Penternak Veteran Yang Masih Bergiat Aktif

Apa khabar para penternak dan bakal penternak sekelian. Mudah-mudahan anda sentiasa berada dalam kerahmatan Allah swt hendaknya.

Kali ini, posting saya bermula di salah satu dari tempat saya selalu berkomunikasi melalui internet di Kuala Terengganu secara percuma, di "First Station" Jalan Ladang/Tanjung. Mengambil kesempatan kelajuan wireless Broadband TMnet yang tinggi di sini!

Sudah semakin seronok sekarang ini. Syukur Alhamdulillah, di dalam serba kepayahan pada awalnya untuk kembali ke kampung untuk mendirikan sebuah perniagaan serta mencari peluang baru kian jelas terhasil. Saya seakan-akan sudah nampak sinar di "hujung" sana. Sesungguhnya saya bersyukur yang tidak terkira. Mula terasa bertapa Kuala Terengganu sekarang ini memang sudah jauh berbeza dengan beberapa tahun terdahulu. Cumanya, pembangunan dari segi "material" nampak lebih menonjol berbanding dengan pembangunan kerohanian. Jelas sekali!

Saya tinggalkan dahulu cerita pasal pembangunan kerohanian di sini. Kita bercerita perihal peluang dan peristiwa yang berkait rapat dengan tujuan saya menulis ini.

Hari ini, saya berkesempatan untuk berkunjung ke rumah seorang penternak veteran. Veteran dari segi pengalaman dan juga veteran dari segi umurnya. Usia beliau telah menjangkau 65 tahun dan tinggal di dalam persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Seorang yang ceria dan mudah untuk berbual.

Pertemuan yang saya rancang seawal sebelum kepulangan ke Kuala Terengganu lagi, semasa persinggahan saya di Kuantan beberapa hari yang lalu. Tidak susah untuk saya membuat temujanji dengan beliau. Asalnya saya telah disapa melalui panggilan telefon oleh anak beliau yang tinggal di Lembah Kelang. Hampir juga dengan Puchong Indah. Huh! Kecil sungguh dunia ini, terasa tak kemana pun. Terima kasih Rozaita, anak ke 3 insan yang bertuah ini. Berkata Puan Rozaita kepada saya, dia ingin membeli inkubator otomatik ini kepada bapanya setelah dia diperkenalkan oleh En. Junaidi semasa membuat pameran produk di MAEP, serdang. Terima kasih juga kepada En Junaidi (Hahaha....orang kampung saya tu....asal Terengganu juga).

Itulah dia En. Atan bin Mohamad. Pertemuan kami bermula di kedai kopi yang tidak jauh sangat dari rumah beliau. Sebelum saya ke rumah beliau, saya agak sengaja mengorek rahsia Pak Su Atan (nama timangan beliau di situ kot!) berkaitan dengan perniagaan yang diceburi. Rupa-rupanya Pak Su Atan bukan sekadar penternak ayam. Pelbagai! Menternak kambing, pembekal daun pisang hidup, pekebun buah salak, pembuat air skrim dan yang terbaiknya ialah beliau juga aktif dalam perniagaan berasaskan koperasi. Koperasi yang beliau asaskan dulu, berjalan dengan aktif dan "hidup" dan merupakan antara ALP (ALK) yang sudah bertahun mengutip duit sewaan kedai milik koperasi sahaja.

Dalam kesempatan itu, saya menceritakan selok-belok untuk menjadi penetas telor unggas yang terbaik dan efektif. Saya cuba sedaya upaya menceritakan perihal elemen-elemen penting dalam sistem penetasan. Banyak juga saya dedahkan akan kekurangan yang sering dilakaukan oleh penternak-penternak yang cuba melakukan penetasan anak unggas secara menggunakan inkubator. Sedikit pun saya tidak menyalahkan penternak untuk menggunakan inkubator manual untuk mengeluarkan anak unggas. Saya juga membilang kepadanya bahawa, kemahuan penternak untuk menggunakan mesin penetas manual sudah merupakan satu peningkatan dari segi teknologi penternakan. Cumanya, oleh kerana ianya manual, memang tidak boleh lari dari menghadapi beberapa masalah dari segi peruntukan masa.

Jelas, dari apa yang saya terrangkan kepada beliau, nampak sekali bahawa bertapa beliau teramat memerlukan mesin penetas automatik yang sepenuhnya bagi meringankan bebanan masa yang beliau hadapi. Ini kerana di atas kesuntukan masa itulah, maka telah memungkinkan kadar penetasan adalah tidak seperti yang dijangkakan. Malahan lebih daripada itu, menggunakan mesin penetas manual, kapasitinaya adalah kecil berbanding dengan mesin penetas otomatik.

Setelah bercerita kurang lebih 1 jam (macam memberi kursus pulak rasanya), saya dan anak saya dibawa oleh Pak Su Atan ke rumah beliau dalam jarak 1 Km dari kedai kopi. Betul jangkaan saya bahawa, beliau telah mempunyai sejumlah ayam yang sudah banyak. Reban-reban beliau bertebaran di sekeling rumah beliau dengan sebilangan besar reban didiami oleh ayam-ayam yang sudah besar. Pak Su Atan juga telah mengasingkan antara ayam kampung asli dengan ayam kampung kacuk (kalau ikut aku dan Pak Su Atan lah - sila rujuk gambar).

Sehari, beliau telah dapat mengutip lebih dari 20 biji telor dan sebahagian besar sekarang ini ialah dihantar telor-telor tersebut ke kedai-kedai kopi yang sering digunakan sebagai telor untuk dimakan. Ini adalah kerana kapasiti inkubator manual yang dimiliki beliau adalah terhad.

Atas sebab-sebab yang demikianlah, di samping kesediaan dari segi pengalamn dan baka-baka yang ada, beliau telah memilih untuk membbuat permohonan ke Jabatan Veterinar Negeri untuk mendapatkan bantuan khusus bagi mendapatkan mesin penetas telor ini. Saya cukup berkeyakinan, sekiranya Jabatan Veterinar mempunyai pembiayaan sepenuh atau separuh, Pak Su Atan adalah antara mereka yang layak untuk diberi pembiayaan kerana kesemuanya telah tersedia ada.

Bagi mereka yang berothoriti, penternak-penternak yang sebegini mesitilah diberi peluang untuk memajukan penternakan beliau dengan pemberian mesin-mesin yang berteknologi yang membantu meringankan bebanan masa. Seterusnya mempertingkatkan produktiviti penternak terbabit.

Kepada Pak Su Atan, saya mengucapkan selamat maju jaya di dalam penternakan beliau dan besar harapan saya agar kemahuan Pak Su Atan untuk memiliki mesin penetas telor otomatik ini dipermudahkan oleh Allah swt.



2 comments:

PEMBIAK BAKA AYAM SERAMA DAN SABUNG said...

bagus..usaha tidak mengenal umur..saya amat mengagumi paksu atan di atas usahanya..

beela said...

saya sbg anak menyokong penuh usaha yg ayah jalankan. Ayah mmg x pernah kenal erti penat dlm hidup.

Post a Comment