Sunday, March 28, 2010

Ini Baru Betul-Betul Ternak Ayam Kampung Komersial!

Selamat bersua kembali sahabat-sahabat sekelian. Semoga anda sentiasa berada dalam keceriaan selalu walaupun mengalami pelbagai tekanan kehidupan di sana sini. Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk menulis apa yang patut!

Semalam 27hb Mac, Sabtu satu hari yang cukup baik, memuaskan dengan cuaca yang memang baik serta pemandangan di sekeliling yang cukup menakjubkan - ceria dan segar tanpa kelam-kabut. Saya telah membuat temujanji dengan seorang penternak ayam kampung melalui seorang teman yang juga seorang pengguna inkubator keluaran Niche, iaitu En Tarmizi. Sebelum terlupa, En. Tarmizi juga adalah seorang penternak ayam kampung yang juga beroperasi di sekitar Bandar Kuantan. Boleh tahan juga keluasan tanah kepunyaan En. Tarmizi.

(Berbaju oren ialah En Azlan dan berbaju biru adalah En Tarmizi) Penternak yang saya lawati tersebut ialah En. Azlan. Seorang yang bersahaja dan memang senang untuk diajak berbual. Apa sahaja. Bijak orangnya bertutur kata, boleh disesuaikan dengan pelbagai topic. Sejak awal perkenalan melalui telefon lagi beliau memang suka bersembang. Tapi sembang beliau sembang berisi. Beliau zahirkan kata-kata beliau dengan keujudan perniagaan beliau yang tak pernah lagi saya temui sebelum daripada ini. Penampilan Azlan memang berbeza dengan apa yang saya boleh bayangkan walaupun saya diberitahu beliau adalah seorang pengurus ladang milik PKNP, anak syariakt milik kerajaaan Negeri Pahang. Satu syarikat yang memang diujudkan khusus untuk penternakan ayam Pedanging untuk KFC Malaysia.

Beliau bijak menguruskan masa beliau. Walaupun beliau merupakan pekerja sepenuh masa dengan anak syarikat milik PKNP itu, tetapi beliau juga mampu menjalankan urusaniga penternakan ayam kampung ori secara besar-besaran, berskala komersial. Bukan calang-calang. Beliau kini telah memiliki 3 reban ayam kampung yang berkapsiti 5,000 ekor setiap satu reban. Konsep penternakan ayam beliau ialah sistem kurung sama seperti penternakan ayam pedaging. Namun yang amat menghairankan tetapi sesuatu yang menakjubkan juga ialah berkaitan dengan kebersihan reban ternakan beliau. Ternyata amat berbeda dengan kebanyakan reban-reban yang saya pernah lawati.

Persekitaran di dalam reban itu adalah amat bersih dan kering tanpa bau, di sepanjang masa. Anak-anak ayam hidup dalam situasi yang begitu segar sekali. Beliau memang cekap tetapi saya merasakan disebabkan kerana berliau bersifat amanah dalam melaksanakan tanggung-jawab tanpa sedikit pun rasa leka terhadap tugas beliau sebagai perkerja disebuah organisasi. Maka, kata beliau, setelah berunding ditambah pula memang hasrat PKNP untuk memajukan penternak bumiputra, maka beliau telah berjaya diberikan tapak kosong seluas lebih kurang 5 ekar kesemuanya secara percuma untuk tujuan penternakan (bukan milik kekal beliau). Lokasinya tidak jauh dari Ladang Milik PKNP yang berkapasiti 26,000 ekor ternakan ayam pedanging untuk setiap reban. Untuk rekod, sekarang ini anak syarikat PKNP ini telah mempunyai 10 reban "Close System" yang dapat menampung keluaran ayam daging untuk KFC sebanyak 260,000 sebulan. Malah PKNP akan menambah bilagan reban terbukanya dalam masa yang terdekat dan En Azlan adalah key-player dalam melaksanakan tugasan pengurus ladang milik PKNP.

(Di sebelah ialah reban ayam pedanging untuk KFC milik Anak Syarikat PKNP) Berbalik kepada cerita En Azlan. Dia sendiri tidak pernah memberikan saya apa-apa "name card" kepunyaan perniagaan beliau sendiri, melainkan yang diberikan adalah kad namanya sebagai pekerja di organisasi milik PKNP. Tetapi beliau sempat menceritakan kaedah bagaimana beliau boleh mencapai ketahap yang beliau ada sekarang. Di samping menggajikan pekerja sepenuh masa seramai 2 orang dengan disediakan rumah "kongsi", beliau mempunyai pandangan dan konsep perkongsian keuntungan dengan beberapa rakan perniagaan beliau. Cekap sungguh beliau dan memang praktikal kaedah yang beliau perkenalkan. Sesiapa yang nak tahu bolehlah bertemu beliau untuk khidmat nasihat percuma.

Kalau tak silap saya, kos untuk pembinaan reban tetap berstukturkan "mild-steel" yang berkeluasan 60 kaki x 100 kaki berjumlah RM20,000 (anggaran) termasuk bumbung dan pukat. Beliau menjangkakan sekiranya beliau dapat membuat 20 pusingan ianya sudah amat memadai kerana setiap pusingan hanya memerlukan sehingga 48 hari sahaja tempohnya. Kebiasaannya ialah 45 hari. Cukup singkat. Dalam sebulan, beliau dapat membuat  sekurang-kurangnya 6 - 7 pusingan. Cukup senang penjagaan yang beliau lakukan, semuanya hampir automatik sepenuhnya dengan air minuman yang mengandungi "EM" buatan sendiri yang memang betul-betul bagus dalam menghindarkan dan pencegahan bau & penyakit. Tidak nampak langsung najis tinja ayam di dalam reban. Kering sekali. Cuma sedikit rintangan yang beliau hadapi ialah berkaitan dengan kepayahan untuk mendapatkan bekalan air bersih. Tiada bekalan air paip yang standard.

Dari segi pemasaran, sehingga sekarang beliau tidak nampak apa-apa rintangan untuk memasarkan ternakan keluaran beliau. Malah beliau masih berupaya mendidik beberapa kenalan beliau di kawasan yang berlaianan termasuk membuat pemasaran sekali. Jelas dari apa yang beliau maksudkan ialah, beliau menghendakan kawan-kawan beliau juga bijak menguruskan aspek pemasaran sendiri dan belajar untuk mengurangkan kebergantungan kepada beliau semata-mata.

Cuma apa yang menjadi sedikit masalah kepada beliau ialah untuk mendapatkan bekalan anak-anak ayam kampung yang berkualiti dan harga yang terbaik. Untuk pembelaan sekarang ini, bekalan adalah diambil dari Negeri kedah termasuk untuk tempahan kawan-kawan beliau. Maka dengan yang demikian beliau berhasrat untuk melakukan penetasan sendiri dalam waktu yang terdekat ini menggunakan induk-induk keluaran beliau sendiri.

Semoga En Azlan menjadi penternak yang berjaya dalam bidang penternakan ayam kampung ori ini dan saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana memberi peluang untuk saya mempelajari sesuatu yang baru dalam penternakan ayam kampung secara komersial. Semoga juga hasrat beliau untuk menambah beberapa reban lagi akan menjadi kenyataan suatu hari nanti

COMMENTS :

Don't Spam Here

12 comments to “Ini Baru Betul-Betul Ternak Ayam Kampung Komersial!”

Bestnye..teringin gak nk wat besar-besaran camni..tp tanah xde..hehehehe

Farizul said...
on 

Tu lah masalah sebilangan besar dari kita Zul, ada kemampuan dari segi teknologi dan kemahuan, tapi peluang yang datang tidak sama seperti tang diharapkan.

Apapu, anggaplah itu semua anugerah dari Allah. Anda telah mencuba, dan anda mempunyai kemahuan. Semuanya itu adalah perancangan Allah. Selebihnya kita bertawakkal sahaja. Mudah2an anda juga dapat mencapai lebih dari apa yang En Azlan kuasai sekarang...

Jangan bersedih....

Bedin Jusoh said...
on 

Assalamu'alaikum tuan rumah..bagus benor info2 ni..tapi nk mintak favor sikit boleh..saya nak mintak no contact cik azlan ni boleh?

Anonymous said...
on 

Assalamualaikum wbt,

Harap Tuan moderator berikan alamat En Azlan kerana saya berhasrat untuk melawat ladang beliau untuk mendapatkan sedikit panduan dalam bidang ternakan ayam.

Nama saya : Mohd Zaidin Mohamad 0199500902

zaidin 808648 said...
on 

Gembira dan bersyukur melihat orang kita berjaya.

zaidin 808648 said...
on 

salam, bolehkah tanah seluas 2 ekar diusakan utk penternakan ayam? saya sangat berminat!!

Mgt Azuam said...
on 

salam, bolehkah tanah seluas 2 ekar diusakan utk penternakan ayam? saya sangat berminat!!

Mgt Azuam said...
on 

Assalamualaikum wbt,

Harap Tuan moderator berikan alamat En Azlan kerana saya berhasrat untuk melawat ladang beliau untuk mendapatkan sedikit panduan dalam bidang ternakan ayam.

Nama saya : KHAIRUL HAKIMIN 019 6324581

khairul said...
on 

Assalamualaikum saudara tahniah sebagai pengusaha yang berjaya, dengan wujudnya isu kenaikan harga ayam ini harap saudara dapat membantu menampung permintaan ayam pedaging terutama menjelang musim perayaan ini

Tuan Syed Mahadhir Syed Yahaya said...
on 

Salam..jika ada yg berminat utk ternak lobster air tawar layari http://redclawlobster.blogspot.com

shahdan said...
on 

Assalamua'laikum WBT.

Tahniah kerana berjaya mengusahakan ternakan ayam ini. Mohon tuan admin berikan saya contact info En. Azlan ni boleh?

Terima kasih.

Muhamad said...
on 

Saye menternak n menjual ayam kampung area BANTING/DENGKIL. Call 0133478363

thor said...
on 

Post a Comment

 

Incubation Specialist. All Rights Reserved. Powered by Your Niche Incubator Near You