Mesin Penetas Telor MI-103 Untuk JPV Ipoh

  1. Bertolak ke Ipoh se awal pukul 10 pagi dari Puchong khusus untuk membuat penghantaran 2 set inkubator/penetas telor model MI-103D. Seperti dijanjikan dengan pegawai yang menyelia pembelian ini, saya dijangka sampai pukul 2 petang. Yes! saya sampai di Veterinar Negeri sebelum pukul 2 petang disambut dengan senyum melebar En. Mawi. Alhamdulillah seperti yang dirancang oleh pehak Veterinar Negeri berjalan begitu lancar sekali walaupun salah seorang penerima inkubator itu telah datang se awal 11 pagi. Itu tidak menjadi masalah bagi saya.

    Ceritanya bermula begini.

    Sebelum bulan Ramadhan lagi sekitar bulan Ogos 2009, saya telah ditelefon oleh seorang Pegawai Veterinar (mungkin lah kot, kerana hanya sempat beramah sekejap sahaja) meminta saya membuat sebutharga untuk pembelian beberapa buah inkubator. Jadi saya pun memberilah harga pada kadar yang biasa termasuk kos pengangkutan dan kos "short training". Memendekkan cerita lagi, sebeutharga saya telah disenarai pendek dan tawaran untuk membekalkan 2 set (dahulu) melalui telefon telah dimaklumkan oleh En. Mawi di akhir Ramadhan. Memandangkan Hari Raya dan terlalu hampir, En Mawi telah bersetuju untuk membenarkan saya menghantar pada minggu kedua bulan Oktober.

    Untuk penghantaran kali ini tiada banyak bezanya dengan inkubator yang selalu saya bina kepada pelanggan-pelanggan saya sebelum ini. Cumanya saya telah mempertingkatkan lagi mutu peralatan dan komponen yang digunakan termasuklah keseluruhan Controller. Saya telah mengambil sedikit pembaharuan semenjak set pertama yang sapernah saya ubah-suaikan inkubator milik En. Zul Helmi (Branang) dengan menggunakan teknologi "Temperature Controller" dan juga Thermocouples (PT100).

    Pada asasnya saya selesa dengan menggunakan teknologi thermostat berjenama Rainbow malah itulah antara controller yang pertama saya bangunkan untuk tujuan komersial. Namun, selepas beberapa kali mengalami masalah keberkesanannya kepada sensitiviti suhu dan kelembapan untuk beberapa jenis telor unggas, maka saya telah membuat perubahan ini. Di sepanjang pengamatan saya berkaitan dengan penetasan (itik, puyuh, ayam kampung dan ayam belanda), kesemua jenis unggas itu tidak mempunyai spesifikasi yang sama antara satu sama lain. Ada jenis telor unggas yang sangat sensitif kepada kadar peningkatan suhu dan ada yang tidak berapa sensitif.

    Sebagai contoh, telor ayam kampung adalah paling natural sekali terhadap sebarang perubahan suhu yang mendadak dengan julat yang agak tinggi. Manakala Ayam Piru (Belanda) cukup sensitif dengan masalah suhu ( Memang boleh menetas dengan menggunakan teknologi Rainbow Thermosatat). Namun saya mengambil kira, inkubator keluaran saya adalah menggunakan teknolgi "fungsi automatik". Maka saya merasakan amat wajar untuk membina sesuatu yang setanding keseluruhannya kerana bagi saya pelanggan berhak untuk memiliki yang terbaik (win-win situation).

    Untuk mencapai matlamat ini saya telah menggunakan OMRON temperature Controller dan juga digandingkan dengan OMRON Thermocouple. Memang mahal tetapi, itulah kualiti yang kita dapat. Sekiranya ayam piru memerlukan suhu sekitar 37.5 - 38.5, gandingan ini bersedia untuk melakukannya. Cukup tepat! Namun reka-bentuk harus mengambil kira;

    - Saiz Inkubator
    - Saiz (Kuasa) Pemanas
    - Kuasa Kipas.

    Di penghujung penyerahan 2 set inkubator tersebut (pemilik ini cukup bertuah kerana telah mendapat "Grant" kerajaan) saya sempat berbual-bual dengan penerima inkubator tersebut. Mereka semua adalah merupakan penternak ayam kampung dan ayam piru yang telah sekian lama bertapak di Perak. Cumanya, masa sekarang ini mereka telah mula memiliki telor yang melebihi kapasiti mesin penetas kerana mesin penetas yang sedia ada ialah dari jenis "manual". Mereka dah seolah-olah tidak sanggup lagi untuk menggolek-golekkan telor saban hari untuk jumlah yang beratus biji. Lantaran itu mereka ini membuat permohonan dengan Jabatan Veterinar untuk membuat penambah-baikan penternakan mereka. Atas alasan sedemikianlah "mungkin"nya Allah telah mempertemukan rezeki saya yang memangnya tidak pernah terlintas lagi sebelum daripada ini.


0 comments:

Post a Comment