai Timur, di Terengganu

6 comments:

SERI BUMI TERNAK said...

penat berbaloi tu abg bedin.. keseorangan laa best.. untung tak yah kongsi2.. hahaha

cikgu peja ladang said...

huhu..saya kurang faham dengan ayam kampong di pantai timur sama cam ayam laga..bukan gitu..mungkin tu kacukan supaya ayam tu mirip ayam laga tapi still ada darah ayam kampong..

Al-fakirilallah said...

Zul....Yer Zul...Time untung kira paling best. Tapi Time susah macam repair inkubator awak punya tu, itulah juga saat yang paling mendukacitakan. Time tu lah rasanya nak amik awak sebagai rakan kongsi....

Betulllllllllllll.....Eh...salah....

Al-fakirilallah said...

Wah..Peja...TQ2. 2 lah aku cakap aku kurang faham. Masih banyak nak berguru. Aku selalu gak pegi Besut. Kadang3 tu 2 minggu sekali. Aku nak jumpa ko. Anak sedara aku ada kijer tempat ko tu...

hehehe..

Anonymous said...

Salam semua,
Saya kagum ngan en. sbb dh ramai customer berpuas hati dgn incubator tu.dan datang beli lagi.ini lah contoh terbaik yang en. telah buat.customer berpuas hati..saya pulak rasa menyesal kerana telah di tipu oleh penternak + pembuat incubator yg boleh dianggap glamor di dunia penternakan..saya Sbg penternak yg baru je mula belajar menternak..sya membeli 1 incubator dgn "dia" ..kalu ikot apa yg tertera didalam blog "dia" ..bila saya beli akan dpt satu manual/buku nota untuk cara menggunakan incubator/jaga incubator/suhu-suhu..bila dh bayar "dia" kata buku manual tu dh abis so dia cuma bole email kan saje.dh 2minggu lebih sya menunggu manual tu dia email.saya call tk dpt,saya SMS tk reply dan saya dah email kepada kedua2 email dia ...saya pun tk tau kenapa dia sengaja buat mcm tu kepada penternak baru mcm saya..incubator dh beli..saya pun masukkan telor dlm 50bji..dia pun kata dh siap setting semua tu..bila sya on lampu incubator tu..suhu terus meningkat lebih dr 40 darjah celcius..saya rasa mesti masak telor dlm incubator tu semua..saya nk minta jasa baik tuan ..tolong la saya ..saya mmg dh di tipu.mungkin telur3 tu tidak menjadi kalu terlalu panas.saya dh mengubah suhu tersebut tp hentam saje janji kurang dr 39 darjah celcius...saya tknk bgtau sapa sebenarnye "dia" yg bt mcm tu kt saya..saya ingin membeli manual kepada en. ..tp saya cuma mampu bayar RM20- RM30 sahaja.. kalu en. bole tolong...sila email kepada saya. tauke_unix@hotmail.com dah sila bg acc no tuan untuk bayaran ..tq

Al-fakirilallah said...

Tuan Anonymous! Saya amat teruja dengan nasib tuan. Saya bukanlah yang terbaik, akan tetapi saya mencuba sedaya upaya saya untuk tunaikan janji saya. Saya tidak dapat menokok tambah apa yang tuan hadapi dengan pembekal inkubator tuan. Cumanya saya amat bersimpati.

Malangnya saya tidak tahu, jalan mana satu yang saya nak tolong. Sepemahaman saya, itu adalah inkubator manul dan pada saya, apabila manual, tidak banyak perkara yang perlu dicerita atau dibicarakan.

Yang penting anda harus menggolekkan telor sekurang-kurangnya 3 kali sehari selain dari memastikan suhu sentiasa berada di sekitar 37 - 38 darjah Celsius.

Cara mana anda nak kawal, saya tak pasti, sebab saya tak tau jenis macam mana manual tu. Static air atau forced-air.

Tapi sebenarnya untuk mengawal suhu menggunakan static air dan forced air adalah lebih sukar berbanding dengan circulated-air. Inkubator saya adalh dari jenis circulated air.

Apa-pun saya tidak ada manual khusus untuk ini. Kalau anda berada di sekitar Puchong, boleh call saya di 019-3119440 dengan membawa inkubator tersebut untuk diuji.

Terima kasih kerana prihatin dan minta maaf kerana tidak dapat membantu secara direct.

Post a Comment