Farizul - Usahwan Muda Yang Berkarismatik!

Assalamualaikum!

Penghantaran pertama inkubator keluaran Niche Strategy Marketing yang baru sahaja memulakan pengeluaran di Terengganu ialah ke Kuantan, Pahang. Ianya adalah seorang penternak muda, berusia dipertengahan 20han tahun. Sekiranya anda mengenali beliau secara melihat mukanya sahaja, anda mungkin tidak percaya beliau yang juga seorang penjawat awam yang berkedudukan juga dalam sektor awam di Putrajaya, tetapi mempunyai minat yang penuh di dalam sektor penternakan unggas. Seorang anak muda yang begitu fokus dalam membicarakan apa yang diminati.



Sekali imbas, seorang yang putih bersih, kemas, mana mungkin ingin terjebak dalam industri yang kurang diminati untuk diceburi oleh sebilangan besar orang muda. Manakan tidaknya, bergelumbang dengan tahi dan najis ayam, ayam-ayam mati/reput, telor-telor tembelang, berapa ramaikah yang sudi untuk menghampirinya. Teramat jarang sekali. Bagi kebanyakan graduan muda, buat apalah untuk bergelumbang dengan najis yang jijik dan kotor, sedangkan kerja-kerja pejabat bertebaran di mana-mana di Malaysia ini.

Tetapi, orang muda ini berbeza orangnya. Berkali-kali beliau menyatakan yang beliau begitu minat dengan penternakan ayam-ayam ini dan yang bagusnya lagi ialah, beliau sendiri tidak menyangka, minat beliau yang begitu mendalam ini mendapat galakan dan sokongan yang mendalam dari keseluruhan keluarga beliau, terutamanya ibu dan bapa beliau. Beruntung sungguh orang muda ini.

Satu teladan yang amat bagus kepada para siswazah atau graduan muda. Tidak mempunyai pekerjaan hanyalah sebagai satu simbolik kepada malasnya untuk berusaha. Lantaran itu, tiada kekosongan kerja menjadi alasan yang konkrit bagi kebanyakan graduan muda. Tapi memang berlainan dengan Farizul. Pada awalnya beliau sanggup bekorban untuk membeli 1 set inkubator keluaran Niche Strategy Marketing Model MI-103. Digunakannya dengan sebaik mungkin dan syukur Alhamdullah, usaha beliau membuahkan hasil disamping "kemantapan" kualiti inkubator Niche MI-103 itu sendiri.


Beliau telah mula menambah reban dan induknya sekali. Begitu tekun beliau melakukannya. Sehinggalah beliau pernah meluahkan secara terbuka untuk membesarkan operasi penternakan beliau dengan menambah bilangan inkubator. Beliau melakukanya dengan penuh yakin, hatta beliau menyatakan kepada saya secara sepontan yang beliau menggunakan hampir keseluruhan 2 bulan gaji beliau untuk memastikan pemilikan inkubator berjaya dilaksanakan. Dan ajaibnya, belaiau "melakukannya"! Beliau membeli 1 set inkubator MI-203 dan 1 set penetas MI-105. Terharu sungguh aku mendengar luahan hati beliau, dan aku sedikit menahan sebak seketika, bercampur kerana sedih dan terharu. Tersentuh sungguh aku dengan luahan beliau walaupan beliau nampak bersahaja.

Kata beliau lagi, kesemua pengorbanan beliau itu dizahirkan untuk adik-adik beliau yang tiga orang. Beruntung sungguh adik-adik beliau mempunyai abang yang amat peka dan perihatin. Beruntung sungguh ibu/bapa ini yang mempunyai anak yang tahu membalas jasa itu tanpa dipinta.

Semoga Farizul akan terus diberikan petunjuk oleh Allah swt dan semoga Allah mempermudahkan segala usaha beliau untuk menggapai kejayaan yang seterusnya.

Sila lawati blog Farizul
DI SINI untuk mengetahui perkembangan penternakan beliau yang selanjutnya.

Nota: Yag bercermin mata itu adalah En. Farizul.




0 comments:

Post a Comment