Ramai Penternak Ayam Di Pantai Timur Sebenarnya!

Pantai Sepat, Pekan/Kuantan, Pahang.

2 minggu yang lepas, aku telah dihubungi oleh sesorang yang loghatnya aku sudah dapat mengagak, memang penternak ini berasal dari sebelah negeri Pahang. AKu juga dapat mengagak umurnya sekitar pertengahan 50an. Gaya dan lenggok bahasanya terasa senang untuk berinteraksi. Itulah En. Saifudin dari Penur, Pekan, Pahang. Bekerja sebagai seorang pemandu (aku rasa) di Sekolah Menengah berasrama penuh di Pahang, orangnya amat bersahaja, tapi kemas. Sekali pandang memang aku tidak yakin dia adalah penternak tegar di sekitar Pekan.

Di awal perbincangan, En Din ini terus menerus menyuruh aku menghantar 2 set inkubator model MI-103 ke Pekan. Hatta kerana terlalu berkehendakan sangat mesin penetas ini, soal harganya pun tidak diambil kira sangat. Terus sahaja dia menyuruh aku menghantarnya. Oleh kerana pada ketika itu operasi pengeluaran inkubator aku masih dalam peringkat awal pengeluaran di Kuala Terengganu, dan aku tidak mempunyai apa-apa stok di Kuala Lumpur, lantas aku menyarankan agar En. Din tidak perlu untuk tergopoh-gapah. Aku berjaya mententeramkan En Din sehinggalah aku berjumpa dengannya di rumah Farizul, di sekitar Kuantan. Maka bermula sesi suai kenal antara kami termsuklah Farizul. Diringkaskan ceritanya, aku menghantar 1 set inkubator model MI-103 kepada En Din.

Rupa-rupanya En Din bukanlah calang-calang penternak. Beliau baru saja menjual 2,000 ekor ayam kampungnya sekali gus pada bulan February yang lalu. Tergamam juga aku apabila mendengarkannya. Lantas terfikir oleh otak aku yang jahil ini, berapa besarkan saiz reban yang En Din ada. Itulah peliknya aku. AKu hanya melihat kepada batang tubuhnya sahaja. Asalnya aku kurang yakin sebenarnya, sebab tak nampak langsung En Din ini memiliki ciri-ciri penternak. Kemas dan bersahaja. Lagi pulak kerja sepenuh masa dengan "gomen". Itulah yang aku ter"demam' sekejap. Ini kerana, hampir di sepanjang kisah yang aku lalui, sekiranya untuk menternak 2,000 ekor ayam, aku kira, ianya memerlukan penglibatan sepenuh masa.

Aku menghantar inkubator ke lokasi ternakan En Din di tengah malam yang gelap gelita. Tak nampak langsung di sekelilingnya. Akan tetapi, akau dapat melihat dalam suasana yang sebam itu, reban ternakan ayam En Din adalah A++. Berpasir di serata tempat, kering dan tiada bau. Lalu, setelah membuat ujian fungsi mesin penteas pada malam itu, aku meninggalkan En Din dengan beberapa tips penetasan dan pengeraman. AKu bertekad dan berpesan kepadanya yang aku akan datang melawat rebanya semula pada hari ini (semalam).

En. Din tidak menghampakan harapan aku. Aku telah dipanggil ke lokasi. Seperti yang aku jangka, tanah yang hampir 3 ekar itu dilitupi hampir kesluruhannya dengan pasir sungai dan ditanamnya dengan pokok kelapa dan buahan. Manakala di sekeliling tanah yang 3 ekar itu, dipagarkan dengan pagar simen yang berkelas "banglow". Hatta pondok untuk beliau berehat pun, bagi aku adalah sebuah banglow (aku orang miskin, klu rumah itu berbanding dengan rumah orang tua aku kat kampung, hah jauh panggang dari api).

Pada awalnya En Din menternak ayam dengan membeli anak dari Johor Bharu. Tak tau dengan siapa. Dia mengatakan, pengalamannya sudah ada dalam mengharungi pelbagai karenah penternakan unggas. Lantaran itu beliau betul-betul ingin menjadikan bidang penternakan unggas ini sebagai kerjayanya yang khusus setelah pencennya bermula seawal bulan 1 tahun hadapan. Dan dengan itu, inilah tempoh yang terbaik untuk beliau mempelajari kaedah untuk menetaskan anak-anak ayam secara tersendiri tanpa bergantung lagi kepada sesiapa.

Beliau agak cekap menggunakan mesin penetas. Beliau sebelum ini telahpun memiliki beberapa mesin penetas manual. Namun oleh kerana kesibukan tugas sebagai penjawat awam, kesuntukan masa adalah merupakan antara faktor terpenting menyumbang akan kegagalan hampir keseluruhan penetasan. Peratusan yang amat rendah. Akan tetapi, aku berkongsikan pengalaman dan sedikit ilmu yang aku ada dengannya. Bukan sahaja masalah masa, malah terdapat beberapa elemen lagi yang menyebabkan peratus penetas adalah kurang.

Antaranya ialah kaedah pembelaan baka dan kaedah pengendalian telor untuk baka. Beliau seharusnya menggunakan sistem flock yang sepenuhnya, sesuai dengan kecanggihan persekitaran reban beliau. Beliau nampak akur dengan permasalahan yang ak cuba kongsikan. Beliau akan mempraktiskan, PASTI.

Di samping itu juga, kaadah operasi dan pengwalan suhu serta humidity langsung tidak pernah dinyatakan secara tepat walhal elemen itulah yang perlu diutamakan.

Aku berkesempatan melihat hanya sebilangan besar ayam-ayam muda sahaja ditinggalkan untuk dijadikan baka. Dalam 2 hingga 3 bulan lagi ayam itu akan bertelor untuk berkhidmat sebagai baka. Reban-reban yang sedia ada telah dikemas-kini dan sedang dalam proses penambah-baikan. Reban-reban ini bakal menyaksikan kemunculan En Saifudin dalam bidang penternakan unggas (ayam kampung dan ayam Peru) adalah sebagi penggalak dan pemangkin kepada jenerasi yang seterusnya. Banyak juga ilmu-ilmu baru yang dikongsi bersama.

Beliau, seperti saranan aku kepada beberapa usahawan ternakan kecilan dan sederhana besar yang, agar membuat 1 jaringan pernternakan unggas di kawasan yang sekitar atau di daerah yang berdekatan. Tidak perlu terlalu formal untuk membentuk persatuan. Cukup sekadar jarigan biasa, ianya tidak menyusahkan malah selesa tanpa terikat kepada mana-mana pelembagaan. Cumanya, jaringan seumpama ini kena lebih banyak dan mengutamakan keikhlasan.

InsyaAllah ada kejayaan. Saya mengucapkan selamat menternak kepada En Din dan semoga azam beliau menjadikan penternakan unggas ini satu realiti menjalang persaraan beliau yang tidak lama lagi.

3 comments:

Afiq Taib said...

saya orang baru untuk menceburi bidang penternakan ayam. Tanah saya juga berada di Pekan. Tolong hubungi saya. Mohamad Afiq Bin Mat Taib 013-3786510.

Noor Rikha said...

assalamualaikum,

kat mana nak belajar cara menternak ayam kg? saya di temerloh

Post a Comment