Inkubator Untuk Burung Walit

Assalamualaikum!

Sedikit update sahaja.

Pada hari Ahad lepas, setelah pulang dari menghantar inkubator di Kuantan, aku bergegas ke lokasi membuat inkubator. Aku singgah sebentar di Jeti LKIM Marang, melihat Ayah Nazri dan awak-awak menaikkan sotong jarum dari bot. Huh! banyaknya sotong. Musim sotong sekarang ini kata peraih-peraih di situ. Aku kesitu seawal pukul 6:45 pagi setelah selesai solat subuh di Masjid Sultan Zainal Abidin (Masjid Putih). Siap berjubah lagi....

Setelah itu aku terus kerumah ayah Nazri di mana Nazri menggunakan premis ayahnya untuk sementara waktu sebagai tempat membuat inkubator. Memang sesuai pun. Lapang sungguh tempatnya. Tambah-tambah lagi, semua kelengkapan yang berkaitan ada di situ.

Aku pun membantu Nazri menyiapkan inkubator yang ditempah khusus untuk menetaskan burung walit. Cantik tray telornya. Satu tray boleh memuatkan sehingga melebihi 500 biji telor burung walit. Kemas sungguh buatan tray. Aku harus memujinya.

Setelah controllernya siap dipasang aku mengujinya untuk beberapa ketika. Waktu itu, En Omar dan Mr Goh, pelanggan yang datang untuk memiliki inkubator itu masih lagi di Kemaman dalam perjalanan dari Kuantan. Mereka bermalam di Kuantan.

Jam hampir menunjukkan pukul 1:30, En Omar dan Mr Goh pun sampai di Marang dan kami pun bersua muka buat pertama kalinya. Aku tanpa berlengah membawa mereka berdua mencuba mesin penetas burung walit. Pengakuan dari mereka berdua, inilah julung-julung kalinya penetasan burung walit menggunakan inkubator. Mengikut En Omar, dia merasakan tiada masalah langsung untuk menetaskan menggunakan mesin ini. Cukup sesuai katanya. Aku sendiri pun tak pernah tahu. Cumanya aku berpesan kepada mereka berdua. Sila dapatkan jadual suhu dan kelembapan untuk telor spises tersebut sebelum memulakan pengeraman.

Setelah memberikan penerangan dengan agak jelas dalam pelbagai aspek, En Omar dan Mr Goh pun pulang ke KL. Operasi penternakan burung Walitnya ialah di sekitar Pahang. Untuk seketika ini aku reservekan dulu lokasi sebenar sebab mereka tidak mahu menceritakannya dengan lebih lanjut.

Hari ini Mr Goh datang berjumpa aku di Puchong untuk mangambil 1 salian manual operasi mesin. Sedikit perbincangan berkisar kepada burung walit tercetus. Mr Goh terpaksa beredar untuk tujuan yang lainnya.

Aku mengharapkan inkubator pertama ini untuk burung walit akan membuka lembaran baru dalam sistem penetasan burung unggas dan aku juga mengharapkan agar mereka berdua dapat mengupdatekan kepada aku berkaitan dengan perkembangan yang seterusnya. Aku mengharapkan mereka berjaya melakukannya dengan sebaik mungkin.



0 comments:

Post a Comment